October 13, 2012

buah zuriat punya cerita

entri ni lebih kepada keperluan kerumahtanggaan. kalau rasa seksa jiwa raga, aku pesan awal-awal, jangan baca. ;p

6 bulan yang lalu. *tarikh macam dalam kotak merah dekat gambar*


yes, enam bulan lepas adalah kali pertama dan kali terakhir dalam hidup aku minum air buah zuriat. ada orang panggil buah adam hawa. mungkin aku lebih suka panggil air buah adam hawa sebab trending sekarang cerita adam hawa tengah fofuler. hewwheww. berbalik pada cerita buah ni, aku dapat buah ni pon sebab ayah kepada kakak ipar aku bagi. thank you abah. setahu aku, buah ni dekat mekah je ada. jadi alang-alang ayah kakak ipar aku gi mekah, aku kirim sekali. dia bagi aku 3 pasang. 23 April 2012 aku rebus sepasang buah ni dan minum bersama-sama syafiq. amagaddddd, tekak aku tak boleh terimaaaaa T___T. minum segelas je padahal tapi dia punya rasa boleh teringat-ingat sampai hari ni. dalam hati terus macam, errrr minum air sepasang ni dah la. lagi dua pasang simpan tahun-tahun depan. aku tak pasti air buah ni boleh minum time kita tengah period atau tak tapi yang pasti, aku minum air ni time aku tengah period dengan harapan abis je period ni terus boleh on your markkkk, get setttt, goooooooooo! (x__________x) kehkehkeh. 

yes, memang on your markkk gett settt gooo sunggohhhh! 6 bulan tanpa cuti walau sehari. *laki aku paling seronok siap hari-hari boleh menari ;p* sampai ke hari ni aku tak period-period lagi. 6 bulan babe 6 bulan. first time seumur hidup aku period terjejas. biasa lancar je. pelik kan? korang pernah jadi macam ni ke? cer share. dah berbelas klinik aku pegi, yang pasti jawapannya adalah -ve. jangan risau, aku kuattttt. :)) aku percaya rezeki Allah luas dan semua yang terjadi mesti ada hikmah dia. mak aii, entry ni bukan nak cerita pasal period aku sebenarnya  *sorryyyyy dah tersasar* tapi sejak dua menjak ni aku terfikir, ke antibodi aku tak serasi dengan air ni sebab semua ni berlaku lepas aku minum air adam hawa hari tu. mungkinnnn la kottt kan sebab lepas je minum, terus stop period. aku tak salahkan buah tu. langsung tak. saje tibe-tibe terfikir kelojikan. jadi aku pon memandai buat mazhab sendiri. kehkehkeh. "mungkin period aku tersekat sebab minum air adam hawa. jadi kalau nak dia clear balik, kena minum balik." boleh? HAHA. aku tak tau teori mane aku pakai. tapi aku rasa aku nak cuba. jadi malam ni gigihla aku laki bini rebus lagi sepasang buah ni sebab kejap lagi sebelum tido nak minum.*eeeuuuuuuuuwwwww*

ni rupa buah zuriat yang belum di pecahkan kulit dia. kulit dia kita tak nak. kita nak isi dia je.

ni anggaran saiz buah zuriat kalau dibandingkan dengan sebiji telur. lebih kurang saiz telur la. bila dah pecahkan kulit dia, isi dalam dia cinonett je. isi ni la yang kita rebus untuk minum. rebus secara berpasangan, mesti dua biji sekali rebus. 

punya suami, keluarga dan kawan yang sangat memahami cukup buat aku terharu. tak perlu tanya bila dan kenapa sebab kita kena percaya ketentuan Allah. anak kan rezeki Allah. kalau dia belum bagi, mesti Dia tau kenapa kannn. Dia tau mana yang baik untuk aku dan dia tau mana terbaik untuk kaw. jangan sesekali persoalkan. ok dah tersasul, berbalik pada kawan yang sangat memahami tadi. ;p dia balik dari umrah tibe-tibe dia mesej aku, 
"ya, saya doa untuk awak depan kaabah." 
ya allahhhh, sumpah saya terharu. saya tak tau ponnn awak pegi umrah. maafkan sayaaaa T__T saya tau awak baca blog saya. terima kasih diyana. doa awak sangat2 saya hargai. dan sekarang, saya ada 5 pasang lagi buah zuriat. 1 pasang balance ayah kakak ipar saya beli, 4 pasang yang awak bagi. saya tak tau bila saya akan minum sebab rasa dia eeeuuuuuuwww sangattttt. saya simpan untuk awak okeh babe? hiwwwhiwwhiww. ;))

dear diyana, i love you. :)


