December 30, 2012

jumlah sumbangan setakat 29.12.2012

sorryyyyyyyyyyyyyyyy kawan-kawan. 8 hari tak hupdate blog. aku palinggggg risau korang cakap aku lari lepas dapat duit sumbangan korang. heyyyyyy takkan ok takkan. :) mustahil aku nak songlap duit orang. aku pegi bercutiii la. dalam banyak-banyak cuti, aku rasa cuti ni paling tak tenang. sebab ape, sebab aku pegang duit orang. serammmmm. nak nak pulak aku tak sempat update blog, kang ada yang cakap aku lari ke siam. HAHA. ok meh aku update jumlah kutipan terbaru. 

hari tu untuk 19hb, 20hb, and 21hb korang boleh tengok sini.  
ni sambungan bermula 22hb dan seterusnya. 


# untuk sumbangan 22.12.2012, RM5+RM10+RM30+RM10.
Jumlah kutipan 22.12.2012: RM55.00.

# untuk sumbangan 23.12.2012, RM50.
Jumlah kutipan 23.12.2012: RM50.00.

# untuk sumbangan 24.12.2012, RM50.
Jumlah kutipan 24.12.2012: RM50.00

# untuk sumbangan 25.12.2012, RM80.
Jumlah kutipan 25.12.2012: RM80.00. 

# untuk sumbangan 26.12.2012, RM10+RM20+RM100.
Jumlah kutipan 26.12.2012: RM130.00.

# untuk sumbangan 27.12.2012, RM5.
Jumlah kutipan 27.12.2012: RM5.00.

# untuk sumbangan 28.12.2012, RM0 T__T
Jumlah kutipan 28.12.2012: RM0 T__T

# untuk sumbangan 29.12.2012, RM0 T__T
Jumlah kutipan 29.12.2012: RM0 T__T


Transaksi setiap hari. 
 
1. Jumlah kutipan 19.12.2012: RM55.00
2. Jumlah kutipan 20.12.2012: RM235.00
3. Jumlah kutipan 21.12.2012: RM504.00
4. Jumlah kutipan 22.12.2012: RM55.00
5. Jumlah kutipan 23.12.2012: RM50.00
6. Jumlah kutipan 24.12.2012: RM50.00
7. Jumlah kutipan 25.12.2012: RM80.00
8. Jumlah kutipan 26.12.2012: RM130.00
9. Jumlah kutipan 27.12.2012: RM5.00
10. Jumlah kutipan 28.12.2012: RM0
11. Jumlah kutipan 29.12.2012: RM0
      
__________________________________
TOTAL: RM1164.00

sedihhhhhhh sebab 28 dan 29 haribulan takde sumbangan langsung. T__T tapi xpe, kita tak leh paksa orang untuk menderma kann. kalau sudi, aku sangattttt berbesar hati.  

sebenarnya, nak menderma ni banyakkkkkk cara dia. tak semestinya bagi duitttt semata. kadang-kadang, bila kita tak mampu bagi duit, kita bagi cara usaha. tetap dapat pahala and berkat dia. 

aku bagi contoh eh, contohnya aku xde duit nak menderma, duit semua nak guna untuk hal-hal peribadi, tapi aku ada blog, haaaa. time ni la nak guna kelebihan blog. buat satu entry ke, buat satu ayat ke, yang mana kita boleh ajak orang lain untuk menderma. orang lain yang menderma bukan kaw tapi secara tak langsung, saham pahala kita tetapppp dapat sama. tu semua kerja Allah. xde sape boleh pertikai. semuaaa bergantung pada nawaitu masing-masing. cara lain, ok fine aku xde duit, xde blog, xde kain baju boleh sumbang sebab hidup aku cukup makan cukup pakai jee, tapi aku ada facebook. haaa, facebook pon sangattttt membantu. kaw tulis je kami sedang mencari sumbangan untuk anak yatim, tepek gambar ni,


kalau rasa mungkin tak berapa kukuh atau orang susah nak percaya, kaw link kan terus ke blog aku, insyaAllah. kita usaha sama-sama ye. 

