March 31, 2014

pengalaman trimester kedua :)


hai semuaaaa ;)) tiba-tiba rasa kaku gileee nak update blog sebab dah sebulan tak menaip pemalas punya pasal kann hewhewhew. ;) alhamdulillah minggu ni genap 6 bulan aku pregnant. sekejapnyaaaa masa berlalu. aku pon macam ehh biar betul. dah 6 bulan ke. tinggal lagi 3 bulan jeww wiiiiii tak sabarnyaaaa. :)) 


kalau sebelum-sebelum ni aku sokmoo tak percaya betul ke aku mengandung sebab takde rasa pape ponn. dia rasa sebenarnya tapi mungkin la sebab ni pertama kali kannn, aku tak berapa cam sangat konpius antara perut memulas nak berak atau yang bergerak ni adalah baby hahaha. :P tapi masuk dua tiga minggu ni aku dah start percaya dan tau konfemmmm ni baby yang gerak, bukan taik dahh muehehe :p obvious sangat dah rasa dia. macam mana ehhh nak gambarkan. dulu masa sebelum-sebelum aku mengandung, sokmo tauu setiap kali aku tengok orang mengandung, mestiii aku terfikir macam mana ehh rasa ada baby dalam perut. ajaib betul kannn. ye laa, perut kan semakin membesar, setiap kali baby bergerak kita akan rasa macam mana. 


haa sebenarnyaa, rasa dia macam geli-geli jeww. :P macam mana eh nak cakap. ok bayangkan, dekat badan korang, part mana yang korang paling sensitif geli. contohnya macam aku, aku geli orang cucuk-cucuk pinggang ni. jadi, kaw bayangkan orang cucuk pinggang kaw dua tiga kali lepas tu diammm. haa macam tu laa. dia gerak dush dush dush, lepas tu diammm. aku bila dah teruja mula la suruh syafiq usap-usap bagi dia rasa jugak sekali aku yang stress sebab asal syafiq pegang, baby diam tak gerak. mihmihmih. ;) nak kata setiap masa dia bergerak tu laa sebab baru nak 6 bulan kan tapi boleh dikatakan setiap kali masuk makanan atau minuman dalam perut, dia akan gerak-gerak. tak kesah la apa yang masuk dalam badan aku, dan dan time tu dia akan jadi sangat aktif sampai syafiq naik seramm. eh? kohkohkoh :p 




ni gambar beberapa hari lepas. ramaiii yang tanya baby lelaki ke perempuan. sebenarnya kitorang pon belum tahu sebab time scan 4D hari tu dia silang kaki jadi sampai sudah tak nampak. T__T tapii kalau korang tanya baby lelaki ke perempuan sebab untuk persediaan nak beli hadiah untuk anak aku esok-esok, aku jawab je beli yang unisex dua dua boleh pakai la senang :p MUAHAHAHA. oleh disebabkan kitorang tak tau lagi jantina baby laki ke perempuan tapi nafsu membeli aku dah meronta-ronta, warna paaaaling selamat adalah warna putih. jadi majoriti barang-barang yang aku dah start beli adalah semuaaaa warna putih. :)) wiiiiiii~ 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...