February 21, 2012

blog di hack T__T

blog korang pernah kena hack? pembukaan tahun 2012 aku hari tu xberapa best sebab email, facebook and blog aku sume kena hack. ntah pape kan hacker. dari kau hack aku, baik korang hack blogger femes. ramaii la jugak pembacanya. blog aku, aku je baca. huhuuu T_______T

nadiafarahida.com sebelum di hack.


nadiafarahida.com semasa di hack oleh hakkktuii.



aku apa lagi. gelabah la babe. siap mencarut bagai. astagfirullaallah. *menyesalokeh!

email and facebook pon dorang hack jugak tapi bukan dalam masa yang sama. dier hari lain lain. so far aku rasa xde pape kehilangan atau sebarang gangguan kot time dorang hack email and facebook. sebab dorang xde memandai nak usik pape. tapiiiii aku hanginnnnnnn gile bila dorang usik blog aku. ye aku tau aku dah lame xupdate blog tapi kaw jangan la usikkk. adooyaiiiiiii. siap ada orang komen-komen dekat entry yang si haktuii tu post. entry politik babe. waduhhhhhh.

nasib baik sihensemkacakberjaya ayeemayam ada. dier kan terer. dah dia yang design blog aku. dier je la yang ada copy header aku bagai. aku sendiri pon xde. sadis. huhu. bak kata si ayeem, design blog boleh dikembalikan tapi segala mak nenek entry yang si hacker delete, memang xboleh nak buat pape sebab aku xback up blog. nanges air mata darah pon xdapat balik entry entry yang dorang dah delete. aku pasrah sambil menyumpah. (x__________x)

see. nampak beno menipu. kok ye pon aku malas update blog tapi xde la sepanjang 2011 empat entry je aku tulis. T__T

ada hikmah disebalik kejadian. #ayatmacamputuscinta :p. lepas blog aku kena hack, aku terus rajin mengupdate blog balik lepas dah berjaman berkubur. kepada hacker haktuii, semoga dirahmati Allah, amin.

February 18, 2012

bercerai di facebook.


aku rasa macam nak gelak terbahak bahak sampai tersedak sedak baca post budak ni. beria aku baca. ingatkan laki bini mana la pulak gaduh dekat facebook. kesian isteri dier. kenapa la si suami boleh curang dengan si isteri. duk berumie abiy dalam facebook memang la. sekaliiiiiiiiiii, hoi! laaaaaa. baru form two. T________T

dik, akak dulu pon kecik kecik lagi dah gatei bercinta. (x____x) *bajethotlatewww :p* tapii, xde la pulak nak berumii abiiii appaaa ammaaaaa yinnadeyy ni. nak nak pulak dalam facebook. cikgu cikgi sekolah pulak ada dalam friendlist. HAHAHA. konpem malu hijauuuu nak gi sekolah esok. tup tup cikgu tadi bagi ceramah dekat perhimpunan. haruuuuu.

dik, bila dah besar esok-esok kan mesti awak akan terfikir balik, kenapalaaaa aku boleh kapel dengan si A contohnya. lepas clash tu boleh pulak kapel dengan si B. bukannya hensem pon. ntah pape kan. tapi tak dinafikan, umur form one sampai form five la bagi aku sangat mencabar. zaman ingin mencuba segalanya. kalau elok xpe. tapi kalau xelok, kaw cuba hari ni, esok kau menyesal. pikir abis-abis dulu. bai!

February 17, 2012

# don't

sebelum dan selepas

untuk pertama tama kalinya aku reveal perbezaan rumah aku sebelum dan selepas. tapi untuk bahagian bilir air tetamu je. boleh? :)

sebelum


agak agak korang kalau datang jalan jalan rumah aku berselera tak nak guna toilet ni? dah la the previous owner rumah ni india. bela anjing. *telanairliur*. aku rasa korang geli kot. aku apatah lagi yang hari hari bakal mengadap. kan? :D

selepas  
*sambil muka berseri-seri ;p*
pintu toilet tetamu

tempat sangkut towel dan segala maknenek yang nak disangkut.