selain aku, ada 6 orang penting yang sama-sama gigih mengumpul sumbangan untuk anak yatim ni. kalau kaw tak percaya aku, kaw mungkin boleh percayakan dorang. :) antara entry mereka, 

mak, mila, ieda, nory, nanie, onie     

dalam ramai-ramai orang, mereka yang pernah sama-sama bantu saya mencari sumbangan untuk anak yatim, kak amy, kak yus, kak ieda, kak falsya, kak bella, syira, aya, kak nad, kak amanda suria, kak intan, shasha, kak leeyana, boni, kak nunu, ayong atikah, maya amir, kak nik, kak aima, syida, nana, kak zana yang sangattt aktif mencari sumbangan dekat facebook, sheila *kenapa blog sheila tak leh bukak eh?  muliaanyaaaaa hati korang. T__T jasa korang, nadia takkan lupa! ada lagi tak sape-sape yang pernah buat entry sama sama membantu mencari sumbangan yang nadia terlepas? tolong inform boleh? terima kasih sangat-sangat sebab sama-sama gigih membantu sesama kita. jujur aku cakap, tanpa kalian semua terutamanya, mustahil kita akan dapat kumpul semua sumbangan ni. kan? tolong jangan jemu and berhenti cari sumbangan untuk anak-anak yatim ni sebanyak mungkin. moga korang semua sentiasa diberkatiNya, Amin. :)

 

 

December 22, 2012

jumlah kutipan seterusnyaaa

aku rasa, mungkin hari-hari aku kena update dekat sini jumlah kutipan setiap hari sebab senang nanti korang nak tau jugak, oooo dah banyak ni, ooo baruu sikit, ooo kena usaha lagi ni. oooo bagus ada peningkatan, ooo alaaa kenapa menurunn, kan? :) ok, hari ni hari ke empat. meh aku rekod dekat sini jumlah kutipan hari pertama, kedua dan ketiga. Alhamdulilah, terima kasih kawan-kawan semua. sokongan korang, aku sangatttt hargai. hanya Allah mampu balas semuanya. 

sumbangan 19.12.2012,

Jumlah kutipan, RM55.00


sumbangan 20.12.2012,


Jumlah kutipan: RM235.00


sumbangan 21.12.2012,


Jumlah kutipan 21.12.2012: RM504.00



1. Jumlah kutipan 19.12.2012: RM55.00
2. Jumlah kutipan 20.12.2012: RM235.00
3. Jumlah kutipan 21.12.2012: RM504.00
__________________________________
TOTAL: RM794.00


Alhamdulillah. tolong jangan berhenti bantu aku sama-sama cari duit sumbangan untuk anak-anak rumah amal kasih bestari ni ye. lagi banyak kita usaha, mintak-mintak lagii banyak sumbangan kita boleh dapat untuk sumbangkan pada mereka. ramaiiii yang sudi buatkan entry pasal ni dekat blog masing-masing. bertuahnyaaa aku, masih ramai insan berhati mulia macam korang.

kalau ada sape-sape nak sumbangkan barang-barang selain dari duit, macam pakaian, makanan, buku, korang tetap sangat-sangatt dialu-alukan. boleh hantar dekat aku terusss. aku boleh collect area kepong, gombak, jalan ipoh, jalan kuching. kawan-kawan aku yang lain ada jugak cover dekat area lain macam puchong, petaling jaya, puncak alam, shah alam, ada lagi dua tiga tempat aku dah lupa. kuikuikui. apa-apa korang email aku eh. walaupun aku spesis bertahunnn nak mereply email tapi aku tetappp akan reply. ;)) 

December 21, 2012

jumlah sumbangan terkumpul

korang layak and korang berhak tau. 



