June 26, 2014

Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort


boleh tak mukaddimah cerita terus letak gambar kambing seketul berbogel mesra gini? :P HAHA. konon menggodaaaaa selera laa ni start start cerita terus letak gambar kambing golek kennn. hihihi. ;)) ehhh tapi betul apa, aku peghatiiiiii jee selalunya stall kambing golek mestiiiiii antara yang palinggggg ramai orang beratur. sedappp kann. dan percayalah, dalam banyak-banyak hotel atau resort yang menyajikan kambing golek time berbuka puasa, Bangi Golf Resort adalah satu-satunya resort yang berani menjanjikan, kambing golek dorang takkannnn habisssss. selagi ada permintaan, selagi itu dorang akan hidang kambing ni. takde istilah maaf ye dikkk, kita peruntukkan 2 ekor kambing je sehari. jadi kambing untuk hari ni dah habissss sebab ramai sangat yang beratur tadi. haaaa takde takde. ni Chef Kamarudin selaku ketuaa chef dekat sini yang bagitau time media tasting hari tuu. ;) kan cheffff? hihi. ;))


jadi sangatttt la berbaloi kalau korang berbuka puasa dekat sini nanti sebab boleh makan kambing sepuas-puasnyaaaaaaaa. ;) ehh korang jangan risauuu, bayar mahal-mahal takdenye dorang hidang kambing golek semataaaaa. :) ada beratussss jenis makanan yang dorang akan hidangkan. nama lagi buffet ramadhan kann. makan laa beratus-ratus makanan tu sepuas-puasnyaaa. :) mantik aku nak tepek beratus gambar makanan dekat sini huhu. tapi korang jangan risau, dorang serve semuaaa jenis makanan termasuklah masakan western ke, masakan melayu ke, ehh semua ada la senang cakap. 













dan haa sebelum aku terlupaa, dalam beratus makanan dekat sini, telur dekat bawah ni adalah antara dorang punya makanan treadmark. ni nama dia Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma. dia telur separuh masak jee sebenarnya tapiiiiii ntah dia punya sedap aku tengok sorang-sorang makan sampai 3-4 mangkuk sorang kottttt. ada yang rasa blackpepper, ada yang rasa kicap. ehh ada rasa macam-macam laaa. sedap sangattttt niii. menyesal tak sempat rasa sebab aku sibuk bergosip kejadah sangattt HAHAHA. ;p nanti korang try tauu!




oiii seronokk kemainnn masing-masing dekat meja kitoranggg. sambil tangan menyuap, sempat lagiiiiiiii kannn kita bergosip. HAHAHA. semua gambar makanan meletup devasss dekat atas ni adalah jasa dari blog abam pojie pappappap sebab gambar kitorang entah macam mana boleh error tak boleh bukakk je semua sadis tauuu. T__T thank you abammm seluar hijau hensem kpop kpop gituuuuwww. ;) hihihihi. haa nanti 5hb julai ni insyaAllah kalau aku belum bersalin lagi, kalau takde aral melintang kitorang pegi makan dekat sini lagii. jommmmm laa sape-sape nak join mehhh. jumpa dekat sana yeee. kalau korang nak pegi nanti, korang call dulu untuk beli voucher tau sebab kalau beli voucher dewasa sorang RM50 nett, kanak-kanak RM25 nett. kalau korang walk in main terjahhh je harga dewasa adalah RM65 nett. beza RM15 kannnnnn sorang banyakkk tuuuu. ;) so adalah better korang beli voucher siap-siap. 


untuk tempahan, korang boleh terus call 03-89253728 atau 03-821000265. 

ni alamat dorang ye, 

Bangi Golf Resort Restoran
No. 1 Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
 
 

June 20, 2014

set bersalin dan kelengkapan berpantang

haiiii semuaaaa ;)) lamanyaaaa tak update blogggg. mestiiii ada yang ingat aku dah bersalin kannn. ;) ohh belumm belummmm. ;)) bunga masih seronok berenang-renang dan belum bersedia melihat dunia yang penuh pancaroba ni hikhik. ;) kalau dah bersalin esok korang jangan risau, korang tak nampakkk dahhh muka aku dekat blog ni. asyik muka anak jeee. pasrah tau nanti. HAHAHA. ;P 

