September 21, 2012

mari main masak-masak

yeaahhhhh, mood main masak-masak is onnn! ni kejadian semalam. hari ni semua bekas dah licin. T____T menu main masak-masak kita hari ni adalah dadih coklat. senangggg sangat. malas dengan rajin je. (x__x) semua main tuang tuang siap. meh kita buat sama-sama ye. ;D 

bahan-bahan yang diperlukan: serbuk dadih, susu cair, dan gula. yang aku punya serbuk dadih ni nama jelea perisa coklat. ada banyak perisa. korang pilih je perisa apa korang suka. :))




1. tuang 3000ml air dan 1 tin susu cair ke dalam periuk. api sederhana. kacau.
2. masukkan 5 sudu besar gula. kacau sehingga mendidih tutup api. sebab kalau tak, dadih akan ketul-ketul.
3. tuangkan kesemua serbuk dadih ke dalam periuk yang sama. kacau sehingga serbuk-serbuk dadih tadi hancur.
4. tuang ke dalam bekas kecik-kecik. nanti senang nak ngapppppp terus. :)
5. masukkan ke dalam peti ais untuk sejukkan. siapppppppppppppp! :)

lepas dua jam dah boleh makan. tunggu dia betul-betul keras macam dadih.

sekian, terima la rupa dadih coklat yang tak semegah mana dari aku. selamat main masak-masak jugak. bai. :D



September 13, 2012

kitchen kabinet dan kos pengubahsuaian dapur

dalam banyak-banyak part sebuah rumah, aku paling menitikberatkan dapur sebab mood nak masak bermula dari dapur. *ceittt poorahhhh, alasan! ;p malas cakap je la kannn. dan dalam banyak-banyak part, dapur yang paling banyak makan duit. dia makan telan lumsum sekali gus. T__T entry ni pasal dapur. semua pasal dapur. jemu jangan baca. tak berminat saya tak paksa. :) dan entry ni khas kepada beberapa orang akak yang email aku dan untuk sape-sape je la yang tengah planning nak buat kitchen kabinet.

masa awal-awal beli rumah hari tu, bentuk asal kitchen kabinet rumah aku adalah macam ni. 


ohh sorry. ni gambar time tukang rumah dah start buat keje renovation awal-awal dulu. sebenarnya kabinet kayu ni penuh satu dapur. atas dan bawah. dalam gambar ni tinggal yang atas je sebab yang bawak tukang dah cabut. aku sempat snap time ni je. aku tak berapa minat kayu kayan macam mak aku. ;p tak kisah la kayu cengal ke, jati ke, ape ke. tak minattttt. 

ni gambar selepas renovation rumah siap semua. tang dapur, kita stop dulu hias cantik-cantik sebab time ni duit keluar kalah air paip. T____T berdarah hidunggg.








normal. nak murah tapi berkualiti dan cantik. nak buat kitchen kabinet ni aku stadi google 3 hari 3 malam. search berapa anggaran kos, pengalaman-pengalaman orang sepanjang nak buat kitchen kabinet, kedai mana paling ok, sebab aku tak nak plann lain, jadi lain. berdasarkan harga semasa yang aku survey dekat pameran mana-mana, dapur aku memerlukan anggaran kasar lebih kurang RM15,000 siap semua. tapi satu hari, aku dah lupa aku baca dekat blog mana, dia rekemenkan amek dengan jeff. jeff ni dari Intech Kitchen. fine, kita try call tanya harga. call call, dia cakap dia nak datang ukur dulu. ok baiklah. sila. dalam kepala aku dah running, berapa la agak-agakkk. seram jugak babe main dengan duit ni. on the spot malam tu dia datang. very nice person. dia bagi contoh-contoh catalog design, dia terus masuk dapur nak ukur. tak sampai 10 minit, serius tak sampai. dia datang dekat aku and syafiq and tunjuk ni.



