January 30, 2013

Tune Hotel Kuching, Sarawak

mood nak update blog sangattttt kelautt. T__T kesian kan. hari-hari kepala running nak update blog nak update blog tak update-update jugak. kl cuti lama sangatttt babe. heavennn sampai naik lemak, lemak dah bertukar jadi batu. hamboiiii over simpulan bahasa. :) kehkehkeh. kepala pikir nak berjalannnnnnn je manjang. sebelum aku sambung berjalan hujung minggu ni, baik aku settle entry kuching yang tak kesudahan. hewhew.


aku stay dekat tune hotel ni semalaman je. malam mula-mula dekat kuching stay dekat Hotel 360xpress city center yang super best dia punya internet tu kan. malam kedua baruu dekat tune hotel ni. kenapa aku duduk dua hotel berbeza walaupun padahal lagi senang duduk satu hotel je? i is sajeeee. nak rasa dua hotel berbeza, dua katil berbeza, dua situasi berbeza. (x____x) alaaa, lagipun kitorang berdua je datang dan nak rehat-rehat kan. kalau ada anak esok-esok, konpem tak kuasa aku nak pack unpack barang segala bagai. tu cari nahassss namanya. ni belum ada anak, miang dia lain macam. kohkohkoh. :)) cer try. seronok kann? :p ok berbalik kepada bilik tadi, meh aku tunjuk dalam dia macam mana. keluasan bilik ngam-ngam untuk dua orang.





dari segi kebersihan, tune hotel lagi tiptop berbanding 360xpress city center. dua dua bersih tapi tune xde bau terperam. bau dia fresh. 360xpress dia ada bau macam lembap.



aku tak berapa paham kenapa dua dua hotel yang aku stay ni pesen bilik air xde kunci dan dua dua spesis cermin transparent macam ni. ye bagussssss kalau kaw datang laki bini konon seksi-meksi gituewwww kannn tapiiii, cer kaw datang dengan family atau kawan-kawan. korang boleh imagine macam mana nak mandi atau berak dengan tenang kalau pintu bilik air pesen tak berkunci? heyyyyy ada jugakkk aku sendal dengan bantal dekat pintu nanti kannnn. miahaha. 


oleh disebabkan ni pertama kali kitorang stay dekat tune hotel, jadi kita tak berapa reti dari segi kelengkapan dalam hotel dorang. kan selalu hotel memang dorang provide siap-siap tuala, toiletries semua kannn. tune hotel ni lain sikit. harga bilik lain, kelengkapan dalam bilik harga lain. contoh macam aku ni, 


oleh disebabkan aku book last minit, aku dapat harga bilik RM61.48 lepas tambah service charge untuk satu malam. ok contohnya kalau aku just bayar RM61.48, aku memang dah boleh duduk dekat sini dahh takde masalah tapiiii, kaw masuk bilik, tv xleh pasang, aircond xleh pasang. hanya boleh guna katil, kipas dan bilik air semata-mata. no toiletries and tuala punn. kira dapat bilik untuk tdo dan mandi semata-mata la. sebab tu harga dia murahhhh. tapi kalau contohnya kaw nak tengok tv kan, dia ada dua harga berbeza. samaada nak pasang tv untuk 12 jam atau 24 jam. dua dua harga lain. aircond pon sama. nak pasang aircond 12 jam ke 24 jam. kaw pilih nak yang mana. tak nak pasang aircond sepanjang stay dekat sini pun boleh sebab memang setiap bilik dah ada kipas. wifi pun sama. nak wifi bayar lain. towel dengan toiletries pongggggg sama kena bayar heyyyyy stresss. (-____-'). untuk tidak memeningkan kepala wa dihari kejadian nanti, aku malassss pikir banyak. aku add onnn semua sekali dalam 1 pakej senang. 24 jam aircond, 24 jam tv, 24 jam wifi, towel dan toiletries. bayar extra RM36. total semua RM97.48. settle satu masalah. tak yah pikir boleh tengok tv tak nanti, ada towel tak nanti. kannn. tapiii, kalau kaw nak stay versi lagi jimat, tak yah la add on towel dengan toiletries sebab hukalohhh, towel dapat satu je. tu pun kena hantar balik time nak check out. sabun mandi pun seketul je. tabiat aku pegi mana-mana memang kena bawak toiletries sendiri. jadi rasa macam membazir jugak la kannn add on ni. 