October 11, 2012

dua perkara mengecewakan

dua perkara mengecewakan untuk hari ni. hari ni jeeee. ;p

pertama, 

yes. pertama kali nama aku tersenarai. selama ni aku memang tak pernah join mane-mane contest ke, giveaway ke, lucky draw ke, ape ke sebab rasanya aku ni xberapa nak ada ong bab main teka-teka. tapi pernah sekali tertry ntah macam mana contest sms dekat asia media tv ni. saje je time tu. lagipon bukan susah pon kan, sms je. lepas dah join, aku biar je la. tup tup hari ni aku saje google balik, tup tup terjumpa list winner ni dan nama aku tersenarai sekali. frusttttt gile sebab kecuaian sendiri sehingga terlepas pandang. kena email dorang sebelum 17 august 2012 tapi hari ni baru hegeh-hegeh dapat tau. kehkehkeh. melepasss. tapi xpe, bukan rezeki aku. :')

sefrust-frust tadi, frust lagi yang niiii.
pon kecuaian sendiri jugak. T________T sepatutnya pukul 11 pagi dah kena standby depan pc sebab dorang keluarkan baju ni pukul 11. sekali pukul 11.45 baru tersedar. cepat-cepat bukak thepoplook dan jawapan dia memang dah dapat agak, out of stock. alaaaaaaaaaaaaaa, suka sangattt baju ni. kalau korang dah beli, tiba-tiba tertaknak, email aku tau! pehlissss~ *harapannnnn* 


October 06, 2012

tutorial reply comment berantai

Bagi aku, kalau ada blog, bab nak reply comment adalah part paling cerewet sebab nak kena taip nama satu-satu balik. Tak boleh nak terus reply satu-satu dekat comment tu terus. Kan? Tapi sekarang masalah dah selesai. Yayyyyy! Meh kita share. Ni namanya tutorial reply comment berantai. contohnya macam ni, 

haaa, nampak tak. bila setiap kali orang tinggal komen, kita boleh terus reply komen dekat bawah komen dia. tak kesah blogspot ke, website ke, semua boleh. So, kalau korang agak-agak berminat nak menyenangkan keje mereply comment one by one supaya nampak lebih menghargai setiap komen yang diberi, meh try buat. aku pon baru je tau. kehkehkeh. ;p

First sekali, klik Settings.

Lepas tu , korang tekan Other dan pastikan dalam keadaan FULL :


Kemudian, klik Posts and Comments. Ambil Embedded. Then terus tekan Save Setting. Siapppp! Senang kan? 

Ok sekarang, cer try dekat comment blog masing-masing. jadi tak jadi tak? jadi kannnnnnnnn? wiiiiiii~


..............................................................................................
cerita lain. takde kaitan dengan tutorial. -___-

tercabar keperempuanan dan keisterian seorang isteri kalau suami mula berkecimpung bidang tanam tanaman ni nak nak pulak tanam bunga. asal balik keje cerita pasal bunga, asal balik keje cerita pasal bunga. tak leh jadi ni. kaw tau aku buat ape? kihkihkih. diam diammmm aku gi beli bunga jugak. 


 

dia satu, aku tigaaaa. tak nak kalah kan. (x___X) tapi pokok aku memang spesis tak berbunga. daun semata-mata. senang sikit jaga. kahkahkah. mungkin aku akan cucuk dua tiga kuntum bunga plastik esok supaya nampak lebih bersewiii. hihihiii. aku syak sekarang musim menanam kot. macam musim mengawan. mengawan pon ada musim tau. seriussssssssssssss. T__T kaw dah datang musim belum? aku musim sehari sekali wajib. kohkohkohkrohhh (-_____-)

eksyennnnnn gile, beli pokok pon nak menunjuk. aku tak paham. aku syak lumrah manusia babe. kerja tak menunjuk tak sah. hewheww. kaw tau pokok tantek titeewww ni harga berapa? 

RM1.90 jeewwwwww. kehkehkehkehhhh. :D

October 05, 2012

laki aku berbunga

fine. kalau orang lain kelam kabut sibuk jaga anak, laki aku sibuk jaga bunga. jaga bunga je padahal, gayaaaaaa~ hoi, stressss! HAHA. mane tak stress, jaga bunga sebab duit. kikiii ;p baguskan bos dia, siap ada peruntukan untuk main bunga-bunga bagai. mungkin sebab bos dia tau dorang keje under pressure. dah pressure keje non stop, tengok bunga, sejukkkkk sekejap. kan? punya la bagus bos, siap bawak semua staff pegi nursery. pilih bunga satu sorang, company bayar. janji, letak atas meja setiap orang and jaga elok-elok. bunga sape paling tahan lama hidup, paling cantik, dapat ganjaran. kaw nak tolak? tak kottt kan. :)) mane tau kerana bunga sepohon kot-kot dapat bonus dua bulan gaji, hoiiii aku paling seronott. (x____X) kehkehkeh ;D swasta bebb. tak de bende mustahil. bonus setiap tahun takde sape boleh agak, tu antara sebab utama aku suka keje swasta. 

