December 31, 2013

kenangan sepanjang 2013 :))

alaaa dahh 31hb december 2013, macam tak percaya jeeeeeee. sekejapnyaaaaa T____T tak sanggup hokeyyy nak masuk tahun baru lagi sebab bila bertambahnya tahun bermakna umur aku pun makin bertambah laaaa amagadddd. hewhewheww. ;p 25 tahun hokeyyyyyyyy, dah cukup masak ranum orang tua cakap. kahkahkah. :)) sebelum kita bukak buku baru, aku sukaaaa imbas balik sumee kenangan-kenangan indah sepanjang aku tahun 2013 wiiiii ;)
















Medannnn :)
 ohh medan belum cerita dekat blog sebab baruuu je balikk :p nantii ehhh :)







nadiafarahida dalam Majalah Anjung Seri Feb 2013

http://www.nadiafarahida.com/2013/02/nadiafarahida-dalam-majalah-anjung-seri.html


nadiafarahida dalam majalah Mingguan Wanita. 



nadiafarahida dalam Majalah Anjung Seri, Mei 2013 :) 



www.nadiafarahida.com di Utusan Malaysia, 10.8.2013 



disebalik tabir Wanita Hari Ini 



pregnant wiiiiii ;))


Alhamdulillahhhhhh. terlalu indahhhh dan melimpah ruahnya rezeki aku sekeluarga untuk tahun 2013. terima kasih Ya Allah terima kasihhhh :') azam 2014 aku sebenarnya aku tak pernah ada azam ponnn sebelum-sebelum ni. semua mainn redahhhhhh. try and error :P tapi dah tentu tak lari dari semoga rezeki kami sekeluarga semakin melimpah ruahhh sampai boleh bagi bagi dengan korang :P aminnnnnnnnnnn ;)

December 24, 2013

the moment when i knew, i'm pregnant! T___T


to be honest, tak sampai 10 minit aku post gambar ni dekat facebook dua minggu lepas, bertalu-taluu orang mesej aku tanya macam mana aku boleh mengandung, ada amalkan petua ape-ape ke, ada buat treatment ape-ape ke. kawan-kawan, jangan cakap koranggg, aku yang sedang melalui sendiri ni pon sampai saat ni masih speechless tak habis-habis. (-__-')

hampir 4 tahun Allah uji aku dengan ketiadaan zuriat, percayalah. bermacam-macam cara kami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tapi still tak berjaya. aku ingat lagi tahun pertama kawen, kaw bagii la aku ape untuk telan janji dapat anak semua benda aku telan. air rebusan buah zuriat, air tasik dayang bunting segalaa aku telan. T__T tak jadi cara telan, kita cuba cara sapu. ubat subur ke ubat mak nenek ape ke semua aku makan. tak jalan cara moden, aku berubat cara kampung. jumpa mak bidan sane, jumpa mak bidan sini berurut kemainnn konon rahim jatuh susah nak dapat anak segala baiklahh aku urut. tak jalannnn, belum rezeki katanya. kemudian jumpa ustaz mana-mana yang tinggi ilmu agamanya, bagi ayat quran suruh amal setiap hari dan setiap kali sebelum bersama baiklah kita cuba. tak jalannnn jugak, belum diizinkan katanya. T_____T hancurnya sekeping hati Allah je tahu bila setiap bulan result upt adalah negative. T____T 

keadaan menjadi semakin teruk masa tahun kedua kitorang kawen sebab sejujurnya, period aku selalu teratur je setiap bulan paling-paling pon tercepat dua tiga hari atau terlewat dua tiga hari. tapi malangnya, masa tahun kedua kitorang kawen, tiba-tiba period aku tak datang-datang dan ngam-ngam selama 9 bulan. T___T Allahuakbar besarnya ujianmu Ya Allah. 9 bulan yang penuh tanda tanya, 9 bulan yang hancur luluhnya sekeping hati aku tak nak cerita, 9 bulan yang cukup mengajar aku erti sebuah keredhaan. T___T mulai dari saat tu, aku nekad, kalau betul dah tertulis aku suami isteri tidak layak untuk bergelar seorang ibu atau seorang bapa, aku redha. :) 

peritnya sebuah penantian tu buat aku jadi tawar hati. (-__-') bukan laa tawar hati tak nak anak. nakkk. tapi aku berserah sepenuhnya pada yang maha kuasa. Dia tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. jadi masuk tahun ketiga perkahwinan, aku pikir nak nikmati kehidupan berdua sepuas-puasnya. kita berusaha cari duit sama-sama dan kita habiskan duit sama-sama. mihmihmih. ;) 

