Lazada Malaysia

November 30, 2012

tolong ayattt suami aku pehlissss ;p

since aku tawuuuu suami aku hari-hari baca blog aku, aku rasa, dah tiba masanya aku menggunakan kuasa veto kebloggeran aku. harap-harap berhasil. kehkehkeh.

kehadapan suami saya yang palingggg kacak, yang palingg hensem, yang palingggg hebat, yang paaalingg baik, yang palinggg segala palingggg. tolongggg saya tolong sayaaa. T____T

kaw tauuu, aku plan nak pergi kuchingg. sangattt nak pegi. memandai la si isteri ni membookkan tiket flight tanpa pengetahuan si suami. aku sokmo macam tu. book diam-diam. kehkehkeh. biasa berjaya tapi kali ni syafiq sangatttt tak berminat. demandddd kann. kuching tak nak pegi. sydney boleh pegi. pok karang! ;D   


sayanggg, pehliss. kita boleh pegi kan? saya janji saya takkan shopping langsung. *tangankebahumatakeatas* langsung menipu. kuikuikui. koranggg, tolongggggggggggg la pujuk laki aku sekaliii. T___T cer kaw olok-olok duk tempat aku kan, lepas tu kaw beli tiket nak gi kuching jugak, lepas tu suami kaw tak nak pegi kenn, kaw buat macam mane eh? aku gewaammmm rasa nak sondol-sondol je dia. ngehngehngeh (x______X) aku konpem, semuaaaaa komen korang dia akan baca. jadi, tolonggg la ayattt dia baikkkkk punya. dengan harapan, dia mencair. tak banyak, sikit pon jadii la. hewhewhew. kaw cakap la segala apa yang best tentang kuching yang harap-harap dapat tarik minat dia. kalau dia tak berminat jugak, aku mungkin kena pujuk cara kasar. 'kasar' aku dia je yang tau. gewammm. kohkohkohkoh.


November 29, 2012

buah zuriat, kat mana jual?


lepas aku post entry buah zuriat ni hari tu, aku ada terima beberapa email tanya kat mana boleh dapatkan buah zuriat. ada sesetengah orang panggil buah adam hawa kan. macam yang aku punya, aku dapat buah ni pun sebab ada orang bagi lepas dia balik dari Mekah. tapi, ada dua tempat yang aku tau jual buah zuriat ni. satu jual online, satu jual dekat kedai. kalau kaw nak beli buah zuriat secara online, kaw boleh terus ke blog hamilcomel. blog dia memang sangat membantu untuk golongan TTC. 

tapiii, kalau kaw rasa kaw nak tengok dulu buah dia macam mana ke, nak pegang dulu baru nak beli ke, kaw pegi cari dekat satu kedai area chowkit. dekat jalan raja bot kalau tak silap aku nama tempat tu. kedai dia memang jual segala mak nenek akar kayu. kaw nak akar kayu ape, semuaaa ada. termasuk la buah zuriat ni. atau nak lagi senang, kalau kaw betul-betul nak gi beli, serious buyer sahaja, kaw terus call nombor hp mimi, 017-9080804. kaw bagitau dia siap-siap kaw tahu dari blog nadia tau. kang tibe-tibe dia terpinga-pinga mana kaw dapat nombor dia sebab aku tak bagitau dia pon aku letak nombor hp dia dekat blog aku. huhu. nanti kaw tanya dia jalan ke kedai dia macam mana ye. aku nak terangkan pon tak reti sangat. sorryyyy.

tak salah kita berusaha dan iktiar kan tapiiiiiiiiiiii, kaw jangan terlalu taksub. KITA, bukan kaw je, dengan aku aku sekali mesti ingat, semua kerja dan kejadian di dunia Allah yang tentukan. kita tak boleh fikir, nak anak kena minum air buah zuriat. bila minum buah zuriat akan dapat anak. heyyyy, kalau macam tu, xkan ada seorang manusia pon yang akan ada masalah nak dapatkan anak. semua kerja beranak. asal minum air buah zuriat je beranak, asal minum beranak. senangggg la hidup. hewhewheww. ;) bukan buah zuriat tu yang bagi kita anak. kan? kaw minum la ape pon, kaw makan la ape pon, selagi Allah belum izinkan rezeki di bahagian itu, kita kena redha. Dia mesti tau yang terbaik untuk kita. kan? kalau macam tu, jangan persoalkan.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia maha mengetahui bila waktu yang betul-betul sesuai untuk kita. tapi, Dia pasti suka kalau dia tau kita tak pernah berhenti ikhtiar, sebab Dia mesti tau niat kita. lagi banyak kita usaha, lagi banyak kita iktiar, lagi tinggi peluang kita akan dapat. sekian, moh la kita sama-sama beriktiar. kalau biasa seround, kaw buat marathon dua tiga round. iktiar kan? kohkohkoh. ;p




