Lazada Malaysia

March 30, 2013

Visa ke Australia

blog berzamann tak update sebab kemalasan kebuntuan kesibukan ketaksempatan dan segala jenis ke lagi ada. T_____T asal feel nak update sampai, tak sempat sebab kerja banyak. asal feel nak update sampai, idea pulakk tak datang blur semedang. asal feel nak update sampai, feel lain lagi meronta-rondah. kohkohkoh ;)


ohh berbalik kepada tajuk cerita, aku nak share dengan korang pasal tempat buat visa ke australia paling murahhhhhhh yang aku tau setakat dua tiga bulan aku duk stadi pasal australia ni. visa tu kertas yang warna putih dalam gambar ni. visa ni valid setahun dari tarikh kita apply. dan dalam masa setahun tu, kita boleh keluar masuk australia sesuka hati selagi kaw rasa duit kaw belum habis. hikhik ;)

kaw kena faham babe, bila orang kampung pertama kali nak jejak kaki ke bumi austalia, dia punya seram sejuk lain macam. rasa macam heyyyyy berdebar nak terberak nak terkencing semua ada. nak nak kitorang pergi bertujuh. mama, papa, syafiq and adik-adik aku. (-___-') phewwww~ tapi aku kan sokmooo bajet macho. :P kehkehkeh. 

bukan semua negara perlukan visa setiap kali nak masuk negara dorang macam kalau indon ke, vietnam ke, thailand ke, singapore ke, cukup dengan passport je dah boleh lepas masuk negara dorang sebagai pelancong. tapi kalau austalia, selain passport, visa adalah benda kedua terpenting selepas passport. takde visa, still tak boleh masuk australia. standand harga buat visa yang aku tau 20 AUD sorang. lebih kurang RM66 sorang laaa sebab mata wang australia darab 3.30 duit kita. T____T kalau macam kes aku, 7 orang dalam RM462. belum sampai austalia lagi duit dah habis. kohkohkoh. :) dah nama pon kerja aku memaksa aku untuk mengadap pc 24 jam, sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil la stadi google kann. sampaiiii la aku terbaca pengalaman pengembara dan pelancong yang memang dah selalu keluar masuk austalia, dorang suggest buat visa dengan cik intan. cik intan ni memang keje dia travel agent. 1 visa cik intan caj hanya RM20. kalau 7 orang baru RM140. Heyyyyy banyak beza babe, 20AUD dengan RM20. dah tentu-tentu aku pilih yang RM20. kuikuikuikui. ;)) 


ni email cik intan ye, eta.australia@yahoo.com. korang boleh terus contact dia by email. visa ni sekejap je dah boleh siap. dalam 1 hari yang sama pon boleh tapi kaw kena paham, bukan kaw sorang je customer cik intan ni. mihmihmih :) nak murah kena la bersabar. aku punya sebab aku email hari jumaat kan, dah nak hujung minggu. isnin terus siap. bagi aku dah cepat dahhhh. lagipon aku pegi bulan 4, buat slow-slow pon xpe. :) tapi lagi cepat siap, lagi cepat aku boleh berangan. kehkehkeh. (x_____x)


kaki belum jejak lagi tapi dalam kepala list berangan tak sudah macam duit tak habis. (-____-') dan kepada kawan-kawan kesayangan aku dan syafiq, yang mana nak kirim fridge magnet segala bagai, aku cakap awal-awal ye. bolehhh tapi demand jangan nak tinggi sangat pleaseee. T______T kaw jangan mintak fridge magnet yang sangattttt spesik contohnya nak yang ada tulisan merah je, tak nak warna hitam. tak pon nak fridge magnet nak yang ada gambar kanggaro je. xnak yang ada gambar koala. aku rasa, tak lama aku yang balut korang dengan tualaaaaa. HAHAH. boleh kirim, contohnya cakap la nak 1 fridge magnet, tak kesah rupa macam mana, janji ada tulis SYDNEY atau AUSTALIA, tak kesah warna apa, bentuk apa, bagi duit siap-siap. HAAAAA gituewww. ;) kaw kirim air liur, aku bawak balik air liur. kejammmmm kennnnnnnn weolsss uolsss. :D tak dengar tak dengar. HAHAHA. kbaiiiii. :P