genap 3 tahun 6 bulan 1 hari kitorang kawen, ahad, 8 december 2013, aku takkan lupa sampai bila-bila. T____T 


wallahi, aku tak tahu dan aku tak expect pon aku sedang mengandung. T__T period aku kan tingtong. seingat aku kalau tak silap, dah 4 bulan aku tak datang period tapi aku tak jadikan period tak datang tu salah satu masalah pon sebab dah terbiasa kan. so aku lalui je la hari-hari seperi biasa. :) 

kebetulan dalam masa yang sama, syafiq tak berapa sihat. asal malam je demam. siang ok je. batuk sakit tekak jangan cakap la cukup pakej. korang bayangkan selama dua minggu kitorang tido tak pasang kipas. sayang suami punya pasal kennnn choiii :p sampai la satu saat, aku dah start pelik. syafiq ni jarang sakit. kalau selalu dia demam, takde nye dia demam lama-lama macam ni. makan ubat pon tak jalan dah kenapaaa. bila syafiq dah beransur sembuh, aku pulakkkkk sambungg. aku expect ni mesti berjangkit dengan syafiq. hoiiii penatnya dua dua tak sihat. dua dua tak lalu makan. dua dua melepekkkkk je tak bermaya. nak buat kerja hakiki pon tergendala kahkahkah :p tapi masa ni aku paling teruk kot sebab kaw bayangkan, perut lapar gile tapi asal masuk je makanan semua keluar balik. dah mana nak ada tenaga. makan panadol berpapan papan pon tak jalannn. aku start detect 'sesuatu' sangatttt demam aku kali ni bila setiap masa nak kencing manjang padahal aku kan demam, tak minum air pon. dah kenapa 40 saat sekali nak kencing niiii. lepas tu tiap kali basuh pinggan, gigi aku mestiii sengal. pelik gilee aku rasa. kihkihkih. tapi aku buat donooo je laaa sebab malas letak harapan tinggi-tinggi kannn. 

sampai la hari Ahad, 8hb december tengahhari tu aku pegi Jusco sebab nak tukar duit dekat money changer. kebetulan time tu kitorang lalu depan Guardian, aku cakap dengan syafiq nak beli upt la saje nak test setelah sekian lamaaaa aku tak beli upt. sampai-sampai rumah, tak bermayanya tuhan je tahu. syafiq bantai mentido depan tv. dia kan demam lagi jugak. aku pon nak tdo tapi macam tak mengantuk. kaw tau aku buat ape? pukul 4 petang, masuk bilik air check upt diam-diam. selalu kan orang suruh check pagi-pagi lepas bangun tido tapi lantakkk laa. aku kan tak menyabooo. :p petang ke malam ke, janji aku nak check sekarang. :) kalau betul rezeki aku, dia tak kira siang ke malam ke dia tetap naik double line. demi Allah masa aku check ni, aku tak letak harapan langsung sebab aku dah berapa ratus ribu kali pernah dikecewakan dengan result upt T____T tapiiiiii allahurabiii, betul ke dua line ni. menggigil-gigil badan aku jangan cakap. Allahhhhhhhh Allahhhh Allahhhhhh. nafas aku semua terhenti. berdebar jangan cakap. termenung dalam bilik air, betul ke ni Ya Allah. aku seka air mata dulu sebab nak tanya syafiq betul ke ape aku nampak dua line ni ke mata aku je. 

saat ni aku takkan lupa sampai bila-bila. aku kejut syafiq, dia sedar dan duduk dalam keadaan mamai-mamai. aku tanya dia betul ke dua line ni? dia pandang upt, dia pandang aku. dia pandang upt lagi, dia pandang aku. aku nampakkkk, ada air bergenang dekat kelopak mata dia. allahhhhhhurabbii allahuakbar besarnya kuasamu ya allah. T____T dua dua hilang kata-kata. dah lamaaa kami tunggu Ya Allah. time ni jangan cakap, aku nangis esak-esak. syafiq peluk dengan penuh kasih dan sayang. aku tau, dia juga seorang suami yang dah lamaaaaa sama-sama menanti kehadiran zuriat sendiri macam aku. T____T dua dua tergamam, yang aku dengar syafiq cakap, kita pegi jumpa doktor ye. huwaaaaaaa syahdunya ingat balik. sambil taip sambil lap air mata. T_____T 