kenapa dorang letak harga asing-asing, sebab kannnnn dorang selalu buat promo harga murah. 10 sen semalaman la, RM9.90 semalaman la. jadi, berbaloi kaw stay tune ni kalau kaw dapat harga murah. macam time aku nak check in hari tu, ada sepasang suami isteri tegur syafiq dekat lobby. dia tanya syafiq dapat harga berapa 1 malam. dia dapat RM17 untuk 3 malam kalau tak silap sebab dia booking berzamannnnn awal. see, untungg kannn kalau book awal-awal. T___T 


veryyy the english stye dorang punya mini cafe kannnn.

palingggggg tak best, boleh online dekat internet corner ni 20 minit je per guest. sentapppp. takde kepuasan langsunggggg. :p


abang kacak rambut sepah-sepah titeww baru bangun tido turun dekat lobby semata-mata nak book shuttle untuk hantar ke airport esoknya. dorang caj RM9.90 per head. sangattt berbaloi sebab kalau kaw suruh teksi hantar, teksi caj RM30++

kesimpulan yang aku boleh buat, kalau kaw datang kuching, kaw nak hotel paaaaaaalinggggg dekat dengan waterfront, kaw pilih tune hotel. jalan 15 langkah dah sampai waterfront. tak perlu naik teksi ke sewa kereta bagai. 

tapi, kalau kaw tak kesah jalan jauh sikit, atau kaw memang dah sewa kereta siap-siap sepanjang duduk dekat kuching, aku rekemen korang untuk stay dekat 360xpress city center tu. bilik dia banyak pilihan saiz dan murah. tune ni memang murah jugak tapi dia maksimum 1 katil queen je boleh muat dalam 1 bilik. kalau yang 360xpress tu, dia dua katil queen pun ada. haaa senang cakap, kalau kaw datang dengan keluarga, 360xpress is the best. tapiii, kalau kaw datang berdua, tune pon dah ok. laagiiiiiii ok kalau kaw book awal-awal. mana tau kot-kot dapat harga 10 sen satu malam kannnn. 

pegi kuching jangan lupa gambir sarawak ok. #EH :p



January 24, 2013

ketagihan dalam perkahwinan


tajukk tak menahannnnn. :P HAHA. oleh disebabkan aku antara stok kawen awal kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, ramaiii yang tanya tips kebahagian rumah tangga. #inisemuapoyooooooooooooooo! :p kehkehkeh. wa mana ada tips bagai bebb, wa tau kawen je. (-____-)

tapiii mungkin laa mungkin. kitorang mengamalkan sistem ketagihan. mampussss nak terang satu-satu. T___T korang jangan salah fahamm. pitam mak aku tengok tajuk ketagihan pulakkkk. miahaha. aku tak pasti orang lain tapi aku sokmoo mengamalkan, macam mana aku ketagih dengan facebook, macam tu jugak la aku kena ketagih dengan syafiq. macam mana ketagihnya kaw tak main facebook dalam sehari, macam tu jugak la kaw kena ketagih dengan suami kaw. bukan maksud aku ketagih nak menyondol ape bukan. maksud aku, ketagih nak beramah mesra bergurau senda. kaw otak blue manjangggg kan. lepas tu salahkan aku buat entry lucah. aku maksudkan lainnn, kaw fikir lainnn, sape lagi lucah? kantoiiiiiiii :p



aku bagi contoh beramah mesra eh. kawen ni kan, kaw tak boleh seriusss je manjang. kaw jangan set kaw kawen sebab kaw nak jadi isteri semata-mata. kaw kena nikmatiiiiii perjalanan setiap hari sebagai seorang isteri. contohnya,  kalau kadang-kadang laki kaw mintak tolong guntingkan bulu ketiak dia contohnya, kaw layannn je. kalau contohnya tabiat laki kaw ni suka joget-joget, kaw berjoget la sekali. sungguh, kaw akan rasa kehappening tu. aku tak sure orang lain, tapi mungkin sebab kitorang dah kenal dari kecik kott sebab tu kemaluan tu tak berapa nak ada. kohkohkoh. 