November 28, 2012

photoshoot geng-geng blogger


kaw tau kenapa aku tak update-update cerita photoshoot geng-geng blogger hari tu? mak sentappp uolss. takpe, sekarang aku update. 4 hari 4 malam belum tentu abis. entry ni mungkin maha panjang. aku pesan awal-awal, kalau kaw rasa berbulu aku tak bertanggungjawab. kehkehkeh. ;) 

kaw pernah tak terfikir macam aku fikir. walaupun kita tak cantik tapi kita ada keiinginan nak nampak cantik. walau tak cantik. kaw faham tak? kaw ingat senangggggg ke orang nak cakap kaw cantik kalau kaw dah sah-sah tak cantek. kennnnnn. ngehngehngeh. T__T seumurrrr hidup aku, aku memang tak biasa nak makeup beria bagai. paling-paling pon time kawen dulu. first time aku makeup time kawen dulu pon tetap ada orang kondem tak cantik. ok sentap. tapi dah hilang kesentapan tu. kuikukui. dan terbaru, aku post gambar kat atas ni dekat facebook tak sampai setengah jam, berderuuuu cakap muka aku pelik. ada yang siap cakap overshadow. hoh. amboiiii. aku tau la aku tak cantikkkk tapi gaya komen macam prooooo. kehkehkeh. boleh tak cer kaw bagi aku peluang nak rasa cantikkkk macam orang lain. T___T macam kaw keeee. kan? makeup wa orang sponser babe. cantik ke, hodoh ke, orang bagi free babe. cer bersyukur. as long as aku berpuas hati, aku senang bekerjasama dengan dia, aku tak berapa gemar kalau orang banyak bunyi.



berbalik kepada event blogger sabtu lepas, hohhhhhhh! meriahhhh sangatttt uolss. aku rasa jadual sebenar event tu dari 12 tengahari sampai 5 petang je tapiiiiiiiiiiii hukalohhhh. semua spesis lupa daratan. ;p termasuk aku. happening sangattt. sape kata kaw tak boleh jadi model? semua boleh babe. kalau kaw tak mampu nak jadi model sebenar, kaw buat-buat la jadi model pon dah cukup. kehkehkeh. macam kitorang. kuikuikui. berangan tu pentingggg. berangan jadi model melukut ditepi gantang pon bolehh. ngehngehngeh. 







aku dah lupa sape punya idea laaaa yang suruh aku duduk atas tangga ni. :) bila dah balik sampai rumah belek2 gambar, spoilll. ;p kenapa mesti duduk. kalau aku berdiri, mesti aku boleh sorok sikit kelebaran badan di belakang tangga tu. dasar plastik kenn. kehkehkeh. kaw tengok, segala gaya kuokkk lentang semua keluar. kahkahkah. banyakkkk lagi gambar banyakkkk. ada 600++. aku tak pasti tahun bila habis kalau nak cerita satu-satu. aku cerita yang penting-penting dah la. kang korang bosan semedang. :) meh aku kenalkan korang dengan mereka-mereka yang happening ni ye. ieza, nanie, nory, ieda, onie, mila, kak emi dan kak yus. sila klik setiap gambar untuk terus ke blog dorang. silaaa. :))




kesemuaaaa mereka telah dimakeup cantik-cantik oleh 3 orang makeup artist yang sangatttt profesional. santekkk sangatttt kan semua. mereka bertiga adalahhh

si lili yang comel sangattt macam kanak-kanak darjah 6 tengah tunggu bas baru lepas amek result upsr kannn. kihkihkih. korang berminat? boleh terus hubungi lili di 012-9113661. hasil makeup dia superb! dia memang betul-betul buat kerja.