sink gosok gigi dan cermin telek jerawat.

tempat termenung cari ilham nak update blog. HAHA. :D *menipu*

shower bersiram dua pancuran jenama Alpha.

terus aku xgeli dah nak masuk toilet ni. nak duduk bersela atas lantai pon boleh. fully design by nadiafarahida. :) kerja renovation fully done by contractor. Alhamdulillah.


to be honest aku memang suka berangan. (x__________x)
aku sentiasa percaya dengan angan angan kita akan pasang impian. dengan impian kita akan berusaha. dengan berusaha insyaAllah Dia pasti akan tolong kita.

salah satu application iphone


yes bila aku bosan aku akan download beberapa application dari app store iphone untuk aku belek belek. bila dah bosan main, aku delete. kalau best, aku peram dulu. :) dan software terbaru yang aku install adalah 'sketch me!'. xde la best mana pon cuma dier software yang untuk gambar auto edit. bolehhh la. contoh gambar asal.

tekan je next software tu akan terus edit kan. kita terima yang dah siap. xperlu oter oter lagi dah. :)











lama lama main bosan jugak la tapi kalau kadang kadang nak ada kelainan pada gambar apa salahnya kann. :)

February 16, 2012

otak warna warni

hari cerita langsir. ntah pape kan story mory.:D
aku tak tau kenapa taste aku minat yang amaattttt dengan warna2 coloufuuuu. tapi kalau orang tanya aku suka warna apa, konpem aku akan jawab merah paling paling. second hitam dan putih. bila dah tema rumah merah hitam and putih, xkan langsir nak guna warna seakan2. xcool la babe. ;p

aku tak suka taste mak mak macam taste mak aku. HAHA. sorry mama kakak tau mama akan baca ni tapi pleaseee la ma pleaseeeeee, nottttt my tasteeee! HAHA * baca sekali dengan gaya kakak macam biasa tau mama. kahkahkah :D.

kesudahannya ketiga tiga bilik tidur rumah aku ikut taste aku. very the colourfuuuu. meriah kan?

master bedroom

second bedroom

third bedroom

dekat ruang tamu nakkkk je aku letak colourfuuuu colourfuuu lagi macam gini tapi oleh disebabkan bila aku pikir balik betul jugak apa mak aku cakap, kang orang cakap otak aku ni meriah sangat. langsung terus ikut cakap orang tua. HAHA.

loving you, lillahita'ala.

si pemilik tulang rusuk saya. ;p

haaaaaaaaa gedik dia maiii dahhh mai dahhh.



choi! tak tahu malu betul perempuan ni! *elehjelesssslatewwwkawenlacepatcepatttt ;p*



si laki xbergerak langsung dalam setiap gambar. *dier tengah feeling babe HAHA* si bini memang xperlu disuruh beraksi dasar tak sedar diri T____T



loving you, lillahita'ala

February 14, 2012

teh o panas dalam baldi!

sebaldi teh o panas! (x_________x)

yes memang panas. panas hati. ;p apekebendanya teh o panas gaya dalam baldi. ni air paip dekat rumah aku kaler gini la. seriusss. geli kan air karat karat macam ni buat mandi, gosok gigi. hadoiiiyai. bahaya betul untuk kesihatan. check punya check punya check, tang mana la air karat ni datang. rupa-rupanya, nah amekkkawwww.


eeeeeeewwwwww! *gediknya!* see. nampak sangat dah berapa bulan mungkin dah bertahun xpernah tukar penapis ayor. nak buat macam mana, kitorang pon baru sebulan tinggal sini. hitam legam betul kan. 


yang pasti, selama 1 bulan tinggal sini, hari hari la kitorang mandi dengan teh o panas. patut la syokk semacam. T_________T 

alhamdulillah sebulan je. xsanggup lagi dah. terusssss tukar penapis air baru. 

yang putih xberapa bersih sebelah kiri ni kitorang punya. yang masih hitam legam sebelah kanan tu orang sebelah rumah punya. air sini memang jenis berkarat rasanya. nak xnak memang dua minggu sekali kena tukar. hazab betul air sini. 

dan akhirnya, gunalah tanpa was-was. :D dah putih bersihh! hoyeehhhh.