korang nampak kan, ni akaun yang aku guna untuk kutip sumbangan untuk anak yatim. Alhamdulillah, aku tak tau nak ucap apa, terharu ada, bersyukur ada, sebab aku percaya, bantuan korang sangatttt berharga untuk mereka. terima kasih sangat-sangat sebab sudi tolong aku sama-sama cari sumbangan untuk anak-anak yatim ni. entry korang dekat blog, share korang dekat facebook, hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian. T__T aku janji, aku akan mintak tolong anak-anak yatim ni doakan untuk kita semua ye. semoga korang dilimpahkan rezeki berganda-ganda, bahagia dunia dan akhirat, aminn. 

sape cakap aku tak takut pegang duit orang? heyyyyy aku takuttt babe. duit orang, amanat orang. (-__-)' tapi korang jangan risau, aku tau korang layak tahu. korang berhak sebab ni semua sumbangan kalian, jadi aku akan usaha untuk update tentang tabung anak yatim ni sekerap mungkin. tolong jangan jemu eh. :) setakat saat ni, pukul 6:30 pagi, jumlah kutipan terkumpul adalah RM294.00. korang boleh semak dekat picture bank statement dekat atas ni ye. yang ada aku potong bukan duit sumbangan tu, duit adik aku. bukan aku memandai potong sesuka hati. (x__x) risaunyaaaa Ya Allah, aku palinggg takut orang cakap aku songlap duit orang. sumpah lillahi, seumur aku hidup, aku tak buat kerja-kerja macam tu. T__T aku tak paksa korang untuk percaya aku, tapi aku boleh janji, aku akan jaga duit korang sebaik mungkin dan serahkan sepenuhnya pada mereka yang selayaknya. aku janji. :)) sekian, yang baru nak tidur, selamat malam korang yang baik hati, semoga awak semua terusss diberkati. :))


December 19, 2012

saya memerlukan sumbangan untuk anak yatim.

kawan-kawan, mereka sangattt memerlukan bantuan kita T__T




bayangkan, seramai-ramai penghuni dalam rumah ni, hanya ni ruang mereka berehat sambil bergelak ketawa menonton tv bersama-sama. T__T


dan korang pernah tak terbayang, hidup tak beribu tak berbapa, hidup dalam keadaan macam ni. asal cukup makan cukup pakai. tido hanya beralaskan tilam beramai-ramai. seramai mana yang ada dalam rumah tu. Ya Allah, aku tak mampu nak bayang, tak mampu. T___T





percayalah. sini je tempat mereka makan sambil bersila, sini jugak tempat mereka belajar bersama-sama, dan sini jugak la tempat mereka solat jemaah bersama-sama. 

tapi kaw jangan risau babe, aku tau semangat dorang kuatt. jauhhh lagi kuat dari aku, dari kita. T__T heyy hati dorang dah cekal. sangatttt cekal. tak pernah merungut, tak pernah memberontak sebab mereka dididik dan diasuh oleh insan berhati mulia. cukup mulia. kaw ingat mudah untuk menjaga insan bergelar manusia yang tak pernah ada pertalian darah daging dengan kita? aku sendiri belum mampu boleh buat. susah babe. 

korangg, saya, nur nadia farahida binti mohd sabri, dengan penuh rasa rendah diri, dengan sepenuh jiwa raga saya, saya sangatttt memerlukan bantuan korang. saya tau saya tak mampu buat semua ni sorang diri. bantulah mereka seikhlas mungkin setakat apa yang kita mampu. saya takkan paksa sesiapa untuk memberi sebarang sumbangan tapi percayalah, sumbangan korang sangatttt membantu mereka. demi Allah, korang jangan risau, semuaaaaa dana dan sumbangan korang saya akan sampaikan sepenuhnya kepada mereka yang selayaknya. saya tau apa hukum makan duit anak yatim, korang jangan risau. saya akan pastikan, setiap sen duit korang, mereka akan menerimanya. 