ok, berbalik pada bunga tadi. kaw tengok, 


canggih kan laki aku? siap email~ hihihi. :) hukalohh, kitorang guna hp cap ayam jeeeer. xleh nak mms, xleh nak line whatsupp bagai. email je mampuuu. ;p ok, ni hari pertama dia beli bunga. aku tak tau bunga ni name ape sebab aku memang tak minat bab-bab bunga. asal aku tanam bunga mesti mati. mak aku cakap aku jenis tangan panas. padahal dia jeles le tuewwwww kalau rumah i lagi banyak bunga dari rumah dia, fineeeeee. ;p tapi kes syafiq, oleh disebabkan kalau bunga dia cantik dia dapat reward, aku tumpang pantau dari jauh. sokongan moral tu penting babeee. mane tau dia menang, share aku konpem 50%. ;p awak baca blog saya kan sayang? HAHAHA. 

dua hari kemudian. #hari ni punya cerita.


hohhh sudahhhhh. dia mesej sedih-sedih cakap pokok dia dah nak mati. aiii tak kan dua hari dah nak mati. tapi logik kottt sebab dalam aircond sepanjang masa, xde cahaya matahari. aku pon tumpanggg simpati. cepat-cepat suruh dia email gambar. aku pon sedapkan hati dia, hekelehhhh. bunga je layu, daun mekar lagi. nanti try cucuk panadol dalam tanah, rasanya nanti bunga tu akan segar balik. kihkihkih. aku tak tau mazhab mane aku guna tapi laki aku hampir-hampir percaya. kahkahkah. 

serius nak tanya, to those yang pakar bunga, kalau bunga layu macam ni, pokok takde pape effect kan? still hidup segar, bunga je layu sebab bunga dah melepasi proses mekar dia, kan? ke tunggu masa je? mintak-mintak tak. macam mana nak jaga suh segarrr je memanjang? tolonggggggggg. T___T


#ni baru jaga bunga sepohon, gaya stress macam exam tak jawab abis. jaga anak esok-esok, aku syak laki aku akan email, 'kita ada berapa orang anak? saya terlupa sebab pening keje banyak sangat.' hewwheww.

October 04, 2012

harga cermin besar sebesar dinding

same macam baju, cermin dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. dah jadi satu tabiat asal nampak cermin nak tengok, asal nampak cermin nak baiki tudung, asal nampak cermin nak sengehhhh nampak gigi sebab takut ada lada lekat dekat celah-celah gigi. perempuan babe. kaw kena paham. hewwheww 

oleh disebabkan aku jenis pantangg jumpa cermin, aku decide nak lekatkan cermin besar dekat dalam rumah. besar sebesar dinding. lagi besar lagi bagus (x__x) bukan takat boleh belek jerawat je, senang boleh tengok atas sampai bawah. lagipon cermin besar boleh membantu buat rumah kita nampak lebih luas walaupon padahal hakikat sebenar kecikkkk cenonett je. kuikui :) 

sebelum aku decide company mane yang akan pasang cermin tu, mesti la aku survey-survey dulu kan. mula-mula ingat nak beli cermin siap dekat ikea, tapi xde saiz sebesar dinding yang aku nak. kena sambung 4 cermin besar. tapi, konpem akan nampak jurang sebab cermin ikea macam ade border. cermin tu akan nampak sangat terpisah. so tak jadi. xpe, nexttt kita pergi nilai. dekat nilai kan ada banyak kedai-kedai cermin bagai. banyakkk. tapi tetap ada border macam border kayu. lagipon tak muat nak masuk kereta kalau beli. kena sewa lori. satu hal pulakk kann. tak jadiii lagi. tiba-tiba aku teringat adam. dia pernah pasang sliding door dekat dapur rumah aku. aku try call tanya dia ada buat cermin makeup besarrrr tak. dia cakap ada. esok dia datang ukur dinding and bagi quote harga. yayyyyy!
sebelum
aku nak cermin sebesarrr dinding ni sebab senang nak main sehati berdansa dengan syafiq. tak pon pasang lagu, kita senam aerobik. nak joget gangnam style pon boleh. :D


selepas

seee. memang cermin sesaje dekat 1 dinding tadi. penuhh. kalau korang perasan, cermin ni dipotong tiga. memang terpaksa potong sebabnya, mana muat besar gedabak ni nak masuk liftttt. pfftttt~ jadi terpaksa la dipotong kepada tiga keping. tapi tak nampak jurang sangat kan sebab dia xpakai border pape. memang cermin sesaje. aku dah lupa berapa kaki dinding ni sebab saiz and harga cermin ni berdasarkan berapa kaki dinding kita nak buat.