ni kak siti bainun yang rockkkkkk wa cakap luu tapiiii aura magic touch dia hebakkkkkk. zass zasss siapppp. cantikkkk sangattt. ni no hp dia 013-377 0805. kalau kaw rasa nak makeup senior, ni memangggg senior.



ni mayanggggg. kaw tau, kalau adik laki aku tua dari si mayang ni, aku syak, ada aku paksa kawen dengan mayang. heyy cantikkk gile dia. aku konfius, dia makeup artist ke dia artis? bahahaa. cantik babeee. muka dia memang asli cantik. umur mudaaaaa lagii ni tapi bakatttt dia, perghhh. makeup orang macam main melukis di whiteboard je. no wonder la dia cite kecik-kecik dulu barang makeup mak dia selalu hilang dia amek. kuikuikui. eh, aku bukan nak promote mayang. aku nak promote hasil airtangan mayang. lupaaaa. ngehngeh. dia selalu makeup orang kawen. tererrrr babe wa cakap luu! kaw boleh contact mayang di 013-3991602.


next event dah dalam perancang. hebakkkk. :)) sakit pinggang berphotoshoot ni pon belum hilangggg siap ada next event. see. happening kan dorang? kehkehkeh. bagusnyaaa semangat setia kawan dorang semua ni kaw tau apa? lepas shoot sabtu lepas, hari isnin petang aku mesej ajak keluar makan sambut besday adik aku. semua onnnn. lepak sampai 12 tengahmalam babe. see. sporting dan senang gile. aku palingggg suka bekerjasama dengan orang yang senang bekerjasama. kalau kaw buat susah, aku lagiiii buat-buat susah. kalau kaw spesis berminat nak join kitorang tak kesah sebarang event sebab banyak sangattt idea event seterusnya, ngehngehngeh sila inform aku awal-awal. senang aku nak kontek korang terus nanti. sekian, yang baru nak tidur pukul 4.55 pagi. good night. :))








November 25, 2012

is busy studyingggg 31 entry T__T


nadia is busy studying semuaaaa 31 entry korang untuk cari 11 orang yang bertuah ituuuewww. kaw ingat senang nak cari yang betul-betul boleh tangkap jiwaraga? (x__X) keep calm and stay tune. kikiki ;D
  
1. http://noryzoulkefle.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-make-over-rumah-secara.html

2. http://afarza-thestory.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

3. http://milaahmad.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

4. http://celotehfarishah.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

5. http://daiadellas.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

6. http://belladsecret.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

7. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

8. http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

9. http://bilasigadismengomel.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

10. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara.html

11. http://leeya-gimmick.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

12. http://warariesb2b.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

13. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

14. http://amalinaali.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

15. http://iedaimmi.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

16. http://syanasaid.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

17. http://cikannajamususukdara.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

18. http://www.facebook.com/lonelyna

19. http://www.facebook.com/rashidah.hussin.9

20. http://zakwanafifnajmi.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

21. http://ayongatikah.blogspot.com/2012/11/giveaway-35-siapa-nak-makeover-rumah.html

22. http://quraistory.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

23. http://honeylalala.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

24. http://jassnani.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

25. http://mummywannabe-myttcjourney.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

26. http://letopkeypad.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

27. http://shidasyakirin.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

28. http://msieda.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

29. http://mizayusof-contest.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

30. http://www.syuhadasalleh.my/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html

31. http://www.emmira.blogspot.com/2012/11/siapa-nak-makeover-rumah-secara-percuma.html 



pemenang sape nak fridge magnet bandung

dua tiga hari lepas aku ada buat entry sape nak fridge magnet bandung kannn. aku blur sangattt tak tau macam mana cara nak pilih pemenang sebab ada 29 orang yang komen. jadi untuk lebih adil dan saksama, nasib baik adik aku ada dekat rumah. boleh guna dia. kehkehkeh. kalau tak, tak pasal-pasal aku paksa laki aku jadi model. HAHA. kaw kena tengok video ni baru kaw tau sape pemenang dia. hihi. ;)




comeyyyy kan adik titeww. *tangankebahumatakeatassambilkelipkelip. kuikuikui.