kaw percaya tak kalau aku cakap, bau ketiak atau bau badan suami membantu menenangkan isteri. bukan lah maksudnya isteri tengah mengamuk tiba-tiba si suami gi suaaaa ketiak dia nak suruh si isteri bertenang. HAHA. maksud aku, bau ketiak suami yang pakai deadoran sangattttt melegakan. yang pakai deadoran sahaja harap maklum. tak pakai deadoran serigala pun boleh pitam. sungguhhhhh. nanti kaw kawen kaw cuba eh. :p aku sokmooo cakap dengan syafiq tapi sampai sudah dia tak percaya. lantakkk, janji aku dapat kelegaan. hewhew. 

orang tua-tua cakap, laki ni, asal kaw jaga makan minum dia, asal kaw jaga kehendak dia. insyaAllah semua harmoni. kan dalam quran pernah bagitau, walau atas keldai sekalipun suami mintak, kaw kena turutkan. walau bergaduh macam mana sekalipun, kaw jangannnnn tido asing-asing. kaw tetap kena tido bersama, dalam 1 selimut yang sama. standard babe, kalau hati tengah panas semua boleh jadi. tapi selagi kaw jaga tempat tidur, konpem esoknya selimut kemana, kaw kemana, laki kaw kemana. (x___x) 

kalau kaw kenal aku di alam nyata, aku dengan syafiq bukan jenis manja-manja peluk-peluk bagai depan orang. bukann. lantakk la orang nak cakap tak romantik ke ape ke. tapi syafiq cakap kurang sopan namanya. memang la dah kawen tapi kita tak tau apa orang pikir pasal kita. orang pun konpem berbuluuuu je kaw nak bajet manja pulakkk depan orangg kenn. ;p kitorang saje je tunjuk keras konon machooo memasing tak romantik sebab aku punya manja kaw sorang je boleh rasa. boleh tak kaw baca cerita aku ni sambil dengar lagu 150juta kak fynn? HAHAH. konon nak suruh korang feel sekali. saya kenal sayang saya. ini semua poyoooooooooooo! ;p kehkehkeh.

bila suami atau isteri kaw tido, kaw tatap la muka dia dalam-dalam. aku tak tau orang lain tapi aku, tengok muka syafiq tido boleh buat aku jatuh cinta berkali-kali. kasih babe kasihhhhh. dapat rasa hati aku macam kena karen. sungguh. kaw tengok suami kaw, kaw bersyukurlah punya seorang suami sesempurna suami kaw. tuhan dah bagi yang terbaik untuk kita. aku sokmo fikir, kenapa dia tidur. sebab dia penat. kenapa dia penat, sebab dia penat bekerja. kenapa dia bekerja, sebab dia nak bagi aku kehidupan yang selesa. Allahhh sebak pulak rasa tiba-tiba. T___T perasaan tenang tu memang aku tak leh gambarkan dengan kata-kata. wallahi. patut la ustaz cakap kawen tu indah. memanggg indah. memangg manis. 



aku tak paham macam mana sesetengah isteri atau suami, dah berkawen ni. tapi boleh bercinta dengan orang lain. kaw gile? buat apa kaw berkahwin dengan orang lain tapi tetap bercinta dengan orang lain. kaw bercinta dengan pasangan kaw dah la kann. 


saya tau, awak lelaki terbaik yang Allah cipta untuk saya. dari hari pertama saya tengok awak sujud syukur untuk kita berdua. saya janji, setiap hari saya akan berusaha jadi isteri yang terbaik untuk awak saya janji. :)





January 23, 2013

Pengalaman bercuti di Kuching, Sarawak - Day 3

aku pegi kuching tak lame pun. 3 hari 2 malam je. sebab tu jadual padat gile sebab kitorang nak try jelajah sebanyak mungkin. kalau ikutkan, banyakkkkk lagi tempat menarik dekat kuching yang kitorang tak sempat pergi contohnya tempat orang utan dekat semengoh wildlife la, tempat buaya la, annah rais longhouse la, kayaking la, naik river cruise la, pegi tempat bunga refflesia la, heyy banyakk lagi laaa kalau nak list satu-satu. sebelum kaw pergi, kaw kena set dalam kepala, kuching ni tempat pencinta alam semula jadi, tempat pencinta sejarah. :p kalau kaw set nak gi shopping seheaven bandung, memangg takkkkk la. salah tempat babe salah tempat. kehkehkeh. kuching ni setakat nak shopping kek lapis dengan ikan terubok boleh la. aku pegi sini kan terus rasa macam very the mak mak. mau tak, datang bercuti beli ikan masin. kahkahkah. tapi laki aku suka tempat macam ni sebab dia kata tenangggg. choii kann. :p HAHA.