tolong saya untuk tolong mereka. T__T jasa korang saya takkan lupa sampai bila-bila. saya akan serahkan kesemuaaa sumbangan anda kepada mereka pada 24hb Februari 2013. saya sangattt terharu dan berbesar hati jika korang sudi dan boleh membantu saya untuk sebarkan entry ini. bayangkan jika setiap orang sudi mendermakan RM1, sepertimana kita selalu sedekahkan kepada peminta sedekah di kedai-kedai makan mahupun kaki lima, kalau 100 orang, kita akan dapat RM100. kalau 1000 orang? kalau lebih? hanya Allah yang mampu balas semuaaaaaa kebaikan korang. terima kasih kawan-kawan.  

" Ya Allah, lindungilah mereka, permudahkan lah semua urusan mereka, murahkanlah rezeki mereka, di dunia dan diakhirat, Amin."


 
aku minta jasa baik korang, sebarang pertanyaan dan walau sebanyak mana korang beri sumbangan, tolong inform aku. walaupun hanya RM1. korang boleh inform aku samaada di email nadiafarahida@gmail.com atau mesej aku di https://www.facebook.com/nadiafarahida. sekian, terima kasih sekali lagi ikhlas dari hati aku, ikhlas.


# akaun number Maybank 153010538403 tuuu under nama suami nadia, NIK ASYRAF SYAFIQ NIK AZIZAN. korang jangan risau, bukan akaun orang asing. :))

# seramai 40 orang blogger lain akan bekerjasama untuk memeriahkan majlis pada 24.2.2013 ni nanti. bukan nadia sorang. Alhamdulillah. :)

 



December 18, 2012

makeover rumah pemenang utama :)

serius aku suka bila tengok rumah orang cantik-cantik tersergam indah. rasa macam wahhhhh bestnyaaaaaa. korang ingat lagi tak bulan lepas aku ada buat satu pertandingan siapa nak makeover rumah secara percuma? yang mana hadiah utama adalah aku sponser sepenuhnya satu dinding di rumah korang untuk di makeover oleh wall makeover by na bernilai RM299. :) nak tengok? meh aku tunjuk. hihi. ni gambar sebelum. kak mira, sowwyyyy. nadia try call kak mira nak tanya boleh tak nak publish gambar sebelum tapi no answer. nadia dengan memandaiinyaaa letak sini tanpa kebenaran. harap-harap kak mira tak sentap lemah jantung. hewhew ;)) sorry kak mira! 

sebelum


dan ni gambar selepas. 


tingggg! supriseeee! santekkkk kannn. ;)) dah nama pon bilik anak bujang umur 6 tahun, mesti la nampak aura kebudak lelakianya kannnn. tak kan nak polka dot pink, pengsan mak dia. hewhewhew. 

ni bilik emir, anak kak mira. dalam banyak-banyak benda, aku palingggg risau emir tak suka. sebab kadang-kadang kanak-kanak ni unpredictable kan. di mata kita dah cantik, sekali kang dia mengamuk taknak macam tu. mantikkk aunty nadia emir! ;p tapi Alhamdulillah, emir sukaa. heyy dia gembira, wa yang teruja lebih babe. kuikuikui. rasa macam satu kepuasan walaupun bukan buat dekat rumah aku sendiri. 


kenalkan, ni la kak mira. ibu kepada little emir yang muka veryyy the mat saleh. muka mixxx sangatttt ok. dah la hensem, speaking, nasib baik aku belum ada anak perempuan. kalau tak aku dah chop siap-siap. kehkehkeh. :D 
kak mira, thank you sooo much untuk makan-makan. nadia bukan chef ;p, kak mira jangan risau. tapi kalau nadia chef sekalipun, kak mira memanggg masak sedappp. jangan risau. :) hihi. dan thank you sooo much for the gift. unexpected. nadia kasi akak, akak balas balik. macam buruk siku pulak rasa. hikhik. 