gigih tau mula-mula aku tulis nama sorang-sorang, potong satu-satu, masuk dalam bekas. kesian kan. terharu takkk? ;p


 

macam main lucky draw la sangatttt kenn ;p dari video dekat atas tadi, kesimpulannya, mereka yang bertuah ituewww adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


 
yeyyyyyyyyyyyyy! :)) kepada ummi abi, zaniakecik, arjuna silvera, intan firdaus247, eida, nory dan syaz syasha, sila emailkan nama penuh, alamat and no hp korang ke email nadia di nadiafarahida@gmail.com okeh bebeh? ai nak pos surat cinta ni. kuikuikui. 

November 23, 2012

Apek & Leuniey Nikah 28 Disember







kaw tak suka dia bukan masalah aku, kaw nak hentam dia bukan masalah aku, kaw nak kutuk dia player kaki perempuan bukan masalah aku, kaw nak kutuk dia cucuk botox kejadah ape ponn bukan masalah aku. (x______X) yang aku tau, di mata aku, indah sungguh ciptaan Allah. (-____-) 

aku tak tau esok-esok anak dorang muka macam mana. dah muka pak apekkkkk abis. si mak amoiiii abis. heyyyy la haii, santekkkk sangatttt. kenapa time aku kawen dulu-dulu mak andam tak makeup kan aku bior bertukar rupa cantik macam giniiii. T___T orang tua-tua cakap, wajah anak kita esok-esok akan sama sebijikk muka mak atau ayah dia masa kecik-kecik. betul ke?


aku syak, anak aku esok-esok mesti comeyyyy kiut miuttt *tangankebahumatakeatas* macam aku kecik-kecik dulu kenn. (x__x) kehkehkeh. kalau laki, mesti ikut muka ayah dia. tapiiiiii, kawwww jangan macam-macam. kaw jangan gateyy nak buat rambut belah tengahh bagai macam ayah kaw dulu-dulu. aku pokkk karang. mak geliiiiiiiewwww! kaw keluar je esok-esok, lepas dah azankan, mak spaikkkk terus. kohkohkoh. 
 

November 22, 2012

sape nak fridge magnet Bandung?

# Wordless Thursday

Penyertaan ditutupppp~ ;))


paling senang, nama pon wordless kannnn. ;p kaw nak? senang sangattt. (-__-) meh tinggal komen. nanti aku pilih. tak yah bersyarat bagai. tinggal komen jeeeee. ;D



 

November 20, 2012

isi borang, dapat libresse free. mohhh la kita. ;)

aku tiba-tiba teringat moyang aku pernah cerita, zaman dulu-dulu, kalau dorang datang bulan kan, dorang mana ada pad bagai. celah mana nak dapat kotex la, libresee la, laurier la, mana adaaaaaaaaa. makan pon ubi kayu jeeee. sedih kan. kesian nenek kita dulu-dulu. T___T nasib baik moyang aku ada lagi. sikit sebanyak, aku boleh tahu jerit perit kehidupan nenek moyang aku dulu-dulu. tskkkk~

ni moyang aku. aku panggil dia nyang. muda kan? ;) kawen muda babeee. memang dasar keturunan kawen muda. baik nyang aku, tok aku, mak aku, dan aku. semuaaaaaaaaaa gateiii kawen muda. ;p gambar ni time raya hari tu.

berbalik kepada cerita datang bulan tadi, dia pernah cerita dekat aku, kalau dulu-dulu, dorang hanya guna perca kain je pakai buat pad. perca kain tu macam cebisan kain batik kita la. kain batik tu potong kecik2, jadikan dia pad. lepas dah penuhhh je takungan, basuhhh, sental, keringkan. nanti nak pakai balik kannn. dulu mana ada jenis pakai buang. bagus kan? jimat dan sangattt mesra alam. tapiiii, sekarang, kalau kaw suruh aku buat macam tu, aku pon tak pasti aku mampu buat tak. hewwheww. ;p

dunia sekarang, semua dihujung jari. tak yah nak potong2 kain perca bagai lagi. dan sekarang, hanya di hujung jari jugak untuk dapatkan pad libresse free. just isi borang ni,




dekat website libresse, klik sini. isi je semuaaa details dekat page tu then click i'm done. settle. :) tunggu je dorang pos and sampai depan pintu rumah. senang kan? dua tahun lepas aku dah dapat dah pad free macam ni dari libresse. tapi dah orang nak bagi lagi, kita sebattt je la kann ;)) kuikuikui.