veryyy the penat kan muka laki aku. ni muka bangun pagi hari ketiga. penattt babe. penatttt. penat berjalan dah satu hal. kaw ingat buat anak main petik je? T___T cer kaw kawen baru kaw tau macam mana kerasnya usaha nak dapatkan anak. #pitammm (x___x). tapi dapat tak tu urusan Dia babe. kaw sape nak mempersoalkan. selagi aku boleh bekerja keras, opkosssss aku akan hadapppp hari-hari kennn. kohkohkoh. heyy mengucap panjang mak aku baca esok. lucahhh anak aku lucahhh. kahkahkah.


hari ketiga kitorang dekat sana, tak pergi mana-mana pon. kalau ikutkan, sempatt je nak berjalan sekejap sebab flight kitorang pukul 3.05 petang. tune hotel standard check out dia pukul 11 pagi. oleh disebabkan kitorang dah bayar shuttle hotel untuk hantar ke airport, nak tak nak, memang kitorang kena stayyy je dekat hotel tu. nasib baik tune hotel ni tempat dia strategik gile. berjalan dua tiga langkah sampai kedai makan. siap makan, berjalan dua tiga langkah lagi dah sampai parkson. beli barang seketul dua. ngam pukul 12.30 terus gerak pegi airport. sampai airport dalam pukul 1 lebih, terus check in luggage. settle. 



kalau kaw tanya aku, mana best, kuching ke bandung? jiwa aku dekat bandung. :p tapi kalau kaw tanya laki aku mana best, konpemmm dia jawab kuching. percayalah. :)) 

sampai-sampai dekat airport, amek skybas ke kl central sebab masa pegi hari tu dah beli tiket skybus pegi balik kan. sampai dekat kl central, kitorang amek teksi je balik rumah. listen listen listen. :P ni palingggg penting. aku nak bagitau korang 1 petua berdasarkan pengalaman aku. aku geram betulll dengan teksi malaysia ni. dia ada meter, tapi dia tak nak guna meter. dia letak harga sesuka hati berdasarkan dia tengok kaw kalut nak balik tahap berapa. lagi kaw kalut nak balik, lagi mahal dia caj. masa pegi hari tu, dari rumah ke kl central, aku call public cab mintak teksi. dorang caj RM15 je sebab dorang kena ikut meter kan. tapii time balik, tak call public cab sebab kitorang pikir mesti banyak teksi dekat situ kan. lagipun baru pukul 5 lebih, mesti berlambak. tahan teksi depan kl sentral, dia tanya nak pegi mana then terus letak harga RM32. siap cakap nanti kalau nak tunggu teksi lain mesti lagi lambat balik. haaa, kaw nampak tak macam mana dorang memaksa dalam terpaksa? tak leh lari babe, bila badan dah penat sehari suntuk, kaw letak la harga berapa, aku redhooooo sebab kepala otak nak balik nak balik nak balik. sampai rumah baru eh ehh, geramnya. 

kesimpulannya, kalaw kaw nak naik teksi, better kaw call je public cab suruh datang pick up mana-mana. dorang memang 24 jam bekerja. telefon nombor ni 03-6259 2020. ni untuk area kl and selangor la. luar kl aku tak pasti. tak pun kalau kaw lagi advance, kaw boleh book online je senang. book sini terus, www.publiccab.com :) heibattt kan, semuaa di hujung jari gitueew. sekian, settle semuaa jadual 3 hari 2 malam aku kuching. 

Hari pertama boleh klik sini. 
Hari kedua boleh klik sini. 


January 22, 2013

Pengalaman bercuti di Kuching, Sarawak - Day 2

sebenarnya semalam lagi kitorang dah sampai rumah tapi penatt sangat sampai tak sempat dahhh nak cerita day two ke day three ke. hari pertama di kuching korang boleh baca sini. meh kita sambung dengan hari kedua okeh. 