March 19, 2013

siapa nadia farahida?

 
cukup pakej poyo tak kalau aku nak cerita biodata hidup aku dalam entry ni? tajukkkkk tak menahan kannn. hewheww ;) kalau korang dah mula rasa mual-mual loya, aku sarankan awal-awal baik korang jangan teruskan pembacaan ye. kohkohkoh. ;)


masa kecik-kecik dulu, keluarga aku takde la seselesa sekarang. tapi nenek aku didik mak aku supaya walau sesusah mana pon kita, duit tetappp kena menyimpan. walau sikit. dan ilmu tu jugak la mak aku ajar aku sampaiii la sekarang. nenek aku sebelah mak aku ada campuran darah cina. aku xde sebab aku kacukan mak ayah aku je. (x_______x) kehkehkeh. jadi, kaw tau kann cina kepala otak dia hebat berniaga macam mana. haaa, nenek aku kaw tauu. aku ingat lagi dulu. walau RM5, dua kali seminggu, dia sanggup beratur dekat bank nak simpan babe. ni orang dulu-duluuu. orang sekarang mampus malu nak beratur semata-mata demi RM5. tapi sekarang nenek aku tak buat gituuu dah la. melampauu kaw. dulu je dia susah. sekarang dia dah senang dah.

cer teka nenek aku mana satu? baju biru sebelah aku babeeee. omeyyy angatt ye endekkk jeww kannn. HAHAHA. paling kiri yang pakai spek tu pon pangkat nenek sedara sebab dia adik nenek aku. muda kann? kawen muda kawen muda. :P nenek sedara dengan mak aku sebaya. kuikuikui. yang pegang beg hitam tu baruu mak aku. heyy jap, aku dah konpius. ni cerita biodata aku ke biodata nenek aku? kuikuikui.

berbalik pada latar belakang aku, i is anak sulung, cucu sulung and cicit sulung. aku lahir pada 23 May 1989. bawah aku ada lagi 3 orang adik, sorang 19 tahun, sorang 12 tahun sorang 7 tahun. tu jeee stok sebab mak aku dah tutup kilang. mihmihmih. ;) #sorry ma kita tak baik menipu. kuikuikui. 

paling kanan bukan adik aku. kaw cakap dia adik aku, aku hempap dengan batu. HAHAHA. ;)

masa kecik-kecik dulu, aku sokmooo kena buli dengan mak aku. aku tak tau celah mana cantik kalau ikat rambut dua tocang ni. tapi mak aku cakap cantik. seriussss aku rela dalam terpaksa. boleh dikatakan setiap hari, mak aku mestiiiii ikat rambut aku dua gini. tak sukaaaaaa. aku rasa macam very the tanduk kambing. huwaaaa T__T HAHA. nasib baik mak aku paksa aku ikat macam ni sampai darjah 3 je kalau tak silap aku. dan nasib baik jugak time ni tak kenal syafiq lagi. kalau tak jatuh saham aku. kehkehkeh ;)


sejarah pendidikan aku, 
# 4 tahun & 5 tahun- tadika orang putih babe. ;p aku panggil tadika dyana. 
# 7 tahun- tadika kemas
# darjah 1 sampai darjah 6- Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2
# form 1 sampai form 3- MRSM Kuala Lipis
# form 4 dengan form 5- MRSM Pengkalan Chepa
# abis spm, buat Diploma in Hotel Management dekat Uitm Dungun.

abisss je diploma, menggelupur dahhh nak kawen. ;p


sejarah dunia pekerjaan aku, 
# aku praktikal dekat hotel crystal crown kuala lumpur.
# aku keje dengan jetstar airline sampaiii HQ jetstar dekat malaysia tutup. 
# sekarang, alhamdulillah aku runn bisnes aku sendiri and bukak company sendiri. tapiiiii company aku kecik sekangkang kera jewww. ;) 


5 fakta orang tak tau pasal aku,
- aku ada rabun jauh tahap kritikal, power contact lens aku 500 sebelah. aku tak suka pakai spek sebab kalau pakai spek, aku bajet tak hott. kehkehkeh ;)
- aku tak makan sayur dan aku tak makan meggi. 
- aku spesis buat keje malam hari. semakin tengah malam, semakin rajinnn badan aku. 
- aku tak reti makeup.
- aku pantang dengan syafiq. pantang sentuh. #pitammmm. (x__x) kohkohkoh.