Alhamdulillah so far boleh dikatakan semua barang-barang baby dah siap, barang-barang untuk bersalin pon dah ready. tunggu masa nak bersalinnn jeee. siang malam terbayang macam manaaaa laaa aku bersalin esok-esok. T___T ehh tukar topik boleh? seram sejuk pulak rasaaa. (-__-') ;p ok hari nii aku nak cerita kelengkapan berpantang aku esok-esok. oiiiiiii berhari-hari hokeyyy aku stadi tentang produk-produk berpantang niiii. yee laa, kan berjutaaa spesis ada dipasaran sekarang. aku percaya semuaaa produk berpantang ni bagus-bagus. tak kesah mahal ke murah ke cumaaa, yang membezakan dia adalah fungsi kepada badan kita. tak semestinya yang mahal adalah yang terbaik badan kita boleh adapt dan tak semestinya yang murah result dia tak sehebat yang mahal. kaw pakaiii laaa produk paling mahal atas mukabumi ni pon tapi kalau last-last memberi kesan negatif pada badan kita dan baby tak guna jugak. ye dak? sama jugak konon kalau nak yang paling murah.

kalau ikutkan keturunan keluarga aku, moyang, nenek dan mak aku sangattt menitik beratkan proses berpantang ni. kalau dulu aku tengok mak aku siap kena tido atas katil kayu yang berpara-para yang bawah dia siap ada bara api panas tu untuk cepatkan proses kurus kott ntahhh. siap setiap masa bertungku berpeluh-peluh panas tapi memang menjadiii laaa wa cakap luuuu. ;) orang dulu-dulu kan gigihhhhhhhh. herba-herba akar kayu untuk mandi kee tampal dekat perut ke ehh apa-apa je laa semua cari belakang rumah nenek aku jeee. kan besttt kalau rumah aku ni belakang rumah nenek aku jugak. :p malangnyaa, oleh disebabkan rumah kitorang nun jauhhh di tengah kota kuala lumpur, aku memasrahkan diri untuk menggunakan beberapa herba versi moden sebab kalau ikut perancangan aku laki bini, insyaAllah aku bersalin dekat kl dulu. tengok la lepas seminggu dua, baruuuuu balik sambung berpantang dekat kampung. kenapa nak bersalin dekat kl? bukan sebab nak ic anak no kuala lumpur atau selangor ye harap maklum sikit pon aku tak heran. aku akan bersalin di kl dulu sebabbbbbb, aku nak syafiq ada dekat labour room time aku bersalin esok-esok. dia kerja swasta babeee. cuti tak banyakk. kalau contohnya aku balik bersalin di kampung, dia tengah keje dekat kl, tiba-tiba dah nak bersalin sangatttt dahhh, kalau dia tak sempat sampai time aku nak meneran tak ke syahdu? T___T dia bukan mengada-ngadaaa tapii ntahhh. aku nak dia tengok betapa hebat dan agungnya aturan dan ciptaan Allah. tu kan anak dia. :) haa lain laaa kalau dah tau ok haribulan sekian sekian konpemm aku akan bersalin, aku pon nak bersalin dekat kampung. ni kita tak tauu kannn. aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan setiap urusan bersalin aku. Amin. :)

ok berbalik kepada barang-barang berpantang nanti, sebenarnya badan aku dah terbiasa makan jamuu. dari awal-awal kawen dulu lagiii sebenarnya tapi takde laa aku nak cerita seketul-seketul jamu ape aku amek kennnnnn. :P kata nak suami sayang lebihhhh, harus laaaa umphhhhh gituuuu! BAHAHAA. :P so far alhamdulillah aku takde alergic dengan sebarang jamu jamuan hahaha. sebarang jenis jamu badan aku boleh adapt. dan jangan tak tauuuu, very the badan kampung kannn. :) jamu tradisional antara jamu yang cepat bertindak balas dengan badan aku. jadi untuk berpantang nanti, korang kenal 3 ketul ni apeee? ;)) 