on the spot terus siap-siap pegi klinik. masa ni dah pukul 6 petang. bayangkan kitorang pegi 7 buah klinik untuk scan tapi ketujuh-tujuh klinik kata doktor takde sebab dah lewat petang. baiklah aku pasrah. first test kan aku guna upt murah, mungkin sebab dia murah dia boleh mempengaruhi result aku. :P aku decide untuk beli upt Clear Blue sementara nak tunggu keesokan harinya untuk scan. dan hasilnya, result clear blue 'Pregnant' dan anggaran usia kandungan adalah 5 minggu. aku pandang syafiq, syafiq pandang aku, senyum. hilang kata-kata lagi kaw paham takkkkkk. ;)  


dan keesokan harinya, lepas syafiq balik kerja, kitorang sama-sama pergi klinik untuk scan pengesahan. selagi tak nampak selagi tu aku tak puas hati. (-___-')


the moment bila aku tengok ada jasad dalam rahim aku, Allahhhhhurabbi. indahnya. kalau macam ini indah perasaan yang kaw uji selama 4 tahun menanti dengan penuh kesabaran, kami rela Ya Allah.. :') tu belum cite scan minggu lepas punya. Allahhh ajaibnya rasa bila nampak degupan jantung baby yang keciknyaaa tapi dup dap dup dah clear nampak dekat screen. :') im touched soooo deeply. T__T syafiq mungkin tak perasan time dia kusyuk tengok screen monitor doctor tengah terangkan dekat dia, aku pandang muka dia. aku nampak, kebahagian yang terpancar dekat muka dia aku tak pernahhhhh nampak sebelum-sebelum ni. T___T rasa macam allahhhhh dalamnya kasih sayang dia. T___T 


demi Allah, it happened just like that. tanpa sebarang treatment, tanpa sebarang ubat-ubatan, tanpa sebarang kaedah tabung uji, tanpa sebarang kaedah-kaedah lain selain dari kuasamu Ya Allah. aku percaya Kau sebaik-baik pencipta, Kau sebaik-baik pendengar, Kau maha mengetahui bila waktu yang sebenar-benarnya sesuai untuk kami layak bergelar seorang ibubapa. 



Ya Allah, Kau peliharakan lah zuriat ku Ya Allah. Kau kasihanilah dia seperti mana Kau mengasihaniku. Kau sihatkanlah tubuh badan dia selama mana dia di dalam rahimku. Ya Rahman, terima kasih untuk sebuah pinjaman palinggggg indah yang pernah Kau izinkan kepadaku. Ya Rahim, terima kasih kerana memilih aku untuk merasa dan melalui ujian-ujian indahmu. 
Anakku, 4 tahun kami menunggu kehadiranmu. kuatlah untuk lagi 7 bulan yang mendatang. mummy ada, daddy ada. kami tunggu. :')

December 23, 2013

luahan hati seorang isteri

menjadi seorang nadiafarahida yang kalau boleh tiap benda aku nak tengok sempurnaaaaa jeee tak kesah la dari segi kewangan ke, rumahtangga ke, semua benda la senang cakap. aku kalau boleh nak hidup setiap masa yang gembira-gembira je tapi percayalah, aku tak pernah menolak ujian qada' dan qadar perjalanan kehidupan aku dari yang maha esa.

sejujurnya, sepanjang hampir 4 tahun usia perkahwinan kitorang laki bini, aku tak pernah cerita bermuram duka alaaa sedihnya takde anak alaa kosongnya hidup takde zuriat sebabbb, kitorang tak pernah pon anggap ujian takde anak adalah satu beban pada kitorang. :) yang menjadi beban adalah mulut manusia yang macam takde soalan lainnnnnn je kaw nak tanya kennnnn. sikit-sikit ehh lamanya kawen, takde anak lagi ke. bila nak ada anak. tak usaha pergi berubat mana-mana ke. haaa yang ni beban. beban otak aku nak pikir ape nak jawab. sebab aku sendiri takde jawapan kaw paham takk. T___T