pengalaman pahit aku tak boleh lupa sepanjang hidup aku, malas pulak nak bukak buku lama tapi dendam ni sumpah sampai mati aku tak boleh maaf. time aku form 5, perghhh. ujian datang bertimpa-timpa babe. semua dalam 1 masa. kepada mereka-mereka yang terlibat, kaw tau kenapa. aku tak pernah kenal manusia sevangang korang. demyuu. aku percaya Allah ada. aku percaya Dia tahu. walau orang lain tak tahu. aku tahu. aku simpan. aku telan. 

nahhhhhhh aku tempah batu nisan khas untuk korang. muahaha


pengalaman manis kalau aku nak senaraikan sampai esok belum tentu habis. hihi. tapi, cukup korang tau, hidup aku terlampauuuuu sempurna lepas aku kawen. alhamdulillah rezeki aku, rezeki keluarga aku, rezeki suami aku, tak pernah putus. tak pernah. melimpah ruah dia datang dalam banyak cara. Alhamdulillah. Allah kan ada? :))



ok sekarang, kenalkan diri korang pulak. aku nak kenal. hikhik ;))

March 15, 2013

Tips meningkatkan Trafik Blog

kalau kaw ada blog, kaw mesti tau SEO tu apa. aku nak cakap tau sepenuhnya tu takde la tauuu semua benda kan tapi tak salah rasanya kalau kita main keyword dengan SEO ni. SEO ni macam kebarangkalian untuk orang masuk blog kaw tu tinggi dari carian di google. macam mana ehhh nak terangkan. ok ok aku bagi contoh. contohnya, kaw nak gi bandung. lepas tu kaw search google nak baca pengalaman orang dah pernah ke sana kan. kaw pon taip TIPS KE BANDUNG kat page google kan. nanti dia akan keluar macam ni. 


haaa, nampak takkkk. :)) dari situ secara tak langsung, dia kenal kaw ke, dia tak kenal kaw ke, dia tetap akan baca blog kaw sebab dia tengah cari info pasal bandung kann. 

macam mana orang majalah anjung seri boleh contact aku, ponnnnn dari SEO ni jugak. haa, nampak tak kelebihan SEO ni macam mana? ;)) tajuk setiap entry yang kaw buat tu biar power sikit. contohnya nak cerita pasal cameron, tapi kaw buat tajuk SERONOKNYA BERCUTI. haaa, xde pon perkataan CAMERON dalam tajuk. jadi susah sikit la SEO google nak detect. so far, antara keyword yang orang tersinggah ke blog aku dari carian google adalah, 


dan secara automatik, dorang akan terbaca entry kaw. tapi tak dinafikan, dalam banyak-banyak entry, entry kabinet dapur paaaaaalinggg tinggi trafik dia. boleh dikatakan setiap masa ada jee orang google pasal kabinet dapur. kebetulan aku ada cerita pengalaman aku sepanjang buat kabinet dapur ni, kira advantage jugak la kannn.  

nak femes dalam dunia blogger ni tak susah pon sebenarnya. janji kaw ada rupa, muka kaw cantik. petik jari senangggg gile nak femes. sungguh. tapi kalau orang stok rupa macam aku ni, gaya jalan tar tak siap berturap, celah mana kaw nak femes babe. jadi, tak berdaya mak nak mengejor kepopularan korang nokkk. T____T takkan nak gi botox bagai semata-mata nak cantik kan. aku lebih suka kongsi cerita berdasarkan pengalaman dan minat aku. aku minat baru aku cite. aku buat aku baru cite. sebab kalau tak, nanti feel dia tak sampai. ceaaahhh, gaya macam nak nyanyi nak feel bagai. kehkehkeh. ;)

tapi, aku sangattttt terharu dan speechless bila orang rasa apa aku cerita.


jangan jemu baca blog aku pleaseeee. kalau ada spesis berbuluuu manjang bila baca cerita aku, senang je babe. wa rasa, banyak lagi blog lain lu boleh baca. lu tak suka wa, lu baca kenapa babee. lu saje nak cari modal la an an an? :P (x_____________x)