mestiii tak kenall kannn. meh aku bagitau. paling kiri ni orang panggil nenas batu. tengah-tengah bulat-bulat macam biji peluru tu adalah manjakani :) dan paling kanan daun kering macam sampah sarap tu adalah kacip fatimah yeeee harap maklum. ;) untuk mengembalikan keanjalan dalaman wanita kita, manjakani dan kacip fatimah adalah yang paaaling penting. :) tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal keanjalan dalaman, kesian laki i esok-esok meranaaaa HAHAHA. sekarang aku nak cerita selalunya orang tua-tua guna semua-semua ni termasuk laa daun inai keee, daun pandan keee, daun pokok kapal terbang kee, haa campur jee la semua semua sekali buat air rebusan untuk mandi keee, cuci luka jahit dekat bawah kee, buat minum keee, haa tengok laa. kena pandai campur-campur herba. tapi kang jangan memandai-mandai. tak masal tak leh tido malam sebab panas. better tanya orang tua-tua dulu okehhh. tapi ni cara tradisional laaaa. kan aku dah bagitau keturunan aku suka yang tradisional. tapi oleh disebabkan aku dah separa tradisional, aku tetap beli mandian herba yang dah siap-siap pack jugak sebagai add on gituuuu. HAHAHAH. ;)


ni namanya Mandian Herba Bersalin keluaran TYT. beli mandian ni percuma sekali minyak sapu TYT kotak kuning kecik tu. dalam 1 kotak mandian herba ni ada dua pack. cukup laa buat syarat sebab ni kan mandian separa tradisional yang add on jeee. ;) 1 pack untuk sekali mandi. orang bersalin kan mandi sekali je sehariii. so dua pack untuk 2 hari. hari-hari seterusnya selama 44 hari tu pepandai la kaw mandi yang tradisional tadi pulak. lagipon bukannya hari-hari kena mandi herba kann. dan kalau tak silap aku sekotak ni RM8.00. 

aku sangatttt berharap pinggang aku back to normal macam sebelum mengandung dulu sebabbbbb, kalau tak sia siaaa je semuaaa baju aku dua lemari niii. T_______T jadi haruslahhh kita memakai bengkung dengan harapan ohhh tolonglaa langsing kembaliii. T___T 


aku beli seketul je sebab yang nenek aku jahit sendiri dah ada. ni namanya Set Ibunda Bengkung. aku beli RM25. aku sengaja beli yang jenis tali-tali banyak sebab orang cakap, tali-tali banyak ni senang slim berbanding yang segera jenis sarung dan zip tu ntahhhh. aku pon tak tau sangatt sebab first timeee kannn. tapi kalau nenek aku punya bengkung, dah macam kain kapan panjang dia. HAHAHAH. 

ok bahan-bahan untuk luaran semuaaa dah cerita. sekarang untuk dalaman pulak. orang cakap nak badan segera bertindak balas, dia kena bertindak seiring luaran dan dalaman. jadi untuk dalaman, aku pilih set Air Mancur atas saranan tukang urut aku dan google selama 4 hari 4 malam. ;)


katanya, selama dia berbidan dan mengurut orang berpantang bertahun-tahun, dalam banyak-banyak produk, set Air Mancur adalah yang paling bagus walaupun harga dia murah jee. tak perlu mahal-mahal katanyaaaa sebab isi dalamnya semua samaaa khas untuk ibu didalam pantang ajeee semuaanyaaa nakkk. tu diaaa laa kata. :) tapi aku percaya jugak sebab orang indon ni mantap-mantap badan dorang walaupun anak dah 10. lagipun dalam 1 box ni dah lengkap untuk kegunaan selama 40 hari. 