February 10, 2012

kan bagus kalauuuuuu....


serius aku tak tipu. ni aku dulu. sentiasa xpernah bersyukur apa yang aku ada. korang dulu macam ni tak? ke aku je? (x________x)

setiap hari duk kan best kan best kan best sampai la satu ketika, aku macam sampai bila nak hidup dengan bayang-bayang. orang lain pandai, macam mana dier boleh pandai. mesti la dier berusaha. orang lain duit banyak, macam mana dier boleh duit banyak. mesti la dier kerja keras. xde nya duit jatuh jelepok melainkan memang mak ayah ada harta karun makan xabis. tapi sampai bila nak harapkan mak ayah. 

mungkin dulu aku belum cukup matang. sekarang pon aku rasa xde la matang sangat pon tapi at least aku dah boleh beza kan mana baik mana buruk. nak cantik macam mana lagi kan sebab Allah dah cipta masing2 dengan penuh kecantikan. kita kena bersyukur. kalau harap muka je cantik tapi perangai hancur, ke laut jugak babe. kita sedang sedang je cukup la. ;p



aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. setiap apa yang berlaku mesti ada sebab and hikmah disebaliknya. we just follow the flow. everything gonna be fine. percayalah.




# walaupun dulu kau selalu kutuk kutuk hidung aku, save name aku dalam hp kau nadia hidung tapi at least aku dah kawen and laki aku terima aku seadanya. kau ada? ;p HAHAHAHA. *gelak jahat* EH. subhanallah. 

February 09, 2012

Wordless Thursday #1



*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)

#1st day, Bandung

cerita beberapa minggu lepas. ya pak ya pak ya pakkkk. kami ke bandungg! :)


banyak sangat nak bercerita sampai xtahu nak start yang mana dulu. huhu. aku cerita berdasarkan gambar dulu boleh? nanti bila rajin ada masa, aku share apa kena buat and apa jangan buat kalau korang nak pergi ke bandung. untuk yang nak tau je la kan. xnak tau xpe. ;p


kitorang pergi 4 hari 3 malam. sebelum pergi, kitorang dah book hotel siap2. jadi xberapa nak risau sangat la. cumaaaanya, kitorang xbook kereta. kira tunggu sampai dekat airport baru nak cari mana-mana kereta sewa atau teksi. sepanjang kitorang kat sana, kitorang check in dekat:

Hotel: Amaris Hotel Cihampelas-Bandung
Contact Num: (62-22)820 62688
Email: bandung.cihampelas@amarishotel.com

nah aku dah siap details hotel. mana tau kot2 korang nak pegi nanti nak check in hotel ni. harga kalau xsilap aku 1 malam lebih kurang 350,000RP. kalau dalam duit mesia, lebih kurang RM120. aku ingatkan segala barang dekat bandung ni murah gilaaaaa tapi first impression pasal hotel bagi aku standard harga hotel dekat mesia je la kotttt. sooo soo je la. meh aku tepek gambar dalam bilik. 


bilik air yang buat aku xberak 4 hari 3 malam. sumpah hari biru. macam mana nak berak kalau xde wayar atau sebarang paip air yang boleh buat kita basuh berak. ohmaiiii. ada air tapiiii, air tu akan keluar and terpancut dari dalam toilet bowl tu. dan pancutan air tu ya hampunnnnn! membunuh! siap pancut tersembur2 sampai ke  dinding! tu bukan nak kasi basuh berak. tu nak kasi basuh dinding. no no no. aku rela tahan. nak berak kat tempat lain? sorryyyy~ semua tandas duduk macam ni. ntah mamat indon mana yang guna. xpe xpe. aku tahan. HAHAH. 


mamat indon tersesat. ;p hoii! ni laki aku la. hihi. kefenatan. ok, dari pintu masuk bilik, sebelah kiri adalah toilet tadi. masuk2 je bilik, ni je la ruang dalam bilik. kicikkk aje. kalau setakat pergi berdua tu xde masalah. TAPI, kalau pergi reramai, memang TAK la. bab2 lain tentang bilik tidur, lebih kurang hotel kita je. ada towel. ada mineral water. ada breakfast for 2.