March 14, 2013

petua malam jumaat wiiwiwiwi ;))

kehkehkeh. tajukkkkk. tak menahan kannn. gimik je lebih. tapi memang malam ni kamis malam jumaat pon kannnn. (x_____x) :))

 

demyuuuu simsimi. robot je padahal tapi memahami dia lain macam. ngehngehngeh. :) aku rasa aku dah terbiasa dengar perkataan malam jumaat dari duluu duluu lagi. orang tua-tua selalu cakap, malam jumaat malam beribadah. kalau duk asrama dulu, setiap hari kamis malam jumaat mesti baca yasin kan. tapi bila kaw dah kawen, ibadah kamis malam jumaat ni datang dalam banyak cara. tapi tak semestinya malam jumaat je kannn baru nak buat ibadahhh. rimau kalau nak mengaum, hari-hari pon dia mengaumm babe tak peduli dah hari apa, pukul berapa. aku cakap pasal rimauu je kan. kaw jangan macam-macam. kohkohkoh (x________x)

oohh berbalik kepada petua malam jumaat, heyyy mana ada petuaa sangatt. aku sajee je mandai buat gimik dari tajuk. kehkehkeh. tapiiii, kalau kaw tanya aku seronok tak kawen, dah tentu tentu aku jawab seronok babeee. :))

berkahwin dengan seorang lelaki yang kaw pernah admire gile, berkahwin dengan seorang lelaki yang cukup indah paras rupa, berkahwin dengan seorang lelaki yang tak pernah kesah nak makan apa, berkahwin dengan seorang lelaki yang ikut je kaw nak apa, berkahwin dengan seorang lelaki yang penuh dengan perasaan cinta, berkahwin dengan seorang lelaki yang segalanya dimata dia sempurna. i wont ask for more, i wont. TAPII tapiii tapiii, kalauuuu isteri kaki berjalan dan dia suka ajak suami dia berjalan should be no problem kan? yes or no saya tetap akan cakap yeayy terima kasihhh sayangg. kehkehkehkeh. ;)


March 13, 2013

dekorasi bilik lelaki bujang

boleh dikatakan majoriti warna dalam rumah aku banyak main dengan warna merah tapi takde la semua tempat nak warna merah sesajee kannn. aku suka warna merah sebab warna merah boleh buat kita lebih bertenaga dan sekseyyyyyy gituewww. (x______x) aku syak ni teori aku sorang je rasa. orang lain takde cakap pon. hewhew. berbalik kepada pemilihan warna, walaupun rumah aku hanya sekangkang kera, dekorasi tu perluuuu. bilik kan ada 3. satu bilik aku, satu bilik tetamu, lagi satu bilik adik lelaki aku. ni cat asal dan lantai asal sebelum aku renovate hari tu.


memang asal featured wall bilik ni dah sedia merah tapi aku memang suruh tukang rumah tu cat semua balik. lagipun, alang-alang tanggalkan lantai asal, baik buat semua puas hati terus kan. untuk cat, featured wall aku still pilih warna merah. dan dinding selebihnya warna putih. untuk lantai, aku pilih pergo. search google image ye untuk rupa pergo sebenar macam mana sebab aku tak reti nak describe rupa dia macam mana. semua bilik memang kitorang pilih lantai jenis pergo sebab kaki i is ada besi. T___T tak boleh pijak simen lama-lama nanti sengal. dekat dapur je guna tile. tu pon dah sengal kaki kalau masak lama-lama. ceahhhhhh alasannnn, padahal memang dasar malas masak. sengal bagai kononnn. kehkehkeh. ohh berbalik kepada bilik adik lelaki aku tadi, ni selepas di makeover ye. :)



walaupun dia hanya tidur seorang diri, tapi aku pilih katil queen bed sebabbbb senang esok-esok dia nak kawen tak yah beli katil dah kennn. :P heyy tak kuasaaaaa aku. takde maknanya kaw nak kawen tinggal dengan aku. aku pok karangg! :p aku pilih katil queen bed sebab senang time family datang ramai-ramai. semua boleh tidur atas katil.