tak dinafikan tahun pertama perkahwinan aku stress gileee dengan soalan-soalan macam ni. percayalah, tahun pertama kawen, pernah sekali aku lewat period, back to back hari-hari selama seminggu aku pergi klinik untuk scan dengan harapan tolonglaaa mengandung. T___T sekurang-kurangnya, orang dah tak banyak bunyi. tapi kaw tahu kan, Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tahu kita tak mampu. aku buat kesimpulan berdasarkan pengalaman aku, tahun pertama perkahwinan boleh dikatakan tahun bertanyakan soalan. tahun kedua perkahwinan adalah tahun memberi nasihat dan cadangan perubatan. tahun ketiga perkahwinan adalah tahun semua orang dah start pelik asal laaaaaaa dah bertahun kawen tak mengandung mengandung lagi kaw niiiiii. command sense babe, tak pernah pon Allah janjikan setiap hamba dia asal kawen je mesti mengandung, asal kawen je terus lekat. tak kannnnn. ye semua perempuan dan lelaki adalah sama tapi kaw kena tahu, perjalanan hidup setiap manusia adalah berbeza. takde yang jalan dia dari kecik sampai besar lurusss je. kadang mesti ada yang bengkang dia. dan kalau kita rasa hidup kita dah cukup lurus sempurna, ingattttt. tu pon ujiann. kita je tak perasan kadang-kadang.

masuk tahun kedua perkahwinan, to be honest, syafiq banyak mendidik aku menjadi lebih penyabar. kaw tanya la soalan bertubi-tubi bertalu-talu, sabarrrr. jawab je belum rezeki. fineee. sampai jawapan tu dah sebati dengan mulut aku. belum rezeki. :) siapa kita untuk cakap eeeee tak mengandung lagiii. laki ke perempuan ada masalah. Allahhhhurabbi. mengucap boleh? siapa kita untuk mempersoalkan mandul ke dia, rahim takde ke dia, sperma tak aktif ke dia sedangkan kita tahu kan Allah maha besar. sepanjang hidup aku, aku sentiasa percaya, setiap apa yang berlaku, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. aku bagi contoh ehhh. kenapa kaw kawen dengan pasangan kaw, bukan dengan orang lain? sebab Allah dah tetapkan, dia adalah yang terbaik untuk kita. bersyukurlahh.

berkahwin dengan seorang lelaki yang cukup positif dari semua aspek sangattt membantu aku menjadi sape aku sekarang. syafiq ni spesis dia tak amek port orang cakap ape. kaw panaskan la dia, kaw barakan lah hati dia, tak jalan babeee. mihmihmih. ;) dia bukan spesis simpan dalam punyaa. yang dia tahu, selagi dia mampu, dia akan cuba jadi suami yang terbaik untuk aku. anyonyonyoo terharuuuu :P sejujurnya, kitorang tak pernah pon rasa takde anak adalah satu kekurangan dalam rumahtangga kitorang sebab kami percaya, Allah mengetahui apa sahaja yang terbaik untuk aku laki bini. jadi, sepanjang belum dikurniakan rezeki di bahagian anak, kitorang laki bini berusaha untuk saling melengkapi dari semuaaaa sudut lain dengan harapan, sekurang-kurangnya bila kita ada anak esok-esok, kita dah tak perlu pikir benda remeh temeh yang lain. kita tak perlu pikir masa tu tak puas enjoy la, tak sempat pegi honeymoon la, tak sempat beli rumah la, tak sempat beli kereta laa macam-macam. dan Alhamdulillah, Allah kan maha kaya. dia kurangkan kita satu bahagian, Dia limpahkan bahagian-bahagian lain kepada kami allahurabbi. :) terima kasih Ya Allah. T_____T. aku rasa macamm Ya Allah, dah mewah sangat Kau mewahkan aku Ya Allah. melimpah ruahnya rezeki yang Kau berikan kepada keluargaku Ya Allah. T___T 

hampir 4 tahun kami menikmati kehidupan berdua, macam-macam peel orang aku belajar. kepada kawan-kawan yang Allah murahkan rezekinya di bahagian anak, jangan pernah kita berbangga dengan berjaya dan hebatnya kita sebab dah punya anak. kita kena percaya, anak dan suami adalah pinjaman dari Allah semata. kalau Allah nak tarik, kaw anak 4 pon Allah boleh tarik keempat-empat sekaligus. kalau kaw rasa dengan punya anak kaw dah cukup sempurna, Allahurabbi. tak baikkk, kesian orang yang belum punya zuriat sendiri. tak cacat pon tak punya anak lagi. kaw nampak kurang dia je, kaw nampak bahagianya dia? takkannn. doakan yang baik-baik dah laaa. tak perlu nak menceramahi ke menasihati ke sebab aku percaya, orang yang dah kawen lama tapi belum ada anak ni bukannya tak usaha, percayalahhhh, dorang berusaha sebenarnya. berubat sana sini. iktiar sane sini. tapi takkan dorang nak post dekat facebook pulak kannnn. :p 