jadual hari kedua tersangattt laa padat sebab hari kedua ni je masa untuk kita kenal tempat-tempat menarik di kuching. oleh disebabkan kitorang tak kenal jalan, nak-nak pulak kaw datang niat nak berhoneymoon bukan untuk bergaduh bertekak sebab sesat silap jalan semata-mata :p, jadi aku tak nak amek risiko kearah itu. hewhew. jadi, cepat-cepat google kereta sewa paling murah sekali dengan driver. standard harga sewa kereta viva paling cikai 1 hari RM90, no driver, sendiri bawak, sendiri isi minyak. nak gps tambah RM15. bila aku pikir-pikir balik, plan hari kedua pagi-pagi aku nak gi pekan serikin. celah mana pekan serikin pun wa tak tau. jauhh kot dari bandar kuching ke pekan serikin ni. sejam lebih gak. nak-nak kuching sangattt terkenal dengan risiko sesat untuk first timer macam aku sebab xde signboard tunjuk arah jalan, jadi nak tak nak, tetapp nak sewa kereta sekali dengan driver. aku dapat harga RM150 untuk sepanjang hari, cakap je nak gi mana dia bawak. kaw membuta je dalam kereta. :p nanti aku buat entry pasal kereta sewa ni ye. mana tau kot-kot membantu korang esok-esok. 

ok berbalik kepada aktiviti hari kedua, aku janji dengan driver datang amek depan hotel pukul 8 pagi sebab nak gi pekan serikin. pekan serikin kan jauhhhh. check out hotel siap-siap, letak semua barang dalam kereta. nanti petang senang nak check in next hotel. pukul 8.15 gerak, pukul 9.45 baruuu sampai kalau tak silap aku. cuaca dah panas dahhhh T___T heyy nasib baik ada driver, dia memang dah biasa jalan ke serikin ni pon makan masa 1 jam lebih. cer kalau aku bawak sendiri. aku rasa mau 3 jam! (-___-') jauhhhh babe. sempadan malaysia dengan indonesia dah serikin ni. serikin ni femes sebab barang-barang dia murah macam tikar rotan murah gile, kain sembahyang, beg, baju macam-macam lagi lah. kaw pernah pegi kelantan? HAAA dia lebih kurang macam rantau panjang dengan pengkalan kubor. :) nampak je reduppp kan tapi panas dia dah terikk dahhh.

haaa macam ni la rupa pekan serikin ni, dia sepanjangggg jalan. 

settle pasar serikin, terus gerak balik. masa on the way balik, din si driver tanya nak singgah gua tak. aku onnn je dah alang-alang satu jalan yang sama kann. gua nama ape pon wa tak tau. tapi aku panggil dia gua muzik. sebab gua dia ada bunyi muzik. 



masa mula-mula nak masuk wahhh bestnya gua niii. ada bunyi laguu. lagu slow yang sentimental gitueww. terus teruja nak masuk tengok dalam. masuk-masuk, gulppppp telan air liur. patuttt laaa ada muzik. dorang buat tempat sembahyang dekat sini. dapat rasa babe kuat aura gua ni. tak nampak gua untuk pelancong dahhh, nampak gua khas untuk orang cina. kalau kaw bawak anak kecik, aku tak berapa syorkan la. kalau aku tau tadi aku pon xmasuk.
 



lepas tu aku ajak la si din pegi gua angin. gua angin ni terkenal dengan keunikan bentuk dalam dia yang terbentuk dari arus angin. tapi din cakap dia tak berapa syorkan sebab pernah berlaku kes pembunuhan dalam gua tu cuma tak kecoh. gua tu gelap kena bawak touchlight, xde orang jaga dekat dalam. heyyy memangg takkk la aku nak pegi kalau aku tau kann! 

lepas singgah gua muzik tadi, din bawak pegi tasik biru. tasik ni asalnya lombong dulu-dulu. 

dia bagi nama tasik biru sebab air dia warna biru. tapi xde la biru sangatt pun kan. dia biru kehijau-hijauan. nampak cetek je tasik ni tapiiii, kedalaman dia setinggi bangunan 10 tingkat babe. no wonder pernah 1 bas sekolah jatuh dalam tasik ni semua penumpang mati sebab bas tu menjunam sampai ke dasar, tak sempat nak selamatkan. heyy dah ni kenapa semua kes mati ni aku pon tak pahammmmm T____T 

lepas tasik biru, din bawak singgah kilang pasu. selain ikan terubok dan kek lapis, sarawak kan femess dengan pasu tanah liat yang murahhh. :)


settle kilang pasu, terus gerak pegi muzium kuching. kaw tau, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari serikin tadi aku mentido. jauh sangattt dekpongg. (x__x)

aku syak, ni kucing betina paling comeyyy yang ada dekat sini. (x___X) *pitammm*


dan aku syak lagi, ni kucing jantan versi rambut pacak palingggg kacak ada dekat sini. #pitam kuasa dua sayang. jangan perahsann tolong tolonggg. :P

dan gambar ni palinggg lucah ada dekat dalam muzium ni. kaw tengok laki aku, sukaaaaaaaaaaaaaa. nasib baik dalam muzium ni ada cctv sepanjang kawasan. laki aku kadang-kadang kaw tak leh jangka. kohkohkoh. 