hari tu time makan-makan dekat rumah onie, dia ada tanya aku, 
"kak ya, onie tengok dalam blog, bilik kak ya ada katil je. xdop almari ke?" 
hewhewhew. perghhh soalann, rasa macam perlu guna talian hayat jee. kuikuikui. ;)) aku ingatkan ape la dia nak tanya. lain kali tanya la kak ya masak berapa kali sehari ke, berat kak ya sekarang berapa ke. HAHAHA. mestiii la adaaa. kalau tak celah mana kak ya nak simpan baju bajannnn. hahah. tapi i is maluuuuueww nak letak semuaaaa dalam blog. dah tentu-tentu setiap bilik ada lemari, ada meja solek, ada komputer kan. tapi bilik tetamu takde la komputer. amboiiii tak tahannn tetamu datang pon nak guna pc kann kaw ingat ni cyber cafe ke ape. :P kelemahan ada pc setiap bilik adalah walaupun kaw dalam satu rumah yang sama, kaw akan rasa kaw dunia kaw, aku dunia aku. sedar-sedar, perut lapar. baru cari kakak. bijakk adik aku bijakkk. :)) dah, nak teman laki iolss tengok bola. daaaa. :)
  


March 12, 2013

Perbezaan sebelum dan selepas Rumah Amal Kasih Bestari

oleh disebabkan gambar mahaaaa banyak sampai cecah seribu lebih (-___-'), aku jadi blurr nak update cerita pasal event anak yatim hari tu. seriusssss sebab tak tau nak mula macam mana. nak letak gambar mana dulu, nak cerita yang mana dulu. ok meh kita start refresh balik slow-slow sebab dah lama sangat peram kannn. T___T kalau korang tengok pada aturcara majlis dekat gambar atas ni, aktiviti kita start dari pagi sampaiii petang. sesi pagi adalah sesi gotong-royong mengecat rumah amal kasih bestari manakala aktiviti petang adalah bersuka ria bermain game. :)

untuk sesi pagi iaitu aktiviti mengecat, oleh disebabkan kawasan yang perlu dicat ada 5 bahagian, aku dan kawan-kawan si tulang belakang aku yang lain dah decide untuk membahagikan kesemua peserta kepada 5 kumpulan. senang sikit kan buat sikit sorang. janji cepat siap. meh aku tunjuk dekat korang perubahan cat sebelum dan selepas.

ruang solat. 
warna asal adalah hijau dan putih. kitorang pilih warna peach lembut supaya ruang ni nampak lebih cerah dan terang.
 
sebelum

selepas


ruang lapang
ruang lapang ni ruang yang dari pintu pagar dah boleh nampak. ruang luar rumah termasuk pintu pagar. warna asal dia adalah putih kotttt. tapi dah tak nampak rupa putih sangattt. :p kitorang pilih warna lavender sebab nak nampak lembuttt je.

sebelum

selepas


ruang office ustaz
warna asal office ustaz ni coklat muda dan coklat tua. ustaz request warna hijau sebab dia kata warna hijau warna islam. tak boleh takde warna hijau.

sebelum

selepas


ruang tv
 ruang tv ni asal dia memang warna biru dah tapi dia punya biru tu nampak tua. dia punya tua membuatkan ruang yang sedia sempit nampak lebih sempit. jadi kitorang tukar kepada warna baby blue sebab nak suruh nampak lebih luasssss. dan percaya la, warna baby blue sangattt berjaya membuatkan ruang tu nampak luas. yeayyy ;))

sebelum

selepas



kannnnnnnnnnnnnnn??? :))


ruang computer
warna asal dinding dia adalah putih. mula-mula aku bajet nak cat je warna putih balik sebab nak suruh nampak luas kann. tapi ustaz tak berapa gemar sebab putih cepat nampak kotor. jadi kitorang still guna warna baby blue. 

sebelum

selepas

boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah amal kasih bestari ni kitorang cat cuma bahagian dapur je tak sentuh sebab bahagian dapur dah sedia cantik. dorang baru lepas renovate. tentang pemilihan warna, semuaaaa warna adalah persetujuan dan perbincangan dengan ustaz. cantik dia mata dia, cantik la di mata aku. 