dan kehadapan kawan-kawan aku yang Allah sentiasa uji dengan ketiadaan zuriat, jangan risauuuu. bersyukurlah, Allah bagi kita lebih masa untuk merasa kasihnya seorang suami, manjanya seorang isteri. boleh buat sesuka hati banyak-banyak kali kohkohkoh. ;)) have fun sayang. asal ada duit pergi honeymoon, asal free pergi melancong. best kannnnn. jangan pikir sangat mulut busuk orang. :) kita ada anak ke, kita takde anak ke, beras dekat rumah masing-masing beli kannnn. takdenya bila kaw ada anak esok, dia tolong belikan beras. mihmihmih. ;)) 

hoii panjangnya aku merepek! (x___X) aku sebenarnya nak cerita pasal benda lain, tapi hormon tak menentuu. tak masal pegi luah benda lain. kahkahkah. ;p okbaii. ;))


December 06, 2013

dekorasi dan kos membina pejabat di rumah

sebenarnya dah lamaaaaa aku planning nanti bila ada rumah sendiri, konon nak ada office sendiri dalam rumah kemainnnnn hewhewhew. :P impiann sahngatttt. tapi renovation rumah ni tak boleh la kaw nak buat sekaligus sekelip mata semua terus siap tiptop kann sebab duit ni kalau habis, dia bukan boleh main petik-petik je macam petik daun kehkehkeh. ;p

jadi kitorang pon buat la step by step slow-slow. awal-awal masuk rumah dulu, kitorang siapkan yang major punya renovation dulu. lepas tu baruuu simpan duit balik untuk buat yang minor-minor ni. untuk mini office, aku prefer buat dalam bilik tidur kitorang sebab lebih private and confidential gituuewww :P dah nama pon mini office, dah tentu-tentu semua dokumen-dokumen yang penting hidup dan mati semua disimpan dekat sini kannnn. ;) tapi takde la mini office skema sangat macam pejabat-pejabat dah rupa sebab kadang syafiq suka je pasang movie apa-apa dekat pc sambil baring atas katil. jadi menyenangkan kerja aku laki bini, kita pasang je dalam bilik. :)

ni rupa asal space untuk buat mini office. betul-betul sebelah toilet. hihihi.



dan ni lakaran masa jeff datang ukur hari tu. 



bulan lepas rasanya dorang datang ukur dan bagi harga semua. bila kaw buat benda yang built-in ni, kaw kena ada kesabaran yang tinggi sebab selalunya, dorang memerlukan 14 hari untuk menyiapkan sesuatu tempahan berdasarkan permintaan kita. 14 hari jewww aku sangguppp janji cantikkk. hihiihii. lain la kalau pergi beli dekat kedai perabot kannn. hari ni beli, esok lusa dah tentu boleh dapat tapiiiiiii, kadang kalau beli yang dah siap, aku risau bab ukuran dia. tak ngam-ngam orang cakap. kalau tempah macam ni, dah tentu-tentuuu dia akan buat ikut space rumah kita dan percayalah, kualiti Intech Kitchen memangggg tip-top. aku kalau tak bagus, memang takkkk la aku rekemennn. dalam banyak-banyak company yang aku berurusan sepanjang renovation rumah, Intech Kichen punya kerja aku paaaaling puas hati. starting dari dorang buat kitchen kabinet dekat rumah aku lagi. 

dan ni hasil dia. gambar selepas wiiiiii ;))





antek takkkkkkkkkkkkkkkk? ;)) yeayyy! haa sebelum ada orang email aku tanya berapa ketinggian kelebaran aku punya ni semua meh aku cakap siap-siap. untuk aku punya mini office, ketinggian dia adalah 7 kaki setengah dan kelebaran dia adalah 7 kaki. tema dia sepenuhnya warna putih sebab warna putih senang nak mix and match dekorasi dia nanti :)) 

aku tak pasti kalau ukuran lain jeff kira berapa harga tapiii yang aku punya ni, dorang bagi best price RM2200. nak kata mahal sangat pon tak, nak kata murah sangat pon tak. ni standard price laa orang cakap selepas banyakkk tempat aku dah survey tapi aku tetap pilih buat dengan Intech Kichen sebab kualiti dorang tiptop dan dorang sangattttt menjaga customer. percayalah. 