little emir yang susah boleh tahan kalau nak amek gambar dia. mentang-mentang hensem. jual mahal eh. (x__X) paling kelakar, kalau suruh dia senyum sebab nak amek gambar, sah sah dia takkan senyum. takkan. tapiii, cer kaw sebut, 'emir, don't smileeee.' dan dan tu dia senyum. aku tak pahammmmm simpulan bahasa apakah ini. HAHAHAHA. kak mira pon baruuuu je siap buat entry pasal ni dekat blog dia. meh baca sini. 

dari kesemua 11 pemenang pertandingan hari tu, hadiah utama dah settle. Alhamdulillah. 5 orang yang menang perhiasan rumah pon dah settle. semua nadia dah pos minggu lepas. suppost semua dah dapat rasanya sebab guna pos laju. :) lagi 5 yang menang stensil, sorryyyyy T__T kak na belum kasi nadia lagi. dia cakap takde stok. nanti dia buatkan. tunggu stok sampai. serius tak tenang jiwa raga aku selagi tak selesai lagi lima ni. korang sabar ye. maaf sangat-sangat. dapat je nanti nadia pos laju-laju. T____T



December 17, 2012

nadiafarahida on TV1, jakun sungguh beliau! T__T



jakun is my middle name. ;D mau tak jakun, kaw ingat aku pernah keluar tibi? blog terpilih untuk featured dalam TV1 ponnnn dah bersyukur habis walaupun hanya seminit setengah je padahal lantakkk. kehkehkeh.

suppost rancangan Apa Kata Wanita ni start pukul 11 pagi hari sabtu dua tiga hari lepas kan tapi terhold sampai pukul 12 tengahari sebab pak najib berucap katanyaaa. :) i is ok jeeee tapiiii, kaw tau tak penantian tu sangatttt menyeksa jiwa raga. dorang memang inform blog aku terpilih untuk segmen blog pilihan tapiiiiiii, aku tak tau dorang keluarkan entry yang mana satu. heyyyy seram sejuk badan wa cakap luuu. adik aku mula-mula dia tak berapa nak tunjuk tahap keterujaan dia tapiiiii, bila dah keluar betul-betul dekat tibi, boleh dia menjeritttt. dah la time tu aku dah start rekod. heyyyy spoilll tahuuuuk. ;D tak pasal-pasal awal-awal video kaw terpaksa dengar suara dia. dan maafkan segala bunyi-bunyi snap gambar tu. aku dah bagitau aku jakunnnn tadi kannn. harusss la amek gambar untuk buat harta berharga di masa akan datang. kehkehkeh ;p







kesimpulan aku boleh buat, majoriti dorang fokus pada entry dekorasi rumah kan? aku pon tak sangka. aku harappppp sangatt, kalau kaw spesis macam aku, suka berangan nak bilik best la, nak toilet macam dekat hotel la, nak rumah cantik la, nak kereta best la, kaw berangan laaaa. :) berangan babe berangan. tapi kaw jangan la bagitau orang lain apa yang kaw tengah berangannn tu. heyy kang bantai kena gelak. bila kaw dah set dalam kepala kaw nak sesuatu, mesttiiiiii kaw akan berusaha. kan? moh la kita sama-sama berusaha, bukan untuk orang lain. untuk kita sendiri. :) 

berbalik kepada rancangan tv tadi, meh tengok video yang aku rekod untuk buat kenang-kenangan. kesian kan. dasarrr orang kampung, orang biasa tapi sokmooo berangan luar biasa, ni la jadinya. kehkehkehkeh. 


sekian, waltamat baiii. 