kepada semuaaaaa yang baik hati menderma dan memberi sumbangan hari tu, terima kasih yang tak terhingga. semuaaaaaa sumbangan korang aku dah salurkan pada dorang sepenuhnya. korang jangan risau ye. heyyyyy choppp, tolonggg. jangan transfer duit sumbangan dekat akaun bank aku lagi tau. terus transfer ke akaun rumah amal ni, Maybank Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, 562085584770 atau CIMB 12830001013100.

seriusss sampai ke hari ni tak henti-henti orang transfer duit ke bank aku. bolehhh tu boleh tapiiiii, wa tak berani pegang duit orang lama-lama. terus transfer pada akaun dorang eh? haaa terima kasihh :)) 


  

March 11, 2013

peplum murah untuk dijual!

peplum untuk dijual, peplum untuk dijual! :) hari tu, aku beli peplum ni kan. aku beli satu untuk aku, satu untuk adik aku. satu untuk aku, satu untuk adik aku. dengan harapan, bila dia pakai, kitorang akan nampak sedondonnn. walaupun dia baruuu darjah 6 tapi dia punya badan rangka besar. macam tingkatan 3 dahh. jadi aku pon rakuss la membeli padahal time tu, aku hanya ukur badan aku. tak ukur pon muat tak dengan adik aku. bila dah beli, balik-balik rumah, alaaaaaaa. kenapa awak kurus sangattt. tak cantik sebab dia belum ada 'body'. kehkehkeh :p

tengokkk, sekeping kan dia. hewhewhew (x_______x) 

jadi kesimpulannya, nak tak nak, takkan aku nak pakai baju yang sama kaler, sama pattern sampai dua helai kannn. amboii melampauu. :p aku terpaksa let go dengan berat hatinya. T____T heyy ni baru tau. bukan yang aku dah pakai. :p kain dia sangattttt berkualiti. dia jenis kain berat. satu warna hitam, satu warna putih. free size. dia fix sampai L. kalau kaw nak ukur dari badan aku, badan aku L. T____T baju dia macam ni. 

baju je tau. kain sendirian berhad. :P

ni contoh time aku pakai untuk warna putih, 


dan ni contoh time aku pakai warna hitam, 


dua dua pattern sama. warna je beza. baju dia memang dapat free sekali dengan belt and rantai pearl. nak pakai belt ke tak nak pakai belt ke sukahati kawww. :P baju ada dua warna je tau. putih atau hitam. jangan kaw sms aku tanya warna pink ada, warna hijau ada. :p seriussssss buyer sahaja pleaseeeee sebab nak let go ni pon dua helai je. bukan 2 dozen. :) kehkehkeh. :)) harga RM40 ye. WhatsApp atau sms aku terus senang keje, 019-7564019. aku malas nak reply-reply email ni. jangan kaw sms aku tanya soalan pelik-pelik dah, nak berkenalan ke kann. :P aku jaja nombor tepon korang dekat blog nanti. kehkehkeh. :)) first come first serve basis. cepatttttttttttt :))


March 08, 2013

aku seorang Interior Designer

phewwwww tajuk tak menahann. tak sah kalau kaw tak masuk bakul lepas tu kaw sendiri yang angkut. kuikuikui. :p heyyyy tak yah nak jadi interior designer sangatt laaa nadiaaaa. aku manaaa belajar couse tu dulu. kalau syafiq ye, dia dalam line yang sama. tapi masalah jugak kalau rumah sendiri dia tak mahu design. T___T jadi kesimpulannya, aku lah memandaiii design ikut berangan akuuu. berangan tu perlu. hewhew. berbalik kepada tajuk diatas, sebenarnya macam ni. 


aku tak kenal pon sama aiddi ni. (-___-') dia pm aku dekat facebook. tapi aku sempat la stalk fb dia beberapa minit sebelum meneruskan sesi perbincangan kannn. (x____x) lepas tu bila aku balas sekeping dua, aku nampak kesungguhan dia. dia betul-betul memerlukan bantuan pendapat sebab petang hari yang sama, dia dah kena bagi kata putus. jadi aku cuba la bagi cadangan dan pendapat setakat yang aku mampu. aku tak reti sangat babe kalau nak bagi idea hias rumah orang sebab aku takut taste dia dengan taste aku tak sama tapi spesis aku, aku suka sesuatu yang perfect. walau rumah orang, aku bayangkan aku tengah nak design rumah aku. kalau nak design rumah sendiri, dah tentu-tentuuuu kita nak paling cantik kannn. ;))



kes dia, dia tak tau nak letak mozek warna apa dekat porch sebab dinding dia warna kelabu. dalam rumah pon sama. aku pon membijakkkk dengan bijaknyaaa. ;p kehkehkeh. 