oh ye, nak masuk muzium kuching ni free je tapi kalau kaw bawak kamera, dia caj RM3 per camera. settle muzium kuching, kitorang terus gerak gi beli kek lapis dekat dayang salhah. mula-mula ingat nak gi beli time naik sampan tapi din ni bagusss. dia cakap nanti berat nak bawak. beli dulu siap-siap dengan kereta senang. nanti nak naik sampan, naik je la. tak yah bawak kek lapis bagai dah. :D


lepas tu beli ikan terubok masin dekat sebelah kedai dayang salhah ni.


time ni dah petang dahh. dalam pukul 3 lebih. lepas tu dari kedai dayang salhah naik kereta pegi waterfront. mula-mula aku bagitau din aku nak pegi pasar satok yang femes tu. din cakap pasar satok dah xde. dorang tutup, dorang pindah ke kubah ria. baruuu je pindah. aku macam ehh ye ke dia ni. ke dia tak paham aku cakap. hewhew. habis tu dekat mana nak beli cenderamata? dia cakap dekat kedai sepanjang waterfront jee. malas nak tanya banyak kali sebab dia jawab dengan penuh confident kan. jadi betul la kott pasar satok dah xde. jadi moh la kita membeli di sepanjang waterfront semata-mata. lepas settle membeli, simpan barang dalam kereta, terus lepas gian nak naik sampan 50 sen. sekejap sangatttt. seberang sungai tak sampai 10 minit pon. cakap syafiq malam nanti nak datang naik lagi. hewhew. :p

 

masa ni dah pukul 4.30 petang. i is very the penat. sehari suntuk berjalan non stop. katil hotel memanggil-manggil dahhh. terus suruh din hantar balik. tapi sempat kaww singgah sekejap dekat tugu kucing tengah-tengah trafik light kiri kanan orang tengok. HAHA


ngammm pukul 5 kitorang sampai depan hotel. hari kedua kitorang tido dekat tune hotel. kenapa tune hotel, sebab lokasi dia sangatttt dekat dengan waterfront. kaw jalan 15 langkah je dah sampai. harga tune hotel kan tak tentu. kalau dapat murah, murah betullll. kalau book last minit, harga dia standard je la kann. nanti aku cite pasal tune ni ye.  


maknanya, kereta sewa tadi, aku bayar RM150 start dari jam 8 pagi sampaiiii 5 petang. bagi aku berbaloii sebab aku suruh dia bawak ke tempat jauh, tempat yang risiko sangattt tinggi untuk sesat. selain tu, kaw tak yah pening-pening kepala nak cari jalan, mana ni mana tu. sedar-sedar, eh eh dah sampaiii. gitueew. kaw cakap je kaw nak pegi mana. dia bawak. kaw terima siap. tapi kalau takat nak berjalan dalam bandar kuching, aku rasa tak yah driver pon. sendiri bawak pon boleh rasanyaaa. balik-balik terusss membungkang tdo. kehkehkeh. pukul 9 malam ajak syafiq keluar makan. nak naik sampan lagi punya pasal, ajak syafiq makan dekat seberang waterfront. cantik babe malam-malam naik sampan. tenanggggg je. orang pun tak ramai.



lepas makan, terus balik hotel. sampai dekat lobby hotel, tanya reception satok yang femes tu dekat mana. betul la din cakap. satok memang dah tutup. baruu je. sekarang dah xde satok lagi dah dekat kuching. nama baru dorang kubah ria. dorang buat 1 tempat baru untuk gantikan pasar satok ni tapi oleh disebabkan keinginan yang sangattt tinggi nak tau ape yang best dekat satok ni, sanggup bayar sebuah teksi RM40 pegi balik dari hotel ke kubah ria. 