oh terlupa, sesampai je dekat airport, aku terus cari kaunter teksi. memang siap2 ada dekat airport. aku mula2 nak cari teksi blue bird sebab ramai orang cakap bluebird lagi bagus sebab ada meter tapi ntah, mungkin sebab penat sangat kott. aku mintak je teksi mana2 janji selamat. 


ni teksi yang aku naik. nama driver dier aku panggil pak yayat. baikkk sangat sangat. senang la kalau berurusan dengan dier. aku sampai dekat airport bandung dah pukul 9 malam. nak gi shopping kedai semua dah tutup. jadi aku suruh pak yayat bawak kitorang gi makan malam je la. oh ye. kalau ada sapa2 yang nak gi bandung and nak guna servis pak yayat, very very very recommended! kalau nak terus call dari malaysia, call no hp dier 0062 8122 0011 871. bagitau dier ni kawan nadia dari kuala lumpur tau. sebab biasanya, kalau 12 jam nak teksi bawak kita round bandung, dorang akan caj 400,000RP tapi dier bagitau, kalau kawan atau family aku nak datang bandung and guna servis dier, dier caj 350,000RP je. serius xtipu.

ni pak yayat yang very the soft spoken. :) aku guna servis teksi dier sepenuhnya sepanjang aku kat sana. 


yang tengah tengah. pakai baju kemeja biru. bukan di sebelah kanan mahupun sebelah kiri. HAHAHA

ok dah, sambung balik cerita tadi. sesampai je dekat airport, pak yayat bawak kitorang gi makan dekat garuda.


perghhhh~ dalam dier kelasssss abis. kata indonesia ni meskin meskin. eh xde maknanya la. kedai makan dorang semua mewah2 taraf hotel kita tau. xpe xpe. kita makan dulu. 

ni first time babe aku makan nasi padang. berpuluh2 lauk depa bawak maiii sampai cheq xtau nak makan yang mana satu. memang duduk2 je kerusi, dorang akan terus hidang segala mak nenek. ko tunggu nak makan je. air memang khas minum air kosong je. 

tiba2 dalam gelas air kosong afiq aku nampak jejentik. errrrrr~ ko apahal jejentik ada dalam air nak bagi laki aku minum. *tapi dalam hati je la ponnn. HAHA. terus telan air liur gulp gulp sebab hilang selera nak makan nampak jejentik dalam air minum. T___T tapi sebab perut lapar, makan je laaaa. 

untuk 4 orang makan, total semua dalam duit kita RM77. lepas bayar2 semua, aku macam terpinga2 sekejap. mahal ke murah. mahal ke murah. rasa macam mahal. kata semua barang dekat indon murah2. cis! terus xpuas hati sampai terus suruh pak yayat belikan simcard indon sebab nak tepon mama. HAHAHA. 

pak yayat cakap simcard simpati adalah yang terbaik. jimat dan line elok. bila bercakap macam xde beza pon ko dekat indon and mak dekat mesia sebab rasa macam sama je call dari kl ke terengganu. :)


harga simcard simpati ni aku beli lebih kurang RM3.50. murah laaa. dalam tu memang ada kredit RM1.70. aku topup lagi extra 50,000RP. dalam duit mesia RM17. aku ingatkan sekali call dah abis semua kredit. no no no. sepanjang 4 hari 3 malam aku kat sana, sehari lebih 5 kali aku call mama, sampai la hari terakhir aku nak balik, dah nak naik flight dah, kredit xabis2 lagi. last2, biar je la burn macam tu. nak call sape lagi kan. sangat sangat sangat jimat. HAAA yang ni aku setuju cakap barang indon murah sebab memang betul2 murah. (*_+)

lepas je siap makan, siap beli simcard, kitorang terus balik hotel. wal fenattt. 


abis cerita hari pertama. to be continue. nanti rajin aku sambung. bai :D


*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)

