May 24, 2012

Happy 23rd Birthday To Me


Alhamdulillah. hari ni genap umur aku 23 tahun 1 hari. suppost aku patut bercerita pasal besday bagai ni semalam since besday aku 23hb tapi mood nak mengarang tu xberapa nak feel. EH, dah 23 ke? ;p kadang-kadang aku rasa masa macam cepat sangatttt bergerak. rasa macam baruuuu semalam mama papa hantar aku masuk asrama. then, rasa macam baruuu semalam jugak daftar masuk plkn. rasa macam baruuu semalam jugak convo. rasa macam baruuuu semalam kawen. *kau nadia bercakap xagak-agak kan. semua semalam. padahal dah bertahun. ;p
bukan. maksud aku, rasa macam sekelip mata je dah setahun. dua kelip dua tahun. T___T kau rasa? HAHA. :D

walau aku xde besday party buih sekalipon ;), aku tetap bersyukur dengan kehidupan aku. I thank Allah for everything. I'm grateful for having families and friends around who never stop supporting me especially mama papa and syafiq. trust me, apa sahaja yang aku buat and akan buat, mereka tahu segala-galanya. and trust me too, setiap hari memang aku akan call mama. paling kurang dua kali sehari. setiap kali call walaupon benda nak cakap tu simple no point macam ma, masak apa. ma, adik buat ape. ma, buat ape. ma, hari ni kakak xmasak sebab mama pon xmasak jadi kakak beli je ;p HAHA tapi sekali call memang konpem lebih 15 minit. we share everything. aku xpernah rasa bosan bercakap dengan mak aku. i dont know why. she's my everything. cuma aku jenis malu malu taik idung masin nak cakap i love you ma. HAHA. dia paham-paham sendiri la. mama kan baca blog kakak. HAHA. ;D aku lebih rapat dengan mama sebab papa aku busy keje. huhu. tapi kalau dengan syafiq, aku perapatttt abis. ;D ok dah, kembali pada niat asal. 

Praise be to Allah, at the age of 23, aku punya segala-galanya. Alhamdulillah. aku xpernah menyesal berkahwin di usia yang sangat muda. sebab, ketenangan dan kelimpahan rezeki yang aku dapat selepas kawen xboleh nak digambarkan dengan kata-kata. tenangggggggg sangat. rasa macam one hugeeeeee burden kau baling jauh2 tohok sunga. ;p


she always remind me, 

how pretty she is. kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memimpin antara satu sama lain di dunia dan akhirat. thank you farah. :')

and kepada semuaaaaaaa osemness yang wish through sms, whatssup, facebook terutamanya, thank you soooo much guys! you rock my world! :) ikhlas dari hati, may Allah bless you. walau facebook yang set the reminder but its ok, it still buat aku terharuu. :') 


aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang tapi aku still hamba Allah yang lemah. masih punya kekurangan. aku tutup entry aku dengan satu harapan. pleaseeee pray for me too.


'Ya Allah Ya Tuhanku, 
kurniakanlah aku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, 
sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha penyayang. 
Amin'

May 20, 2012

rumah paaaaaling mahal! T___T


dalam banyak-banyak rumah dekat bangunan aku tinggal ni, aku paling admire habis dengan rumah ni. dalam setiap floor ada 7 buah rumah. setiap rumah pattern lain-lain. dekat floor aku, ada dua penthouse. satu rumah penthouse tu ada orang tinggal. satu rumah lagi yang dalam gambar ni kosong. dah bertahun dia kosong. rumah ni TV3 beli. memang xpernah ada orang duduk sejak mula-mula siap lagi. 

kira ni rumah paling besar and paling mahal la dekat sini sebab dia dua tingkat. nama lagi penthouse. huhu. ;p ada berapa bilik aku xpasti sebab xpernah masuk. tengok dari luar je. tapak parking kereta untuk rumah dia je ada empat. perghhhhhh. sepatutnya setiap rumah satu tapak parking je. mewah kan? dia tingkat paling atas, ada dua beranda yang boleh menghadap straight ke swimming pool. kira rumah ni kedudukan dia paling strategik la. kalau aku dapat kan besttttt. hewhewwww. T____T

hari tu time aku gi bayar maintenance rumah dekat office, aku saje je gatal mulut tanya officeboy tu kenapa xde orang tinggal dekat rumah tv3 tu. dia xnak jual ke. tahu apa dia cakap, 