sampai sampai je, mana satok nya. tanya la pengawal dekat situ. dia cakap jalan terus masuk dalam. fine. berjalan la kitorang. sepanjang perjalanan hanya jumpa gerai jual buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan-ikanan semata-mata. eh eh, bukan ke satok ni tempat jual cenderahati, baju-baju semua. aku pun tanya la peniaga dekat situ. dia cakap, dah tutup. padahal time tu aku pegi baruuuu pukul 10 lebih. aku syak mungkin dorang bukak petang hingga pukul 10 malam kottt. tak puas hati lagi, tanya lagi orang lain dekat mana yang gantikan satok yang tutup tu. dorang cakap tempat ni baru sangattt. tak semua kedai dah bukak. ooo no wonder la. dah puas pusing tak jumpa ape pun, call teksi tadi balik datang pick up. balik la kami dengan hampaaaanya. T__T 

kesimpulannya, tak bestt sebab tak dapat rasa betapa heavenya pasar satok sebab dorang dah modenkan. harap entry aku ni sikit sebanyak membantu korang nanti. mana tau kot-kot nak pegi kuching kan. nah amek iltinery aku. copy paste je aktiviti senang sebab masa terhad sangattt kan. aku pegi 3 hari dua malam je. nanti aku buat entry khas untuk kereta sewa and tune hotel eh. good night korang! :)

January 19, 2013

Pengalaman bercuti di Kuching, Sarawak - Day 1


aku sekarang dekat lobby hotel update blog. live update babeee. gigih kannn? hewhew. hari ni first day dekat kuching. pagi tadi flight pukul 9:35 pagi, pukul 11.15 sampai sini. spesis aku, nak gi bercuti mana-mana, aku prefer book hotel dulu siap-siap. tak berani nak gamble datang negeri orang menononggg tak tau nak tinggal mana since tak pernah ada pengalaman datang sini kann.

bersemangattt nak gi berjalan punya pasal kann :P, pukul 5 pagi dah bangun dahh. call teksi datang amek dekat rumah. pukul 6 pagi teksi dah terpacak depan rumah. kalau ikut perancangan asal, kitorang nak teksi hantar terussss ke airport tapi, oleh disebabkan kitorang tak pernah try naik skybas, ape kata kita try naik. time ni la nak cari pengalaman kannn. lagipun kitorang berdua je. skybas ni memang bas khas untuk ke LCCT. boleh dikatakan setiap masa dia ada, 24 hours. tak kesah flight korang pukul berapa. aku naik skybas dekat kl central. pegi balik sorang RM14, aku tak beli online. aku terus beli dekat kaunter sebab keputusan nak naik ni pon last minit kann.

berbalik kepada hotel, malam ni kitorang stay dekat Hotel 360Xpress City Center. dia betul-betul tengah bandar kuching. meh aku tunjuk keadaan bilik.








sejujurnya, untuk first timer datang kuching macam aku, aku sangatttt merekemen korang untuk stay sini. sebab dia punya kemudahan, sangattt lengkap. contohnya, kaw book hotel ni online kan. 1 malam RM102 nett untuk bilik queen bed. kaw mestiii akan fikir, bila sampai airport, nak datang ke hotel macam mana. nak naik teksi ke, nak sewa kereta ke kann. berapa ringgit. jadi, kalau kaw book hotel ni online, masa kaw book, dia akan terus tanya, nak pick up dari airport tak. caj pickup dari airport RM2.99 je babe per head. murahhh gile. sebab, kalau kaw naik teksi, dari airport ke hotel ni dalam RM20 lebih. jadi dah alang-alang, add on terussss pick dari airport. settle satu masalah.:)

ni view lobby hotel,





haaaa, kat sini la aku sekarang tengah online. kehkehkeh. :P bapak heaven babeee. kaw online la sampai lebam, free of charge. dengan RM102 tu, kaw buat la sesuka hati apa dalam hotel ni. siap ada laundry room for free dekat level 1, kaw membasuh la berpuluh kali pun tak xpe. boleh terus keringkan. :) cuma  kelemahan hotel ni, RM102 tu tak xde free breakfast laa. bagi aku takpe sebab dalam hotel ni memang ada cafe. nak hantar terus ke bilik pun boleh. harga dia mampu bayar jangan risau. 