November 19, 2012

workshop wall makeover by na

puan na, founder wall makeover by na. 
 
kesian kan. ni hujung minggu lepas punya cerita. hari ni baru hegeh-hegeh nak update. kak naaaaa, sowiiiiiiii. gambar banyakkkkkkkk sangatttt. tak tau nak pilih mana satu. last-last, semua tak jadi. kehkehkeh. ;p minggu lepas wall makeover by na ada buat satu kelas workshop untuk ajar sape-sape yang berminat dengan wall painting yang macam dorang selalu buat tu. bila dia jemput aku untuk join sekali sebagai seorang blogger, aku sangattttttt berbesar hati sebab percayalah, ilmu ni kaw tak boleh beli mana-mana. kaw kena usaha sendiri. bila orang offer bagi ilmu dia, memang takkkk la aku akan tolak kannn. nak nak pulak benda yang berkaitan dengan deko-deko. aku minatt sangatttttttttt babe ;))

senaman gangnam style hewheww. ;))

workshop dorang start pukul 10 pagi sampai 4 petang. dorang bukan selalu buat workshop tau. kadang-kadang je sebab jadual dorang very the padatness. kaw ingat senang ke nak ajar orang. jadi, mereka-mereka yang sempat grab peluang yang dorang offer, bagi aku berbaloi abissss. kan? sebab, kaw just bayar RM299 untuk join kelas dorang. dorang akan ajar satu persatu dan siap bagi bawak balik tiga empat jenis stensil. 4 stensil tu kaw boleh dapat 4 jenis design berbeza. kalau kaw suruh dorang datang buat dekat rumah korang pon boleh xde masalahhh, harga dorang pon paling murah setakat aku survey. tapiii kalau kaw buat sendiri, laaaaaaaaaaaagiiiiii murah! kaw bayangkan kalau kaw upah dorang, buat 4 design dekat rumah korang. contohnya rumah kaw ada 3 bilik, kaw nak dia buat dekat 3 3 bilik. setiap bilik dia caj RM200. 3 bilik dah RM600. lepas tu lagi satu design kaw nak buat dekat ruang tamu. dorang caj RM200. total semua tidak ke RM800? kalau kaw buat sendiri, RM299 yang kaw bayar join kelas makeover dorang, kaw boleh buat sebuahhhhh rumah. kaw buat la setiap celah dinding mane kaw nak buat suka hati la. bilik air ke, dapur ke, dengan syiling-syiling sekali kaw nak buat kaw bantaiiii la. see, jimat kan? tapi kalau kaw spesis pemalas ya hampunnn macam aku T____T, kaw upah je doranggg buat. kaw terima siap. senanggg. kehkehkeh.

para peserta workshop wall makeover by na. tekun kan dorang? ;p aku paling tekun sekali. beria posing kalah orang lain. nampak sangatt aku tak berapa nak tekun. kuikuikui. 

ni encik reza. dia tengah siapkan tempat untuk para peserta tadi tunjuk bakat masing-masing. 


kaw belajar sesaje tak jadiiii. bila dah belajar, harussss la masing-masing tunjuk bakat terpendam kan. ;) walau kaw belajar tak sampai 1 hari suntuk pon, kaw dah boleh dapat hasil macam kaw dah expert habisss. tak percaya, kaw kena join next workshop dorang. 23 Januari 2013 kalau tak silap aku. better kaw follow terus perkembangan wall makeover by na ni dekat facebook page dorang. tak rugi langsung. mane tau kot2 kaw boleh dapat makeover rumah free. dorang ni spesis selalu bermurah hati. sokmooo buat teka-teki senangggg hamatttt lepas tu sape menang, dia makeover rumah korang free. tak susah kan? meh click facebook wall makeover by na dekat sini. 