perghhhh. tak sampai 10 minit siap boleh lukis secantik ni. heiiibattt. first impression aku time tu, ok good. dia sangat detailing. dia terang satu satu. pintu kabinet akan ada berapa, jenis pintu apa, guna material ape, pintu kabinet kalau tutup buka bunyi gedegung degegang ke tutup sendiri slow-slow, dan semua la. dia sangattttttt detail. no hidden fee.

sepanjang aku survey pasal kitchen kabinet, material yang biasa orang guna untuk buat kitchen kabinet adalah melamine dan 3D glass door. melamine dan 3D glass door dua dua nampak cantik. beza dia dari segi kepadatan kayu and risiko kalau kena air, mana lagi cepat kembang. 3D kena air tak kembang. menipu la 10 tahun guna tak kembang langsung kan. tapi xsecepat melamine. tapi dengan jeff, dia bagi dua quotation harga je. 3D glass door dan 4D glass door. perghhhhhh lagi. ;p dia siap ada 4D. dia cakap dia company first yang buat 4D. aku tanya la melamine tak de ke? sebab time ni aku dah berdebar. kepala aku running harga. dia cakap dia boleh buat. tapi harga untuk material melamine dengan 3D glass door dia kira sama je. dari amek melamine, better amek 3D glass door. lagi berkualiti. harga sama. sampai bab paling berdebar. harga.



aku sangat suka tengok dia buat keje. semua smart. semua tersusun. dia explain sangatttt clear. dia senaraikan dua dua beza harga 3D glass door and 4D glass door. apa beza harga antara 3D dengan 4D, dan harga tu total keseluruhan selepas campur softclosing yang tak nak bila buka tutup pintu, dia bunyi gedegung gedegang, termasuk bottle basket and semua macam dekat senarai diatas. :)


Total 3D Glass Door: RM9000
Total 4D Glass Door: RM9800

oh lupa nak cakap, dekat dapur aku ada bahagian untuk rak kasut jugak. jadi total ni pon termasuk dengan harga rak kasut. first impression selepas tengok harga, murahhhhhhhhhh. sebab, aku dah survey banyakkkk tempat. majoriti paling murah RM14,000 lebih. kalau ikea? mau lagi parah. padahal dorang guna material melamine je. serius. ni jeff bagitau. aku tanya jeff, kalau saya bagi you ngam-ngam RM10,000, boleh you tambah lagi satu bar kaunter. kaw tau apa dia jawab? tak pe, i kasi you free bar kaunter. perghhhh perghhh perghhh kuasa dua.


4D Glass Door + Shoe Rack + Bar Kaunter: RM9800

aku terus ok, deal. bagi deposite RM2000. selebihnya dia cakap, siap semua puas hati baru bayar. dalam masa 15 hari boleh siap. tak sampai 13 hari dia call cakap pekerja dia nak datang pasang. berbunga rianggggg la mak cikkk! :D ohhh, boleh baca sini, entry rumah macam kapal pecah time pekerja dia datang pasang. ohh lupa, dapur dengan hood aku beli sendiri. dapur dengan hood aku beli brand FAGOR. total dua dua RM1719. jadi total keseluruhan untuk siap complete dapur adalah:



4D Glass Door + Shoe Rack + Bar Kaunter: RM9800 
Dapur + Hood: RM1719
TOTAL: RM 11,519


dan ni hasilnya! :))

yang paling kiri tu adalah shoe rack. dua pintu, atas dah bawah. sebelah dia peti ais.






bar kaunter yang dapat free, yeyyyyyyy. :D kerusi beli sendiri. dua ketul RM380 kalau tak silap, dekat HOME. sekiannnnn, abis cerita tadi A sampai Z pasal dapur saya. ;p jangan segan silu contact jeff kalau planning nak buat kitchen kabinet jugak ye. ni contact details dia. 