February 08, 2012

sesedap rasa


sejak dua menjak ni, aku tersangat la addicted to domino's pizza! kalau sebelum ni pizza hut dah kira sedap habis bagi aku tapi lepas try domino punya pizza yang name classified chicken kottt ohmaiiiiiii melelehhh! :D
kebetulan pulak hari tu ada salesmen dari domino datang rumah jual kupon domino, memang xberapa nak pikir banyak kali la kan. rembattttt terus! :))

TAPI xde la kotttt sampai hari hari makan pizza. naik kematu eden. nama pon perut orang kampung. nasi itu wajib! T______T


*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)

Wordless Wednesday #1



*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)

February 02, 2012

itu aku.

awak layan saya elok, elok la saya layan awak. awak layan saya sedang sedang, sedang sedang la saya layan awak. awak tak hingin layan saya, saya lagi xhingin layan awak- nadia :D



*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)

February 01, 2012

kesimpulan sebuah kehidupan

hai semua! :D
OHMAIIIII~ dah Februari 2012 babe. berzaman xupdate blog. niat tu ada tapi semangat ntah kemana. hehe. nah, tepek gambar pembuka cerita tahun 2012 dulu. hiiii ;)

*muka 2012 ;p*

walaupon dah tahun baru, memang aku dah tutup buku untuk 2011 tapiiiii you know what, toooo many things berlaku tahun 2011 dalam hidup aku sampai ada sesetengah aku tak kan dapat lupa sampai bila-bila. antaranya, 

patah kaki.

hohoooohooiiii! xpernah terfikir aku akan patah kaki siap kena operate masuk besi bagai tapi xpe xpe. alhamdulillah sekarang aku dah sihat sepenuhnya. i wont regret sebab aku percaya, everything happen sebab ada sebab walaupun ada sedikit kekesalan sebab xboleh pakai kasut tinggi2. (T_______T)
xmo main netball dahhhhhh. main fesbuk je. huhu. 

lagi, ko pernah tak terfikir ko study siang malam masa sekolah dulu, belajar tinggi tinggi walaupon xsetinggi mana ;p, kerja dah elok2 gaji masyukk tiba tiba ko tak nak kerja lagi dah and pilih kerjaya ko sendiri. berani? yes itu aku. mak ayah mana xbising kan. pada mulanya la. tapiiiii~ kita kena berani. kalau kita sesuka hati je xnak kerja duk rumah besarkan bontot memang saja cari nahas makan pasir la kan. yang paling penting, kita kena yakin dengan kemampuan kita. let say makan gaji ada name card bagai Executive, Supervisor bla bla bla dapat RM3000 sebulan, buat bisnes sendiri tanpa sebarang kad nama, bisnes cap ayam jeeee, pakai seliper jepom je ponnn kan  pegi mana2, ko dapat 5 angka RM sebulan. ko pilih yang mana? op course la yang banyak kan. kerjaya aku sekarang, 2 in 1. surirumah sepenuh masa dan businesswoman yang masih berusaha. :))

kesimpulan aku untuk 2011, setengah tahun jatuh. setengah tahun bangun. 

After going through ups and downs of a life, Alhamdulillah we managed to have our own house and our own car. Ya kami lebih disini tapi masih kurang disana. Ya Allah, kurniakan kami cahaya mata, harta dunia dan akhirat. Amin.
*copy paste dari facebook* 

satu2nya impian paling paling besar aku untuk 2012 ni is anak. aku dah fully bersedia. sebelum ni macam xberapa nak bersedia lagi sebenarnya sebab aku dengar memasing cerita nak bersalin ni macam serammm semacam je. huhu.

ok dah, tutup buku 2011. buka buku 2012. ehhhh. sejak bila cecah 1000? (x___x) bestnyooo bestnyoo. thank you sayangnesss! :))
nampak sangat dah lama aku xamek kesah pasal blog. now aku kesah! hehe. 
dan yang paling aku xtau cerita, nah. 

dah berbulan xupdate. tiba2 tup tup ada duit. sapa xnak kannn. :D 


*pssst: tak tahu nak komen apa? Like atau Share aje pon dah terharu tauu. (*__*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...