lepas settle masalah mozek, dia cakap nak lantik aku jadi personal ID dia. #heyyyypitammmm. (-____-') mau gelak mak aku baca jap lagi sebab aku mana ada kelulusan ni. aku budak hotel management dulu. aku reti berangan je lebih. kohkohkoh. 

sebenarnya, nak design rumah ni, takde interior designer pon takpe sebenarnya. kita buat ikut apa taste kita. ikut minat kita. ikut kepala kita. kan tu rumah kita. janji cantik dimata kita, makin bersemangat nak berkasih sayang, dah ok dah kannn. :) 

kat bawah ni design rumah aku yang sebenar. mana tau kot-kot korang tengah cari ilham kan. kalau taste kaw dengan taste aku lebih kurang sama, semoga entry-entry dekat bawah ni membantu korang mendesign rumah masing-masing ye. 



 






 


 







nanti ada masa, aku kongsi lagi cerita pasal dekorasi sebab ada lagi beberapa bahagian aku tak story. kbaiiii :)

 

March 05, 2013

hayati lagu ni babe. HAYATI.


tolong. hayati.
lagu ni sangattttt buat mata aku berkaca. T_____T
 
sungguh. aku tak pernah bercerita tentang mak ayah aku secara details. tak pernah. sebab bagi aku, bukan semua cerita boleh dikongsi. cukup korang tau, aku punya mak ayah terhebat di dunia. tapi, percayalah, aku antara anak yang tak pernah meluahkan perasaan kasih dan sayang aku pada seorang lelaki bergelar ayah. 

percayalah, darah yang mengalir dalam badan aku sangat kerasss bila sesuatu melibatkan mak ayah. selagi aku boleh sekat air mata aku dari mengalir depan mak ayah aku, aku sekat. walau seperit mana. aku machoo babe. (-____-') dan percayalah, seumur aku hidup, aku tak pernah ungkap depan-depan ayah aku, aku sayang dia. TAKPERNAH.  T____T tapi aku percaya, dia tau aku cukup sayang dia. CUKUP. kaw tau kenapa aku tak pernah luah? sebab aku yakin, terlalu yakin. kalau aku luah, air mata aku takkan mampu ditahan. kaw tau aku sayang dia lebih dari segalanya. tapi aku tak pernah luah. aku maluuuu. T___T dan kenapa aku cerita dekat sini sekarang? sebab aku tau, ayah aku baca. aku tahu. T_____T

tak pernah meluahkan tak pernah bermakna tak sayang. kaw gile. ayah aku ni babe ayah aku. aku bangga dengan siapa dia. T___T wallahi, aku sanggup buat apa sahaja demi mak ayah aku, demi adik-adik aku, demi keluarga aku. T____T aku tak cakap aku cukup berjaya dengan siapa diri aku sekarang tapi aku cukup bersyukur. aku sempat buat ayah aku bangga. cukup. aku tak pernah mintak sebarang penghormatan atau pujian dari korang semua. aku tak perlu semua tu. T___T semuaa aku buat untuk mak ayah aku. ramaiiii kawan aku yang tanya macam mana aku boleh jadi seperti aku sekarang, aku tak pernah jawab. betul? sebab, terlalu dalam untuk aku berkongsi. terlalu emosi untuk aku hayati. 


cukup untuk korang tau, darah yang mengalir dalam tubuh aku, kental dia, gigih dia, kuat dia, berani dia, semuaa demi keluarga dia. ibubapa dia. adik-adik dia. cukup.

demi Allah papa, demi Allah mama, mama papa mak ayah terhebat kakak ada. palingggg hebat. selagi kakak hidup, kakak janji. kakak akan bahagia kan mama papa. kakak janji. *sapuairmata (-___-')

hargai mak ayah korang babe. hargai. takde dia, takde kaw di dunia ni. kaw anak dia sanjung, tapi kaw letak dia dekat punggung. kaw apehal? 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...