sekian, pada semua para peserta workshop ni, agak-agak dah abis dinding rumah korang dah conteng, meh sambung conteng dinding dekat rumah aku pulekkkkk. tak cukup rumah aku, rumah sedara mara jiran tetangga pon boleh. kohkohkoh. (x____________X) 
 

November 18, 2012

behind the scene : temubual untuk utusan malaysia...com

kadang-kadang rezeki Allah kita takkan pernah tau dia datang bila dan dalam bentuk macam mana. kalau kaw dapat offer untuk ditemubual oleh wartawan surat khabar, featured dalam ruangan surat khabar, kaw tolak? aku rasa takkkk kan? ;) aku apetah lagi. kehkehkeh. :D  

tapi kali ni, kitorang masuk berdua. sebab, dua dua kena berkongsi rahsia. rahsiaa laaa sangattt ;p kuikuikui. untuk segmen and ruangan ape, aku tak pasti boleh reveal sekarang atau tak sebab tadi aku terlupa nak tanya kak lynn. mungkin better tunggu story betul-betul keluar baru boleh cerita details. 







yang penting, gambar di atas bukan untuk cover album atau cd yuna mahupun najwa latif. hewhewwheww. :)) dan ketiga-tiga keping gambar ni adalah dicandid oleh adik aku guna hp semata-mata. aku tak perasan langsung sebab aku ngan syafiq dua-dua memang kena concentrate supaya feel tu sampaii. sampai ke mana aku tak pasti. huhu. kepada kak lynn dan kak fairuz, i is kayu. sangattt keras kan. T__T terima kasih sangat-sangat sebab sanggup bersabar berejammmm untuk shoot paling feel. tapi part paling saya menyesali, saya lupa amek gambar dengan kak lynn and kak fairuz, sorryyyyyyyyyyyyyy T______T tadi berdebar sangattt kak sampai lupa semua benda. sorry tau. 


# cerita penuh nanti aku cerita, tunggu story betul-betul keluar dulu okeh baby. ;)

November 16, 2012

Melaka, kaw jangan macam-macam T__T

hari ini saya mengikuti lawatan sambil belajar ke melaka bandaraya bersejarah. kehkehkeh. ;D tak payah nak lawatan sambil belajar sangatttttt la. T__T sepanjang aku hidup, kalau tak silap, ni kali ke tiga aku pergi melaka. kali pertama time kanak-kanak ribena, time kedua masa awal-awal kawen saje pergi salan-salan. yang ketiga is siang hari tadi. trip tanpa dirancang. family aku selalu macam tu tau. T__T jommmm memanjang. jom macam semua tempat belakang rumah jeeeee tapi takpe, i memang pantang kalau berjalan. kuikuikui (x__X) kalau plan awal-awal takut tak menjadi nanti frust. kenn. makhluk umat manusia punyaaaaa la ramai. mungkin sebab cuti sekolah kottttt. 


#tantek kan mak sayaaaa? orang selalu cakap saya dengan dia adik beradik. gewamm. kalau cakap saya kakak dia adik memang cari nahasss. T__T tapi saya pasrah jeee. sebab saya syak dorang rabun. kuikuikui ;p



selalu kalau datang melaka mesti nak posing depan A'Famosa dulu kan. konon-konon nak bagitau, saya dah sampai siniiii. hewheww ;)) tapiiii, hoiii. panas dan rimas ketiakkkkk. kalau kaw datang sini, makeup tebal-tebal, pakai heel bagai, memang menyesal abis. mungkin sebab kitorang 'rajinnnnn' mendaki bukit dari belakang, naik gereja St.Paul, lepas tu turun ikut A'Famosa ni. kaw tau tak kalau kaw ada besi dalam kaki, bila kaw jarang exercise naik turun tangga konon sayang lemak tak nak bagi mencair, kononn T__T jadi, bila kaw kadang-kadang naik turun tangga, kaw akan rasa besi tu macam bergesel antara satu sama lain. permulaan je la, lepas tu tak rasa dah. cehhhhhh. konon nak korang kesian. padahal merintih je lebih kalau berjalan tempat-tempat sejarah ni kann. cer dalam shopping complex. kohkohkoh.