haaaa, macam ni. ada tiga keping. sekejap je dorang buat kerja. adam datang ukur, tiga hari lepas tu dia terus datang pasang. siapppp. santekkk! (x__X)

kalau korang berminat atau tengah planning nak pasang cermin gedabak ni jugak, korang boleh terus contact adam ye. harga cermin berdasarkan saiz yang kita nak. call dia suruh dia datang ukur. tak kesah area mane rasanya adam ni. kl selangor semua dia on. meh aku bagi details dia. 


adam, 012-3279932
 
kalau yang aku punya, total semua siap RM2100. dia kira 1 keping cermin tu lebih kurang RM700. kalau korang nak buat, korang kawtim dengan adam tau. cakap tahu dari nadia sri intan, nanti dia bagi diskaun. kan adam? hihi. ;)) btw, adam is chinese, very nice guy. jangan kaw tiba-tiba call bagi salam sebab nama dia adam macam orang melayu kita. hihi :)


October 03, 2012

thepoplook, osemmmmm!

asal pukul 11 malam keatas, feel nak update blog akan datang mencucah-curah. aku pon tak tau kenapa mesti tengah malam. kenapa bukan pagi-pagi. cerita malam ni mungkin lebih kepada mengadap muka aku. tolong jangan muntah hijau. tsskkk. T____T


perempuan dan thepoplook tak dapat dipisahkan. sekali kaw dah terjerebak, kaw akan terusssss terjebak dengan membuak-buak. seriusss tak tipu. dulu masa aku mula-mula beli baju dekat thepoplook ni, mula-mula macam xpe kottt. kita try beli satu je dulu. lepas tu lain kali beli la lagi kan. agak-agak dalam sebulan kemudian keee. tapi ya hampunnnnn, susah wa cakap lu susah. beli sekali, pasti nak lagi. siap standby depan pc setiap kali dia launch design baru. dorang pulak jenis dua kali seminggu nak update baju baru sesaje. stressssss la aku. T___T hari ni beli, esok sampai. lusa beli lagi, tulat sampai. hoiiii choiii betul. tak de maknanya nak beli selai sebulan sekali. macam kena rasuk pon ye. sekarang dah insap sikitt. napsu membeli baju dah kurang, napsu membeli mende lain lagi meninggi. T___T

antara beberapa baju thepoplook yang aku ada,

penny chiffon maxi dress warna coffee kalau tak silap aku. 

ni penny chiffon maxi dress warna biru kehijau-hijauan. nama betul dia aku dah lupa.

ni penny chiffon maxi dress in yellow color kott kalau tak silap.

ada lagi dua plain penny macam ni tak sempat pakai. T__T nak pakai maxi dress bagai ni kena ada mood. tapi lagi stress bila pakai maxi dress macam ni berjaya buat aku nampak gemuk walaupon hakikatnya memang aku gemuk tapi ada aku kesah? (x___X) 

the dancing housewife part 1- instagram ;p

yang ni penny bunga-bunga limited edition. keluar dua jam je habisssss. nasib baik sempat. aku sempat rembat warna ni and warna hitam. lagi satu warna tak sempat. yang warna hitam lupa amek gambar. 

 Homer Henley maxi in yellow color

Homer Henley maxi in red color

dua-dua baju ni lengan pendek. jadi memang kena pakai dengan cardigan. besttttt gile kain dia. lembutttt sangat. dia ada tiga warna sebenarnya macam kat bawah ni. tapi aku tak beli yang warna biru. tak tau kenapa, memang tak nak. 

abaikan dua awek cantik manis ni. ;p fokus pada baju si duck face. ;p dalam banyak-banyak baju thepoplook, aku paling suka maxi dress ni sebab dia warna warni. senang nak mix and match. dia jenis takde lengan. aku dah lupa nama dia apa sebab dia keluar pon sekejap sangat. sekarang dah takde. dia full dress tapi kadang-kadang boleh buat kain sesaje macam ni, 

seeee. jimatkan. kihkihkih :D

yang ni daria maxi dress in burnt orange. ya, tu baby instant. ;))


Heartthrob maxi dress in blue

daria and heartthrob ni pon dua dua aku suka. suka sangat. kain dia lembut gile and yang penting, dia dah siap lengan panjang. tak perlu pakai cardigan. 

bagi aku, so far maxi maxi dress thepoplook yang paling best and ngam dengan aku. aku ada beli jugak beberapa dress online lain tapi tak tau kenapa rasa tak selesa bila pakai. mungkin faktor usia. kahkahkah. alasan. aku bab-bab pakaian, aku tak cerewet sangat sebenarnya. aku main pakai jeee. tapi yang paling penting, baju thepoplook ni buat laki aku keje 24jam nak menyondolsesajemacamtakdekejelain T__T. aku tak paham. tapi aku suka. HAHAHA. bai. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...