name: jeff
hp number: 0126252528



September 11, 2012

kisah benar kikikiiii ;D

suami saya bukan seorang yang jiwang karat bagai. suami saya bukan jenis layan syahdu liok lentok. suami saya bukan seorang mat mat bunga tiap kali birthday ke ape ke nak bagi bunga, tak. tapi, dia jenis kaw mintak la ape pon, dia akan bagi kalau dia ada. dan dia bukan jenis selalu layan feeling romantik bagai. ;p tapiiiiiiiiii, sekali dia datang angin kus kus bunga bunga cinta, aku pulak naik meremang bulu roma seram sejuk. ;p rasa macam nak frame kan je ayat-ayat cinta dia. T___T kaw tau, time ni aku ada kat rumah je padahal. tak gi mana mana pon. dia kat office. pukul 9 pagi masuk office. pukul 9.53pagi hantar mesej macam setahun tak jumpa. padahal baru 53 minit sampai office. kahkahkah. (x__x) gaya macam sorang malaysia, sorang indonesia. dedikkkkk kan diaaa. ;p




biasa kalau mesej, aku yang taip lagi panjang dari dia. tapi semalam, aku macam blurrrr. blur sebab tiba-tiba dia datang angau. (x__x) tapi xpe, shayer syukerrrrrrrrrrrrr! *pang nak? ;p

saya bersyukur. walau belum punya anak, saya punya seorang suami yang cukup penyayang, cukup heiiibatttt di mata saya tak de sape dapat tanding. dia paling tak kesah kaw nak cakap ape, dia paling banyak bebel sebenarnya kalah mak nenek, tapiii, dia very the limited edition. ;p 


kaw pernah terbayang kaw akan kawen dengan mamat yang kaw pernah benci sebab mulut suka mencarut, yang beringus ntah pape kecik-kecik dulu, main setiap petang dekat padang sama-sama, tiba-tiba boleh jatuh hati siap main pass pass surat pecah kaca pecah gelas lepas baca harap balas. orang cakap cinta monnyet, cinta budak-budak. lantakkk. gatal sangat kan. dan paling xleh blah, menggigil satu badan bila terpegang tangan dan dua malam tdo tak lena sebab angau dan kaw tau umur aku time tu berapa? darjah lima. syafiq? form one. kahkahkahkahkah. T___T gile meroyan kalau ingat balik. rasa nak panggggg je si syafiq kalau ingat balik. maluuuuuuuuuuuuuuuu shialllll. *puiiiiiiiiii! ;p


* entry ni dah dua tiga malam dalam draft. nak publish dengan tak nak publish sama banyak sebab segan tapi sebab nak pedajall syafiq punya pasal, saya publish jugak. yaayyyyyyyyy! ;D maluuuuuuu la tewwwwww sebab saya print screen mesej jiwang awak. kikikiiiiiii. ;)))
 

September 04, 2012

cerita open house raya 2012 :)

to be honest, sepanjang aku hidup, aku tak pernah masakkan makanan untuk jamu lebih dari 20 orang makan. untuk 15 orang makan pon jaranggggg sangat. lagipon, start dari form 1 sampai la abis u aku duk asrama. memang tak nampak bayang dapur langsung. tapi aku bernasib baik time belajar dekat u dulu, aku amek course hotel management. sikit sebanyak memang 3 sem jugak la kena masuk kitchen. tapi kalau masak dekat kitchen hotel pon, dorang lebih kepada western food. jadi, semua benda pasal masak memasak aku belajar selepas kawen. ye selepas kawen. nak tak nak, dia akan jadi secara automatik. dia akan jadi, oooo macam ni rupanya nak masak ayam masak merah, oooo macam ni rupanya daging masak kicap, dan segala ooooo lagi la. ;p *hoiii panjangnya pembuka cerita. T____T padahal nak cerita pasal open house hari tu. huhu.
berbalik pada open house sabtu lepas, phewwww. penat dia baru hilang hari ni. penat babeeee. penat sebab aku tak biasa masak untuk ramai orang makan. menu open house aku sabtu baru-baru ni: 

nasi dagang, mee kari, nasi impit kuah kacang, spaghetti bolognese, gula-gula, cocktail buah campur, air anggur, kuih raya, dan tiga jenis kuih melayu yang aku sentiasa order dengan sorang kakak kelate setiap kali ada jamuan makan-makan. sedap gile dan murah gile. meh layan gambar. ;p

sebelum kejadian. rumah macam pasar borong. dua hari tak tdo lena sebab berdebar nak masak banyak-banyak. first time babeeee. aku masak anggaran setiap makanan untuk 50 orang makan. 50 orang makan mee kari, 50 orang makan nasi dagang, dan seterusnyaaa.