kaw tawwwww, setiap kali masuk gereja St.Paul, aku memangggg suka amek gambar dekat dalam ni sebab dia punya ukiran batu memang klasik abissss. rasa macam bila amek gambar, gambar tu akan jadi wahhhh seninyaaaa. kaw paham tak? tak paham kaw memang kena cuba pegi amek gambar dekat sini baru kaw paham feel aku cakap tu. ;p beriaaa aku amek gambar kaw tahuk. T__T salah satu gambar kat dalam gereja ni adalah, 


kaw tengokkk, cantikkkk kan batu-batu dan ukiran dinding tu? santekkkk sangattt. rasa macam nak amek gambar dekat setiap batu besar yang ada dalam tu. dan aku pon dengan memandainyaa buat mazhab sendiri bila adik aku tanya, "

"kak, ni batu apa?"

kaw tau aku jawab ape? 

"kakak rasa ni pintu gereja ni dulu-dulu."

boleh? dan adik aku pon beria percaya. dengan mak mak aku sekali percaya. kahkahkahkah. ;) dari gereja ni nak ke A'famosa dekat bawah tu kannn kena turun tangga kann. lepas tu sebelah tangga yang kita lalu nak turun tu ada kubur orang belanda kann? dan tiba-tiba ayah aku cakap, 

" tadi yang batu besar dorang sandar dekat dinding tu nisan kubur-kubur belanda ni la. dorang cabut dari kubur asal dan letak dekat situ. papa baca dekat wall dalam gereja tu tadi. kakak nampak tak? "


gulpppppppppp. WTFishcakefishball betull. kaw tau tibe-tibe aku boleh terbayang macam-macam. kaw tauuuu kannnnn kubu dan gereja ni tahun bila lagiii. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiii serammmm kaw tau tak. tapi aku steadyyy. takkan aku sebagai seorang kakak akan tunjuk ketakutan aku depan adik-adik aku, tak machoooo la babe. kehkehkeh. 

lepas tu boleh kononnn nak berkongsi pengetahuan am dan keseraman yang dialami, aku dedikkkk share gambar ni dekat instagram dan kaw tau apa kawan aku bagitau? baca yang dalam kotak merah. T__________T


" and ade di antara batu2 tu dibuat menggunakan abu si mati selepas dibakar mayat mereka. batu tu yg batu kecik kat tepi lubang dalam." - Wan Taufiq Hafifi.

choiiiii choii choiiiiii. seram berlipat kali ganda. T_____T moral of the story, aku sangatttt menyesali siap gosok pegang pegang bagai. nauzubillah mintak jauh segala malapetaka. 

dalam kereta, tiba-tiba adik perempuan aku boleh cakap ape tau? 
" kak, cer kakak tengok gambar kakak yang tadi. nampak macam ada orang pakai baju putih berdiri dekat sebelah kakak dan pegang tangan kakak kan?"

hoiiiiiiiiiiiiiii rasa nak mawahhhh. jangan nak macam-macam bolehhhhh. T___T


siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D

#cerita ni akan melekat di bahagian paling atas untuk beberapa hari. cerita baru sila scroll ke bawah pehlissss. ;)

ade sape-sape berminat tak kalau aku cakap aku nak sponser wall makeover dekat rumah korang macam wall dekat rumah aku ni? ;)) please say yes i do kalau tak aku sentap! hewheww~ ;p yes, percuma! tak perlu bayar apa-apa. aku tanggung sepenuhnya. kaw just sediakan dinding untuk di makeover je. oraittt?? dinding korang tu akan di makeover sepenuhnya macam pink polkadot ni. kalau korang tak suka warna pink, korang boleh pilih warna lain. purple ke, baby blue ke, kelabu ke, janji cantik di mata korang, cantik la di mata aku. ok cun? 

dan saiz polkadot tu korang boleh pilih dari 3 saiz berbeza. ada kecik, sedang dan besor. yang aku punya ni sedang-sedang. aku tak kesah dan aku tak nak tau tu rumah sewa ke, rumah sendiri ke, rumah bakal mak mertua ke, rumah awek ke. yang aku tau, kalau kaw terpilih, aku make over terussss. ;) wallpainting polkadottt tu je tau aku sponser. kalau nak pakej siap sekali dengan cadar langsir bagai aku pokkkk karang. (x___x) wallpainting polkadot ni berkos RM299. tapi momantaiiii, aku suka tengok rumah orang cantikkk cantikkk ni. boleh aku salan-salan rumah korangg. kan? kuikuikui. 