dia dah siap-siap ada jamu yang kita perlu makan dari hari ke 4 hingga hari ke 8. lepas tu jamu kedua yang kita perlu makan time hari ke 9 hingga hari ke 28. lepastu jamu ketiga yang kita perlu makan dari hari ke 29 hingga hari ke 38. kemudian dalam box ni jugak dah ada tapel wangi dan minyak telon yang mana cara guna dia untuk sapukan pada perut. dalam box ni dah siap-siap ada pilis untuk kita sapu dekat dahi jadi tak perlu beli asing-asing lagi dahhh. pilis ni taknak bagi sakit kepala orang cakap. haa param pon ada jugak. param ni panas, lumurkan satu badan untuk buang angin dan betulkan perjalanan darah. haa ada lagi laaa tiga empat jenis barang yang aku malas nak cerita details sangat HAHAHA yang mana sangattt lengkap untuk proses berpantang kita selama 40 hari tak perlu beli asing-asing lagi dahhh. sumee adaaa. senang kejee. hihihi. cuma make sure masa korang beli esok, cakap dengan kedai tu Set Air Mancur yang pill punya tauuu. sebab dia ada dua jenis set. satu set yang semuaaa barang dia adalah dari serbuk yang mana korang kena bancuh minum dengan air. euwwwwww. ;)) aku spesis tak sanggup nak telan berserbuk bancur segala gitu. jadi cakap la siap-siap nak yang pill punya. untuk 1 box set Air Mancur ni aku beli RM55. murahhhh kannnnnnnn? ;)) dia mahal murah belakang cite, janji result dia esok-esok. jadi untuk tau perubahan aku selepas guna ni korang kena tunggu aku abis pantang esok-esok. HAHAHHAAH. 


dan adalah tidak lengkapppppp bagi orang berpantang kalau takde pemanggang tak kesah pemanggang biasa kee pemanggang ajaib keee untuk panggang makanan kita dalam pantang esok-esok. ;) kata nak kurus cepat. jangan mimpi nak makan kari ayam ke masak lemak segala. pasrahhhh la wahai hatiii huhuuu. :p mak aku sajee beli pemanggang ajaib sebab dia tau dia yang akan jaga aku esok-esok. jadi nak mudah keje, beli je yang ajaib senang. lepas pantang pon boleh guna lagi. hihihi. seketul pemanggang ajaib ni RM168. flask untuk isi air panas pon aku beli jugak sebab ntahhh, macam perluu jee bila ada anak esok-esok. alang-alang terus beli. seketul RM49.

haaa dalam banyak-banyak barang yang aku senaraikan dekat atas ni, satu benda yang takde dalam gambar tapi boleh dikatakan antara yang terpenting jugak adalah tungku. aku tak pasti korang guna tak tungku time berpantang tapi kalau keluarga aku, tungku batu sungai tu wajibbbbbb untuk tuam badan. tapi sekarang tungku tu dekat kampung. so takde gambar. hihihi. haa sebelum korang tanya dekat manaa aku beli semuaaa barang-barang dekat atas ni, meh aku bagitau siap-siap. sila ke Chow Kit. semuaaaaa adaaaa. hihihihi ;)) semoga entry ni sikit sebanyak membantu korang yang blur-blur macam akuuuuu muehehehe ;)


June 05, 2014

kisah maternity photoshoot si bunga ;)

kalau sebelum-sebelum ni, asal tersnap gambar perut buncit terlebih mesti nak delete atau cepat-cepat snap yang lain konon nak tunjuk perut kurus pinggang slimm bak kerengga gituuuewww. :P sekarang dengan penuh bangganyaa aku nak tunjuk perut yang maju kedepan bagai sang juara tanpa perlu berselindung lagi dahhhh kikikiki ;) sebenarnya maternity photoshoot ni last minit punya planning. asalnya aku nak buat time dekat-dekat nak bersalin nanti tapi oleh disebabkan due aku adalah jatuh time bulan puasa, memang takkkk laaa nak berphotoshoot segala time bulan puasaaa kann. jadi mohhh la kita buat awal-awal. haaa sebelum ada yang muntah hijau, meh aku warning awal-awal. :P entry ni korang akan hadapppp muka aku laki bini berdozen-dozen. jadi kalau rasa geli tekak geli ketiak segala, better korang jangan teruskan pembacaan. HAHAHA. ;)