kalau korang nak tempah, aku tak pasti berapa harga sebab keluasan mungkin tak sama tapii sekurang-kurangnya, korang dah boleh buat anggaran kasar kannnn. ;) ok dahhh, pergi order sekarang. :)) jadi, kalau korang berminat nak tempah, korang terus deal dengan Intech Kitchen dekat sini ehhh. 

0126252528 / 03-87243528

atau boleh pegi terus ke showroom dan kilang dorang di, 

47, Jln Mega 1A, Tmn Industri Mega, 43500 Kajang.


jangan tanya akuuuu, aku tak tauuu. :P aku tau harga rumah aku jeww hihihi ;)) 

December 05, 2013

Matic Fest 2013 ;)




hari ahad lepas aku dapat jemputan untuk join event MaticFest dekat Jalan Ampang. To be honest, ni pertama kali aku dengar perkataan bernama ‘Matic’ sepanjang aku hidup huhuu kesian kann. :p Aku macammm heyy apeeee matic ni. Lepas stadi sikit-sikit, ooo rupanya Matic adalah singkatan kepada Malaysia Tourism Centre yang mana merupakan ‘One-Stop Centre’ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan pelancongan yang disediakan.

Mula-mula macammm bestnyaaa boleh main tresure hunt, bestnyaa boleh main paintball tapi selepas diambil kira dari semua aspek kasih sayang kuikuikui, aku tak masuk apa-apa game pon sebab aku kan spesis sayang lemak terlebihhh. ;) Kahkahkah. Jadi pergi semata-mata untuk support blogger-blogger lain dan tengok kucing mihmihmih. 



Heyyy nama lagi pertandingan kucing peringkat antarabangsa kannn. Kemainnn semuaa kucing memang taraf international habisss. Ada sekor kucing ni ya allahhhhh, bulu dia perghhhh. Sebijik macam karpet yang mahal punya bulu tuuuu.


Paling tak leh blah, yang ni..


hukalohhhhhh, makeup dah kemainnn cantikk sebab nak masuk pertandingan ratu cantik antarabangsa kannnnn sekali, belum pape dah tdo. HAHAHAHA. Sebenarnya MaticFest ni dia setiap tahun dianjurkan tapi ni first time aku pegi. 




Banyakkkk rupanya game-game yang dorang sediakan contohnya, paint ball, tresure hunt, karaoke, pertandingan kucing, permainan chicky dance, mini golf heyy macam-macam la. Sampai esok aku tulis satu-satu belum tentu habis. Huhuuuu. ;p nanti tahun-tahun depan dorang buat lagi korang join tauuu sebab yang menang tentu-tentu dapat hadiah. Cash babeeee sape tak nak kennnnn ;) aku rasa tahun depan punya mestiiii lagi best sebab 2014 adalah tahun melawat Malaysia kennnn. Jadi tentu-tentu dorang akan buat aktiviti yang lebih bomm the vassss gituuuuewww. ;) nanti tahun depan korang jangan lepaskan peluangg join sama ehh sebab selalunya Matic Fest ni dorang buat hujung minggu dan 3 hari berturut-turut. so senang la kita si pekerja nak datang kann sebab hujung minggu dah tentu-tentu cutiiiiiiiiiii dan part paling penting, masuk adalah percumaaaaa ;) 


December 04, 2013

again. rumah sedang dipecahkan. T____T

aku bab-bab dekorasi ni memang in love habissss wa cakap luu tapiiii kalau bab nak mendeko rumah sendiri, suka tu sukaaaa tapiii, untuk mendapatkan sesuatu yang cantik, kita kena lalui sesi memecah rumah terlebih dahulu T___T bab ni aku paaaaaaling tak sanggupp huwaaaa. 