sepanjang proses berperang di dapur. 

ni time aku tengah prepare acar nasi dagang. siap bersila bagai sebab dekat dapur ada 4 orang raksasa sedang berperang dengan keje masing-masing. ;p

ni raksasa kedua. ;p nasib baik dia ada. dia terer gile bab anggaran banyak mana kena letak bahan a, banyak mana kena letak bahan b dan seterusnya. yang pasti, kalau dia tak de, aku lagi terkangkang.

ni raksasa ketiga. bukan yang tengah kalut tu. yang orang lidi tu. orang ketiga ni girlfriend abang fifi. dia tulang belakang abang fifi. kalau dia xde pulak, si fifi pulak yang terkangkang. ;p bukan setakat aku je. HAHAH

dan ni raksasa terakhir kita. raksasa kesayangan saya. ko tengok, orang lain xsempat nak posing senyum-senyum bagai. dia? steadyyyyyyy. siap suruh aku amek gambar dia. HAHAHA. ye sayang ye. kita tunjuk dekat semua orang awak buat keje. ;p tapi memang dia buat keje pon. rajinnnn gila. first time jugak jadi rajin gila. selama ni tak pernah pernah pon. HAHAHA. tapi choiii betul! time nak masak banyak-banyak ni la dapur aku nak buat hal. boleh guna satu je. lagi dua tak hidup. choiii choii choii. selama ni elok-elok je. nasib baik ada dapur spare penyelamat. phewwwww

start masak pukul 4 pagi. siap settle semua tepat-tepat pukul 1 tengahhari. ngam-ngam timing aku jemput tetamu start datang pukul satu.

mee kari dan condiment-condimentnya. :)


nasi dagang gulai ikan, spaghetti bolognese, nasi impit kuah kacang.

3 jenis kuih melayu yang aku cakap tadi. sedapppp.. sape nak contact number kakak tu bagitau ye.

part kegemaran kanak-kanak :D

air anggur dan cocktail buah campur.

settle bahagian makanan. sekarang part tetamu. ni je antara tetamu yang aku sempat amek gambar. ni sebahagian kecil sangattt. yang lain subhanallah. nak berborak mesra pon tak sempat sebab tiba-tiba pukul 4 lauk nasi dagang dah abis. spoillllllll betul. kena start masak balik. T____T

ni backbone kedua aku, nini. dia cover siang hari. mana nak topup lauk, mana nak buat air, mana nak sentiasa panaskan lauk. kalau dia xde? aku dengan syafiq konpem terkangkang kuasa dua. x_____x thank you niniiiiiii. dia yang paling awal datang dan dia jugak yang paling lewat balik. terharuuu. untunggg wan dapat nini. EH? tiba-tiba ;p

alynn, antara blogger yang datang. first time jumpa. ;) nasib baik alynn xsesat. huhu.

kak izzati and abg shakir. :)

kawan-kawan teknik syafiq, oren and anum.

kak fiza and family. ni cilok dekat instag kak fiza. time ni aku dah serabai tahap mak mak orang. (x__x)
 
nini and mader the sengalness. ;p


tetamu-tetamu lain langsung tak sempat nak amek gambar. mintak maaf mintak ampun. thank you soooooooo much pada semua yang sudi datang. pada yang terlepas pandang tak sempat jemput, mintak maaf jugak. planning ni pon last minit. nama main petik je. tapi kalau free bila-bila jemput la datang rumah. kami berdua sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. :) sekian entry open house raya 2012. terima kasih daun keladi, lain kali datang la lagi. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...