time photoshoot ni aku mengandung genap 31 minggu. haii bungaaaaaa. ;)) awak 31 minggu dalam perut pon dah start berphotoshoot kemainnn. mummy dah tua bangka baru tauu photoshoot tu ape. kesiannn kann mihmihmih ;)



aku rasa gambar ni macam lucahhh sikit kihkihkih sebab syafiq dengan selambanyaaa boleh pegang-pegang secara open giniii. :P demi gambar terbaikkk kata kawww. ;) KAHKAHKAH. selalu memang takkk laa syafiq nak usap belai aku segala depan orangg. :P dia depan orang kemut-kemut malu. belakang orang pintu kerusi mejaaa ponnn dia boleh langgar kalau datang tak menyabo dia kohkohkoh. ;) mungkin sebab abg jamar si photographer ni kitorang dah lama kenal dan sekampung. so tak jadi masalah untuk laki aku beraksi. selalu kalau orang tak kenal, jangan cakap dia, aku pon kakuuuuuu. muehehe. ;)


berattt keee sayanggggg? takkk kannnn? :P boleh lambung-lambung lagiiii kannnnn. :p hikhik. haaaaaa ramaiiiii yang pm aku dekat facebook tanya kat mana tempat kitorang photoshoot ni. alaaaa, dekatttt jeee sebenarnyaaaaa. nanti korang boleh pegi photoshoot dekat sini jugak tauuu. ni dekat Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. besarrrr gileee tempat ni. kitorang sempat tawaf 1/4 bahagian jeee sebab time ni dah nak hujan. T____T



nampak tak signage BABY NAS tu? haaa gigihh tauu ida buattt. thank you soo muchhh idaaa. N.A.S tu adalah huruf depan nama baby nanti. samaaa macam nama bapak dia, Nik Asyraf Syafiq. panjangg kemainnn namaaa awak nantiii tapiii oiiiiiiii jangan tak tauuuuu, kiri kanan belakang depan semuaaaa kawan-kawan sedara mara kitorang dah start panggil dengan nama 'bungaaaaaa' sedangkan asalnya, syafiq je panggil anak dia bungaaa. ;) hihihi. bunga pon bungaaaa laaa, janji awak sihat sempurna. amin. :)



kemainnnn tauuu main jemur-jemur baju segalaaaa. padahalll, langit dah mendunggg. hujan dah nak turun time niiii. takpeee, terusskannnn. hihihi






dannnn jangan tak tauuuu, mereka la orang kuat disebalik tabir photoshoot maternity bunga niiii. ;) muka-muka ni laaa yang asyikkkkk paksaaa aku senyumm yaya senyummm. senyum biar nampak ikhlas yaya jangan nampak paksa malas-malas. HAHAHA. aku rasa nak panggggg je sorang-sorang. :P dah habisss ikhlas dahhh aku senyum. :P mungkin sebab pipi aku dah macam roti pau, sinar keikhlasan tu dah tersorok sikit. HAHAHHAA. ;p andi, ida, nory dan zul. milo dengan mak tak boleh join sebab ada hal last minit. kalau tak aku ada 4 dayangggggg senandung baju seragam kiri dan kanan. hihihi


haaa sebelum terlupa, kalauuuu korang sedang mencari photographer yang hasil kerja dia memang ohsemmmmm dengan harga yang semua orang mampu bayar, aku sangattttt merekemen abg jamar photographer kitorang ni. korang boleh buat pakej sendiri sesuka hati nak shoot dan burn sajeee kee, nak shoot dia cucikan sekali kee. semuaaa boleh laaa. tak kesah untuk event photoshoot ape sekali pun. birthday ke, anniversary ke, weeding ke, tunang ke, maternity ke, berendoi keee senang cite sume boleh laaa. nanti korang kontek dia sendiri dekat sini ehhh, 

Email: mjdetroit83@gmail.com
Sms/ Whatsapp: 016-2331341

to be honest, sepanjang aku berphotoshoot selama aku hidup, harga dia paaaling murah setanding dengan kualiti dan hasil kerja diaaa. selamat berphotoshoottt semuaa. nanti nak photoshoot jangan lupa contact abg jamar ehhhh. ;))

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...