# ohh sebelum terlupa, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. ramaiiii sangattt Ya Allah yang email nak join event anak yatim tu nanti. tak putus-putus. Alhamdulillah. terima kasih sangat-sangat korang. sungguh aku terharu dan tak sangka akan dapat sambutan diluar jangkaan. tapiii, mulai saat ni, aku terpaksa tutup sebarang penyertaan lagi dah. sebab dah overload. tapii, kalau kaw berminat untuk memberi sumbangan, aku tak pernahhhh berhenti menerima. menolak apetah lagi. silakan. hanya Allah mampu balas jasa baik korang. dunia dah akhirat. Amin.   

December 14, 2012

Tshirt Kami Blogger, RM20 sehelai, nak?

tak tau nak start macam mana tapi sungguhhh aku terharu, tak putus-putus aku terima email yang berminat nak join event anak yatim tu nanti. thank you sooo much korang. T___T ada lagi yang aku belum reply, nanti nadia reply eh. nak amek mood jap. hihiii :D 

ramaiiii yang tanya, kalau tak dapat join tapi still nak beli baju je boleh? bolehhhh tak de masalah. ada jugak yang tanya, saya nak join, suami saya pon nak join tapi suami saya pon nak jugak baju blogger tu. nak sedondon katanyaaa. boleh? :)) heyyy mesti la bolehhh. syafiq pon ada baju tu. nak sedondon katanya jugak. kehkehkeh. ;p tapi, akan ada sedikit perbezaan antara baju si isteri dan si suami. oleh disebabkan blogger nye adalah isteri je, suami nadia tak nak ada tulisan blogger bagai. tapi korang jangan risau, warna baju still sama, logo still sama, perkataan je berbeza. meh nadia tunjuk real baju. dua dua model di bawah adalah adik aku. nasibbbb baikkkk ada dorang. tak memasal aku paksa sebab aku pemaluuewww. konon. kuikuikui ;p dah ada adik cantik hensem segak bergaya, buat ape perammm, aku gunaaaa amek kesempatan. kehkehkeh. ok berbalik kepada baju,

pandangan hadapan 

ni baju untuk si isteri yang mana adalah seorang blogger walaupun hanya suam-suam kuku. (x____X) ada logo dan tulisan 'KAMI BLOGGER'.

ni baju untuk si suami yang mana sokongan kalian sangat dihargai oleh si isteri. hanya logo semata-mata. takde perkataan 'kami blogger' tadi. 

ni perbezaan bila mereka bersama-sama. 

nampak kan perbezaan dia?


tak kesah lelaki atau perempuan, dekat lengan ada tulisan nama masing-masing. macam ni.


 


dan untuk padangan belakang, pon berbeza. isteri ada tulis 'WE ARE BLOGGER'. macam ni,


suami takde. macam ni.

dan perbezaan bila mereka bersama-sama akan jadi macam ni.
 
nampak kan perbezaan dia?
 
jadi, kepada semuaaaa yang tanya dekat email nadia macam mana beza baju suami dan isteri, harap-harap gambar ni boleh membantu korang imagine. warna tetap sama, logo still sama, perkataan je berbeza. kalau korang nak dua dua sama pon takde masalah. ohh sebelum terlupa, untuk kanak-kanak pon ada kalau contohnya nak buat dekat anak-anak korang sekali. umur 5 tahun dan keatas. harga still sama.

dan berita baiknya adalah, korang nak join event ke, tak nak join event ke, kalau korang nak beli baju sesaje, Ya boleh. tempahan dibuka sepenuhnya sebab ramaiii sangattt yang tanya. jadi anda semua sangat dialu-alukan. sehelai RM20. nak? email nadia eh. jangan lupa bagitau nama apa nak letak dekat lengan and saiz ape sekali. kalau nak imagine saiz korang, nadia pakai M, syafiq pakai L. tak ketat. baju ni sangatttt terhad sebab niat asal kita bukan nak jual baju pon kannn. tapi bila dah ramaiii yang mintak, tak jadi masalah. :) email nadia eh. nadiafarahida@gmail.com. thank you koranggggg! 


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...