pagi tadi sebelum sampai kuching, aku memang plan aktiviti untuk hari ni terus pegi Sarawak Culture Village sebab sampai tadi pun still awal lagi kann. aku datang sini hotel memang aku dah book siap-siap. malam ni hotel 360xpress ni. esok hotel lain. saje nak try hotel beza-beza. :) cuma aku gamble datang tak book kereta sewa lagi. tapi hotel ni sangattt membantu ok. tak terfikir pon tadi bila nak check in, ternampak banner ni. 


dorang ada buat shuttle service ke sarawak culture village ni. just bayar RM10 per head per way. so total pergi balik untuk dua orang RM40. jadi hari ni tak perlu la susah-susah nak sewa kereta bagai kannn. terus amek servis shuttle hotel ni. settle satu masalah besar. :P aku amek yang gerak dari hotel pukul 2.15 petang, balik 5.15 petang.

dari bandar kuching ke sarawak culture ni makan masa 1 jam. kalau kaw tak pernah datang, pertama kali kan babe, nak drive sendiri ke tempat ni, aku rasa mauu makan masa 2 jam jugak sebab kuching ni kelemahan dia satu, tak banyak signboard tunjuk jalan. lepas tu kawasan ni memang jauhhhh hujung kaki gunung santubong. 


orang cakap, kalau datang kuching, tapi tak pegi sarawak culture village ni tak berapa nak sah. :P sebab ni memang tempat khas untuk kita tau tentang rumah-rumah dan adat orang sarawak. siap ada show khas untuk setiap jenis kaum dorang sekali. bayaran masuk tempat ni RM60 per head. 







aku tak pahammmm kenapa tempat ni patung ukiran kayu dia mesti majoriti stok lucah. keje nak mensetekkkk je. (x__x)
yang patung versi lelaki sopan sikittt. yang versi perempuan tak perlu nak berputing sangatt lahhh. sengallll gile kan. dah la sebijik rupa! kahkahkah. 
dekat sarawak culture village ni ada 7 buah rumah berlainan jenis. banyak sangattt gambar. aku main letak je la eh. sorryyyy kalau kaw berbuluuu asyik-asyik muka aku, asyik asyik muka aku. :p laki i pegang camera uolsss. :)) 

kretipp kan dorangg. buah kelapa pon boleh buat jadi monyet. 

dalam ramai-ramai, aku palingggg risau amek gambar dengan lelaki ni. seksi sangatttt babe. wa pulak seramm. dia rilekkks je. huhu

dalam banyak-banyak rumah pulak, aku palingg suka rumah ni. rumah orang ulu. sebab, dia punya tiang rumah unik sangat. bercorak-corak. 

tengok, tinggi dia tak menahan babe. dah la time ni hujan. nasib baikkk hotel bagi bekal payung. 

tepat pukul 4, semua pengunjung kena masuk bilik teater sebab time ni dorang menari-nari dan ada beberapa pertunjukan. 



part paling tak boleh blaaa bila dorang jemput beberapa pengunjung naik stage menari dengan dorang. kaw nampak tak kaw nampak tak. #pitammmm. 


#pitam lagi T__T


show ni abis ngam-ngam pukul 5.00 petang. sambil menunggu van hotel datang pick up, sempat la amek gambar dekat burung besar tepi pantai damai ni. :)


balik-balik dah tak larat, order makanan suh hantar dekat bilik je senang. membungkang tak ingat dunia, tiba-tiba pukul 11 malam masing-masing cerah mata balik, nak keluar dah lewat sangat. turun ke lobby mengonline kan diri la kitaaa. sekian, pukul 2 pagi. nak naik bilik dah. terlupaaaa. datang sini nak honeymoon kannn. tak memasal honeymoon dekat lobby hotel malam-malam buta. tapi kaw jangan risau babe, hanimum tak semestinya malamm. siang-siang pun boleh. kohkohkoh (x__________x)

dann ohh ye, sebelum terlupa. :) untuk pakej percutian yang lebih menarik dan menyenangkan kerja, korang boleh lawati website www.sota.travel. nanti korang boleh deal dengan dorang untuk uruskan semua pakej-pakej percutian termasuklah hotel ke, pengangkutan ke, aktiviti ke. haaa, tak ke senang kerja. :)) lagipon ni kan first time kita pegi tempat baru. mungkin banyak benda kita tak tau. nak study tak sempat. bayar je siapppppppppppppppppp semua. :))




 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...