August 08, 2012

tutorial shawl limited T__T



ye hari-hari aku bukak instagram. sehari 3 kali tu wajib. *amboi, wajib sesaje ntah mazhabb mana! yang betul-betul wajib kaw malas pulak nak buat kann.T__T tiba-tiba satu hari tertengok gambar ni dekat instag kak eja. hukalohhhh, mak sentap! konon nak cantik ikut trend belit-belit bagai, sekali hahhh amek kawwww! nak berbelit sangattt. kahkahkahkah. :'D belit lagi belittttt. terus tak nak kawan kak eja sebab dia kata kita belit-belit macam pocong walaupon dia tak kata tapi saya terasa. HAHAHA. :)

hoiiiiiii bezanya dulu dan sekaranggg!

berat badan dan perkahwinan memang tak dapat dipisahkan. asal kawen je mesti gemuk. dan majoriti orang orang sekarang tersettt dalam kepala, lepas kawen mesti berat badan naik. mesti. tapi xde la semua. kalau yang dua tiga tahun kawen still boleh jaga badan macam anak dara, wa saluteee! makan ape hah? ;)) kadang-kadang bukan sebab makan banyak tau, tapi tetap gemukkkk jugak. *ayat xnak kalah kan? nak jugak dia bagitau dia xbersalah sebab xmakan banyak padahal dia yang paling pelapap nauzubillah  x__x nak buat macam mana, gua redhaaa. T__T kikikiiiii~ ;)) 

sebelum kawen, 
kaw tengok muka syafiq. hoiiiiiiiiiii, macam kanak-kanak darjah 6 baru baligh pon ye padahal nak jadi bapak orang dah banggggggggg! HAHAHA. ;D muka aku memang dari azali muka matanggggg je manjang. sampai kadang2 ada orang tanya syafiq, ni kakak awak ke? hohhhhh, mau aku sentap 4 hari 4 malam sambil balik rumah sapu bedak sejuk tebal-tebal sebab nak bagi nampak muda. puiiiii! :)

then tahun pertama kawen, pengembangan belum berlaku sepenuhnya. ada pon sipi-sipi jerrr. *padahal dah selambakkk!

ni gambar time raya pertama sebagai suami isteri. merahhhhh. :) 
dan bawah ni gambar time photoshoot anniversary tahun pertama. haaaaa, time ni lelemak dah mula membiak dengan jayanya! *meratapi


dah kembang belum? belumm sangattt kannnnn? T____T 

masuk tahun kedua kawen, ni time raya. hahhh, cer kaw tengok dagu syafiq. xde gaya budak darjah 6 belum akhir baligh macam tadi lagi kannnnnnn? ;p kikiki. sabar sayang, saya tau awak baca. ni dikira bukan mengumpat kannnn sebab kalau mengumpat, saya cakap belakang. ni saya cakap dekat blogggg. hewwhewwheww ;))


dan ni gambar bulan 6 baru-baru ni. time anniversary tahun kedua. dua-dua berkembang dengan jayanya. T___T


dan terbaru, kekembangan aku gaya macam mak mak orang ada anak 7. tapi mak ok jerrrrrrrrr! hihihiii ;D *padahal dalam hati gewammm sambil hentak-hentak kaki!

pengalaman 4 hari 3 malam di bandung.

farihahhhhhh, saya mintak maaf! T__T awak sanggup telefon saya malam-malam buta, sembang lama-lama semata-mata nak tanya pasal bandung. saya janji nak buat entry tapi sekarang baru hegeh-hegeh. amagadddd! nasib baik flight awak bulan 9. sempat lagiii. hewwheww ;p

first day saya kat bandung, flight saya malam. jadi sampai-sampai je dekat bandung, dah pukul 8.30 kalau xsilap. majoriti kedai-kedai dekat bandung 'hidup' sampai pukul 9 je. so pegi makan then check in je laaaa. :)


second day dekat bandung, saya pegi -->
1. pasar baru

tempat ni awak wajib pegi. very the heavennnnnnnnn. 2 jam tak cukup nak shopping dekat sini. besar sangat ya hampunnn! sini tempat paling murah beli telekung, baju i love bandung, kain pasang, kain langsir yang boleh pilih kain and dorang akan terus jahitkan dan segala mak nenek yang kita nak bagi buah tangan dekat orang bila balik nanti. murahhhh gile! huwaaaaa nak pegi lagiii! T___T