jadi alang-alang sesi memecah rumah macam kapal pecah, aku lebih suka pecahkan sekaligus kuikuikui. contohnya planning asal aku adalah nak buat built in tv kabinet je tapiii bila pikir-pikir balik, sekaligus kan je laa buat mini office sekali senanggg. nanti senang lori sekali datang je. dorang pon sekali pasang je. aku pon sekali kemas jeee. kannnn. aku spesis suka betul perabot-perabot yang jenis built in sebab dia akan buat macam apa kita nak dan ukuran tu nanti ngam-ngam dengan keluasan rumah aku yang tak seberapa ni. :) kalau beli yang dah siap, kadang ada yang terlebih kecik, kadang ada yang terlebih besar. jadi alang-alang buat, biar puas hati orang cakapp sebab benda built in sekali je seumur hidup pelaburan dia mihmihmih. :P takde nya aku buang tebiat setiap tahun nak tukar macam katil dalam bilik aku asal bosan tukar, asal abis posisi kita tukar katil baru je la banggg kohkohkoh :P 


untuk hari ni, sekarang dorang tengah settlekan mini office yang tak seberapa dalam bilik dulu. kalau sempat siap, dorang terus buat kabinet tv. kalau tak sempat, esok la jawabnyaaaaa. T_____T i is pasrahhhh dua hari kena kemassss huwaaaaaa. ada sape-sape tengah planning nak buat meja komputer ke, mini office ke, kabinet tv? nanti aku share dengan korang the best company ever ni ehhhh. harga best, hasil kerja tiptop, kualiti mavelossss. ni company yang sama aku buat kitchen kabinet hari tuuuuu. :) nantiii ehhhhhh.


December 02, 2013

Bajet keseluruhan ke Krabi, Thailand


part paaaalingg ditunggu-tunggu, part paaaling ramaiii yang tanya berapa aku habis total dekat krabi ni mehhh aku list down satu-satu ye. 


nak pegi bercuti mana-mana pon dah tentu-tentu kena beli tiket kapal terbang kannnn. :) kalau rasa poket tak berapa tebal tapi bajet macam orang kaya nak keluar negara, kitorang laa tuewww mihmihmih :p sila baca entry aku Harga tiket flight ke Krabi, Thailand. kos tiket kapal terbang untuk tiga orang adalah RM1267.91.


untuk hotel, korang boleh refer entry ni ye, Hotel Murah di Krabi, Thailand. Kos penginapan di Aonang Goodwill Hotel selama 4 hari 3 malam adalah RM414.66.

 
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama di Krabi korang boleh tengok dari entry-entry ni,
1. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1 
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2
3. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part
dan kos perbelanjaan untuk hari pertama adalah RM1030.98.


Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua di Krabi korang boleh tengok dari entry-entry ni, 
1. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1   
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2
dan kos perbelanjaan untuk hari kedua adalah RM 498.95.


Jumlah perbelanjaan untuk hari ketiga di Krabi korang boleh refer dari entry-entry ni, 
1. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 2
dan kos perbelanjaan untuk hari ketiga adalah RM299.69.


Jumlah perbelanjaan untuk hari keempat di Krabi korang boleh refer dari entry ni, Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 4
dan kos perbelanjaan untuk hari keempat adalah RM28.40.


Total keseluruhan 4 hari 3 malam di Krabi, Thailand adalah: 
 
# tiket flight: RM1267.91
# Aonang Goodwill Hotel: RM414.66
# perbelanjaan untuk hari pertama di Krabi:
RM 1030.98
# perbelanjaan untuk hari kedua di Krabi:
RM 498.95
# perbelanjaan untuk hari ketiga di Krabi:
RM 299.69
# perbelanjaan untuk hari keempat di Krabi:
RM 28.40
_______________________________________________
TOTAL: RM 3540.59



nahhh, aku rasa cukup details dah ni aku bagi. nanti pepandai la korang bajet sendiri eh berapa korang nak bawak atau berapa korang kena sediakan untuk ke Krabi. kalau korang planning nak ke krabi, sila khatam kan semuaaaa entry-entry aku ni dulu baruuuuu hantar email atau tanya sebarang persoalan yang kurang jelas sebab aku rasa, aku cerita detail gile dahhh tiba-tiba ada orang email, 'saya akan ke krabi bulan sekian sekian nanti. berapa harga hotel yang awak menginap hari tu ye?' haaaa konpemmm aku rasa macam nak telan orang T____T huhuuuu. alaaa kan semua aku dah cerita. takkan nak kena suap lagi. T___T kecuali soalan yang betul-betul aku tak tulis dalam blog dan kecualiiii macam ada sorang kakak ni dia nak pegi sydney bulan 12 nanti, punya la sibuk dia teramat sangat sampai tak sempat nak stadi belek satu-satu blog aku, dan dia tau aku dah cerita details gile, kaw tau apa dia buat? 'nadia, akak bayar awak RM100, boleh tak awak email akak semua sekali entry-entry sydney awak bermula dari hari pertama sampai hari balik dekat akak.' aku mula-mula macam alahaiiiii, kesiannya nak amek duit dia tapi dalam masa yang sama, aku geram manusia spesis bersuap semua ni. tapi sekurang-kurangnya, dia bayar harga suapan aku kehkehkeh :p baik kakkkk, sekarang jugak nadia email akak. mihmihmih ;)) 