buat masa sekarang dengan kewangan aku yang xberapa nak stabil, aku mencari 6 orang peserta bertuah. hadiah utama adalah wall korang akan dimakeover kan sepenuhnya oleh wall makeover by na. dan lagi 5 orang bertuah tu aku akan poskan korang hadiah tak sure lagi ape sebab belum beli tapi yang pasti, oleh disebabkan aku minat gileee dengan deko deko rumah ni, semestinya aku akan bagi korang hadiah yang berkaitan dengan deko-deko jugak. okeh? aku rasa kak na wall makeover ni jenis pemurah lagi penyanyang sebab tu rezeki dia murah sentiasa. mana tau kot-kot dia nak sponser jugak dua tiga orang lagi dapat hadiah utama kan. aku tumpang syukur alhamdulillah. kak na, amacam? *sambil kenyit-kenyit mata. ;p

syarat dia senanggggg sangattt.

1. buat satu entry dekat blog korang bertajuk siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D dan letakkan sekali gambar ni

dan link kan terus ke blog aku www.nadiafarahida.com

2. dan sambung je ayat aku ni, 
' saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by na keranaaaaaaaaaaaa
..............................................................................................'

tak kesah panjang mane, pat ari pat malam pon xpe. :) aku akan pilih cerita yang paling ohsemmmmm di jiwa aku. boleh? hewwheww. 

3. like page wall makeover by na di facebook dan tinggalkan link entry korang tu dekat page facebook dorang sekali.


4. tinggalkan nama, link entry korang tu, dan facebook korang dekat comment ni.

ituuuueewwww jeee. :)) senang kan? tarikh tutup lagi tiga minggu, 24.11.2012. cepatttt. nanti aku bodek kak naa suruh tambah lagi hadiah utama. korang mesti suka punyaaaa. kalau nak aku sponser segala benda, segala bulu aku gadai. dengan laki aku punya sekali pon ye. kohkohkohhh. (x_________X)  sekian, cepat buat entry. aku tak sabar nak baca. nanti boleh geng dinding polkadot yayyyyyyyy! :D


#Update! 5.11.12.

yeeyyyyyy! kak na bermurah hati nak sponser 5 stensil polkadot yang berharga RM350 setiap satu secara percuma yang mana korang boleh buat sendiri dekat rumah atau dinding mana mana yang korang suka. stensil ni la yang akan membuatkan dinding korang menjadi polkadot selepas di cat. dengan 1 stensil yang dibekalkan, semakin rajin anda mengecat dinding menggunakan stensil polkadot ni, semakin banyak la corak polkadot yang terhasil dekat rumah koranggg. :)) *amboiii berhipotesis bagai. ;p so total hadiah adalah seperti berikut:

Hadiah Utama: 
dinding korang akan dimakeover kan sepenuhnya oleh wall makeover by na secara percuma bernilai RM299. 

5 hadiah tambahan dari nadiafarahida: 
5 perhiasan/peralatan rumah

5 hadiah sponser dari wall makeover by na: 
5 stensil polkadot bernilai RM350 setiap satu. 

Yeyyyyyy! :D 

dan yang terbaru, 'saya xde blog tapi saya nak join jugak, boleh?' momantaiiiiiiiiiiiiii. boleh je. :) cara-cara dia senang sangattt. 

1. like page http://www.facebook.com/paintingurmindattraction dan page http://www.facebook.com/pages/Nadia/163746056983264?ref=hl
di facebook. 

2. tepekkan gambar ni dekat facebook korang. 

dan sambungkan ayat berikut,

' saya harap www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk di makeoverkan secara percuma oleh wall makeover by na keranaaaaaaaaaaaa
..............................................................................................'



tak kesah panjang mane, pat ari pat malam pon xpe. :) aku akan pilih cerita yang paling ohsemmmmm di jiwa aku. boleh? hewwheww. 

3. tinggalkan nama, email, dan link facebook korang dekat comment ni. nanti senang aku nak add korang and baca satu-satu. oraittttttt? :)


sekian, baiiiii.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...