2. rumah mode

rumah mode ni tempat baju-baju branded tapi harga mampu beli. sini tempat suami saya shopping baju-baju and seluar jean dia. saya dekat pasar baru jerrrrr. T____T lepas penat shopping, awak boleh terus makan dekat depan rumah mode ni. ada banyak pilihan restauran. settle rumah mode, awak boleh terus pegi jalan dago.

3. jalan dago
jalan dago ni nama 1 jalan yang sepanjang jalan tu ada banyakkkk butik antaranya jetset.

dekat sini saya dah lupa saya beli apa. huhuu. tapi butik-butik ni semua majoritinya pakaian la kannn. 
lepas tu pegi the uptown. sebelah jetset tadi. sebenarnya senang je jalan-jalan dekat jalan dago ni sebab butik dorang dekat-dekat. yang pasti, plastik shopping dah mula membiak. x______x


masuk lagiiiiiiiiiiiiiii.
masuk beli keluar, masuk beli duit keluar. T__T dah tak larat posing amek gambar. amek gambar pemandangan je la. 

4. masjid raya bandung
 

ni tempat last yang kitorang pegi sebab time ni dah magrib. pasar malam berlambak-lambak. penat yang hamattttt! plus tekak xberapa nak terima makanan dorang, terus tapau mcd. 


hari ke-3 dekat bandung, kitorang pegi tangkubang perahu. kawasan gunung berapi. 

1. kawah domas



kalau awak tak suka jalan kaki naik bukit bagai lebih kurang setengah jam, awak jangan pegi sini tau. penatt. tapi lagi penat sebab kena tipu dengan mat mat indon dalam gambar dekat atas tu. dorang semua tu penjual yang cekik darah macam esok xcukup darah nak hidup. gewammmm. sekadar nak pegang-pegang asap gunung berapi, celup-celup tangan dalam kawah tu boleh la. tapi tetap rasa tak selesa sebab kat sini saya kena paksa beli barang-barang yang mat mat indon ni jual. sumpah menyesal. tak nak pegi sini lagi dahhhhhhhh. T_____________T

2. kawah ratu


ok dekat sini awak boleh pegi. penjual-penjual xberapa memaksa suruh kita beli. ni kawah gunung berapi yang paling besar dekat sini. cantikkkkk subhanAllah indah betul.



settle gunung berapi, terus pegi pasar baru lagi sebab xpuas shopping dekat sini semalam. oyehhhhhh. :D pasar baru pegi dua tiga kali pon xpe. hewhewww :) 

3. pasar baru


4. cihampelas walk



sepanjang jalan cihampelas ni banyakkkkk deret-deret kedai. pilih je. :) settle jalan cihampelas, balik terus membongkang. capekkkkk!

hari ke-4, flight pukul 12 tengahari. jadi xsempat pegi mana-mana. bangun terus packing-packing beg yang dah beranak-pinak. :) breakfast pon dekat restauran hotel je. 



sekian, waltamatttt cerita edisi bandung. :)) sape-sape yang nak gi bandung lepas ni xtau nak pegi mana 4 hari 3 malam korang, nah copy paste saya punya pon boleh xde masalah. :D time mula-mula balik dari bandung hari tu, aku rajin la jugak buat entry hari pertama kat bandung. boleh baca sini. dah lama-lama peram, malassssssssssssssnya ya hampun. last-last, amekkk kaww, sekali harung 4 hari 3 malam dalam satu entry. ok dah, nak masak sahur. baiiii. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...