haaa, pasal bajet ke krabi ni, mahal murah sendiri tepuk poket sendiri jawab. hewhewheww :p legaaa gileee semuaa entry Krabi dah settle yeayyyy. kenapa kena settlekan cepat-cepat? sebab minggu depan nak pegi bercuti lagi yeayyyy yeayy yeayy sambil gelek-gelek bontot. :)) sekian, waltamatttttt semuaaaa 1001 kisah krabi legaaaaa baiiiiii :)

 
 

December 01, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 4

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand         
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1         
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand       
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2     
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3      
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4  
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1   
8. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2
9. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1
10. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 2

entry ni adalah entry untuk hari terakhir kitorang dekat krabi yang aku sangatttt laaa tak sabar nak habiskannn ni sebabbbb, minggu depan nak pergi bercuti lagiii wiiiiii ;))

time balik hari tu, oleh disebabkan flight kitorang adalah awal pagi, 7.55 pagi waktu thailand so kitorang awal-awal lagi dah sampai airport sebab takut terlepas flight punya pasal. walaupun booking semua dah buat web check in segala tapi untuk keselamatan, better kalau kita still sampai dekat airport 2 jam sebelum waktu perlepasan kennnnnn sebab aku dah serik gile vavi bermarathon dalam airport time pegi sydney hari tuu. T____T 

dalam pukul 6 pagi kitorang dah terpacak dalam airport. sekaliii, semua kaunter belum bukakkkk sadissss T____T takpeee takpeee, sambil menunggu, meh sambung tdo :p sharp pukul 7.55, byeeeee krabiiiiii. kami terpaksa pulang ke pangkal jalan selepas 4 hari lupa diri mihmihmih ;)) tak makan nasi lemak pak nasir tak sahhhhhhhh kalau naik airasia niiii :) 


siap makan, aku bantai mentido sepanjang perjalanan sedar-sedar dah sampai kl kuikuikui. 


sesampai je dekat airport, terus amek bas star shuttle ke jalan ipoh sebab rumah aku kannnn dekat jalan ipoh. tiket sorang RM8.00. so aku bertiga RM24.00. mila, ida, nory, sheila semua dah tentu-tentu kena pergi rumah aku dulu sebab acara paling penting kena buat sebelum masing-masing balik rumah masing-masing adalah, menyatukan semua gambar dari 8 ketul kamera kepada satu folder fengsannn berejamm. (-____-') 


sampai dekat jalan ipoh, bas tadi dia just berhenti tepi jalan je sebab takde nya dia nak terus hantar sampai ke depan pintu rumah muehehe. jadi, sila naik teksiiiii. :) dari tepi jalan mana ntah bas tu drop kitorang ke rumah aku, tambang teksi adalah RM4.40 jewww. dekat kannn? :)) jadi, total keseluruhan perbelanjaan kita untuk hari keempat yang mana adalah hari terakhir untuk percutian ke krabi ni adalah, 

Jumlah perbelanjaan untuk hari keempat di Krabi.

# bas star shuttle dari airport ke jalan ipoh: RM24
# teksi dari jalan ipoh ke rumah: RM4.40
_________________________________________________
TOTAL: RM28.40


fuhhh, legaaaaa wiiiiiiii. ;) settle semua cerita untuk keempat-empat hari di krabi. :) nexttttt, entry total keseluruhan percutian ke krabi yang ya hampunnnn, ramainya orang tanya! (-___-') semua nak pegi honeymoon dekat krabiii ehhhhh :)) pergi laaa pergi laaaa, cantik sangattttttt sampai tahap terlompat-lompat terkinja-kinjaa tiap kali amek gambar muehehee :P



esok pagi total bajet keluar yee harap maklumm dan selamat bercuti semuaaaa :))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...