" ramaiiiiiiiii kak yang datang tanya sebab nak beli, siap dah call manager tv3 tu suh datang sebab nak tengok dalam rumah macam mana. tapi yang pasti, xde sape yang berani beli. sebab owner dia letak harga mahal sangat padahal rumah dia dah jadi sarang burung merpati. 2 juta kak. "

aku terus rasa macam nak pitam. HAAAA? 2 juta? xpe la dik. bagi je burung merpati tinggal. (x____________x)

May 18, 2012

binatang lebih cepat tau.


 
aku tak tau kenapa aku suka bela ikan emas. rasa macam ololoooo, kenapalah perut awak buncit sangat. nasib baik comeyy. tengok perut saya, buncit jugak tapi xde la pemalas berenang kedek-kedek je macam awak. saya rajin tau. HAHAHA. ntah pape dialog. tu semua penipuan semata-mata dasar manusia yang selalu bangga diri. EH? lagi. HAHAHA. 

setelah sekian lame aku xberani nak bela ikan. serius aku tak tipu. ni kira ikan first yang aku bela sejak tinggal dekat rumah baru. time dekat rumah lama dulu, memang hobi aku bela ikan emas. korang percaya tak kalau aku cakap time dekat rumah lama dulu, aku dah bela lebih 50 ekor ikan tapi semua mati mati dan mati. hari ni beli esok mati. esok beli lusa mati. paling lama boleh survive pon seminggu dua kot. lepas tu mati. sebulan lebih jugak la macam ni. beli mati beli mati. time tu aku xde la pikir yang bukan-bukan. teori aku, mungkin air rumah aku kotor sebab tu ikan-ikan aku bela mati. *cehhh, siap teori bagai. hehe :D

sampai la satu ketika, ada pakcik suruh aku bela ikan puyu. tengok apa jadi. dalam hati aku macam, haaa? ikan puyu? ape kelassss nokkk. xmahu la. tu kan ikan kampung2. tak sedar diri sendiri pon lahir dekat kampung jerkkk. hewwhewww. *manusia memang selalu cakap besar kan? bila terhantuk baru hegeh2.

tapi oleh disebabkan aku nak uji teori aku betul salah, fine. aku bela ikan puyu. kita kan tau ikan puyu adalah antara ikan yang paling susah nak mati, paling kuat survive walau berminggu xmakan, still boleh hidup walau berjam-jam menggelupur xde air. serius. ni fakta. korang try la bela. dier memang kuat abisss la. ok sambung cerita aku. :) aku bela. aku jaga dia sama macam aku jaga ikan-ikan lain. tibe2 satu hari aku tengok ekor dia hancur, langsung xde. dier berenang guna badan je. sisik sisik dier pon tertanggal. aku macam, ehhh awak ni kenapa? sakit jugak? lepas je aku tengok keadaan ikan puyu macam tu, hati aku dah xsedap. meremang bulu roma. ada benda xkena ni. ni cerita betul tau. bukan reka-reka punya. nanti lain kali aku sambung, bulu roma aku terpacak. bai.

addicted



yes, i'm addicted to this song! mula-mula aku xtau pon kewujudan dan kebestan lagu ni. minggu lepas adik aku suruh aku dengar lagu ni. masa mula-mula macam ntah pape je lagu ni. time tu xde feel sangat. bila dah hari-hari dengar, mak aiii. siap buat ringtone. huhu. dengar sekali xberapa layan. kena dengar banyak kali kottttt. *padahal sebab lembab nak paham bahasa inggeris. bercakap tak nak kalah. tu lah manusia! HAHA. EH? :p oh lupa nak cakap, tajuk lagu dia
Somebody That I Used To Know
dengar la, dengar la. :) ok bai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...